Ahuitzotl merupakan tlatoani (pemerintah) kota Tenochtitlan dan maharaja kelapan Empayar Aztec. Pemerintahan beliau bermula dari tahun 1486 hingga 1502 Masehi. Tempoh tersebut dianggap oleh sebahagian sejarahwan moden sebagai Zaman Keemasan Aztec. Pada zaman pemerintahan Ahuitzotl inilah Empayar Aztec mencapai kemuncak perluasan kuasanya, di samping banyak projek pembinaan berskala besar dijalankan.

Namun, Zaman Keemasan ini tidak berpanjangan dan berakhir menyusuli kemangkatan Ahuitzotl. Kedudukan beliau lantas digantikan oleh anak saudaranya, Moctezuma II yang dikenang sebagai pemerintah Aztec terakhir yang merdeka, sebelum Empayar Aztec dit4kluk oleh Sepanyol.

Moctezuma II, dari Historia de la conquista de Mexico oleh Antonio de Solis


Nama Ahuitzotl (membawa maksud ‘makhluk akuatik yang berduri’) dikaitkan dengan suatu makhluk mitos yang hidup di dasar tasik dan memangsakan mereka yang berada di tebing tasik berkenaan. Sejarahwan tidak mengetahui secara jelas pada tahun bilakah Ahuitzotl dilahirkan. Namun, beliau dicatatkan sebagai cucu kepada Itzcoatl,
tlatoani Tenochtitlan yang keempat merangkap pengasas Persekutuan Tiga Serangkai (Tenochtitlan-Texcoco-Tlacopan) yang menjadi asas penubuhan Empayar Aztec.

Peta menunjukkan perluasan empayar Aztec secara berperingkat

Ahuitzotl dipercayai mempunyai dua orang saudara, yang masing-masing telah memerintah terlebih dahulu berbanding beliau. Axayacatl adalah maharaja Aztec yang keenam manakala Tlzoc adalah yang ketujuh.

Axayacatl merupakan seorang maharaja yang sering memperoleh kemenangan dalam medan perang dan melaksanakan pelbagai prohek pembinaan. Sebaliknya, Tlzoc disifatkan sebagai seorang yang gagal dan selepas memerintah selama lima tahun, takhtanya diambil-alih oleh Ahuitzotl. Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Tlzoc mati akibat diracun.

Tlzoc dalam Manuskrip Telleriano-Remensis

Memandangkan Ahuitzotl masih muda ketika ditabalkan sebagai maharaja, wujud beberapa penentangan terhadapnya. Namun, beliau berupaya membuktikan kebolehan diri lantaran sifatnya sebagai seorang pemimpin p3rang yang agresif. Kempen ketenteraan pertama beliau melibatkan pep3rangan dengan wilayah-wilayah bekas naungan Aztec yang terletak di barat laut. Beliau berjaya membawa pulang kemenangan. Dalam beberapa tempoh kemudian, kempen-kempen lain pula menyusul dan Ahuitzotl berupaya memperluaskan lagi wilayah kekuasaan empayar hingga ke Guatemala moden di selatan, serta di wilayah sekitar Teluk Mexico.

Pen4klukan-pen4klukan ini mendorong kepada pemberian ufti yan melimpah ruah kepada Empayar Aztec. Dalam erti kata lain, empayar meraih kekayaan yang luar biasa. Selain itu, kempen-kempen ketenteraan ini juga membolehkan penduduk Aztec membawa pulang ramai tawanan p3rang. Tawanan-tawanan p3rang ini kemudiannya digunakan sebagai korban manusia dalam pelbagai upacara keagamaan yang bertujuan untuk menyenangkan para dewa dan meraikan kemenangan.

Seorang penulis Sepanyol yang bernama Fray Diego Durin mencatatkan bahawa seramai 80 400 orang tawanan p3rang dikorbankan dalam tempoh empat hari di puncak Templo Mayor, Tenochtitlan. Namun, sejarahwan moden menyanggah pendapat tersebut dan menyatakan bahawa angka itu dilebih-lebihkan.

Lukisan Kuil Agung Tenochtitlan

Selain kejayaan dari sudut ketenteraan, Ahuitzotl juga dikenang sebagai pemimpin yang berjaya lantaran banyak projek pembinaan berskala besar yang beliau jalankan. Salah satu projek pembinaan yang paling signifikan adalah projek perluasan Templo Mayor, yang siap sepenuhnya pada tahun 1487. Korban-korban manusia yang dilakukan semasa perasmian kuil baru inilah yang dicatatkan oleh Duran, sebagaimana yang disebutkan di atas.

Projek pembinaan penting yang lain adalah pembinaan sebuah terusan yang bertujuan untuk mengalirkan air dari Coyoacan masuk ke ibu kota. Menurut catatan Duran, projek ini pada mulanya meraih hasil yang buruk lantaran terlalu banyak air yang mengalir masuk sehingga kota habis dibadai banjir. Malah, golongan paderi menyifatkan kejadian tersebut sebagai bala yang ditimpakan oleh Chalchiuhlicue si dewi air berikutan tindakan maharaja yang membunuh pemerintah Coyoacan.

Huitzilopochtli, sebagaimana yang digambarkan dalam Manuskrip Telleriano-Remensis

Ahuitzotl mangkat pada tahun 1502M, dengan diiringi oleh pelbagai versi penceritaan. Salah satu versi mengisahkan bagaimana seliparnya tersadung pada sebongkah batu basah ketika taman atau kebunnya dibanjiri berikutan tambak yang rosak. Akibat daripada hal itu, kepala Ahuitzotl terhantuk pada batu lintel (penutup jenang) dan mengalami pendarahan kepala yang membawa kepada maut. Versi lain berpendapat beliau diserang penyakit maut, sekaligus menimbulkan spekulasi kononnya beliau diracun.

Pada tahun 2007, dilaporkan bahawa ujian radar penembus permukaan bumi mendedahkan bahawa terdapat sebuah makam yang tersembunyi di bawah Templo Mayor. Penemuan sebuah batu monolith pada tahun sebelumnya dijadikan sebagai pencetus kepada perlaksanaan tinjauan ini. Batu monolith tersebut mengandungi imej seorang dewi yang memegang seekor arnab sambil terdapat 10 bintik pada kaki kanannya.

Imej ini ditafsirkan sebagai 10 Arnab, iaitu tahun kemangkatan Ahuitzotl. Seandainya makam tersebut benar-benar milik Ahuitzotl, maka ia merupakan makam diraja Aztec pertama yang berjaya ditemui. Apapun, tiada laporan lanjut perihal penemuan berkenaan.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (9 Disember 2016). Ahuitzotl: Powerful Ruler in the Aztec Golden Age. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/ahuitzotl-powerful-ruler-aztec-golden-age-007156


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.