Anime bukan lagi terhad untuk kanak-kanak. Dengan memuatkan persoalan falsafah, sosial dan krisis, kartun dari jepun ini telah berevolusi menginterpretasikan kenyataan hidup yang tak semuanya indah. Atau mungkin, anime kini berupaya mematangkan kanak-kanak lebih awal daripada usia.
Aggregutso, menceritakan naratif Retsuko, seorang kerani perempuan di Jepun.
Haiwan seperti kucing, babi, monyet dan lain-lain dijadikan watak seperti mana manusia. Teringat pula fiksyen Animal Farm oleh George Orwell, yang menceritakan pergelutan politik secara satira. Jika Orwell mengolah kisah di kandang, Sanrio pula mengolah kisah di pejabat. Dua lokasi berbeza, tetapi budaya yang hampir sama. Ia meluahkan, yang jika budaya kerja tidak mengambil kira kebajikan pekerja, kita tampak tidak ubah seperti binatang. Kerja, makan, tidur & repeat.
Sanrio, syarikat yang dulunya popular dengan Hello Kitty, membawakan anime 180 darjah berbeza. Daripada geli-geli kepada pahitnya realiti dunia.
Retsuko — “Aggressive Retsuko”, atau singkatannya Aggretsuko ialah seekor Panda Merah (Ailurus fulgens) yang bekerja di bawah seekor Babi, Director Ton. Meskipun dia bekerja bersungguh-sungguh dan menyiapkan semua arahan dari orang atasan, Retsuko tidak dihormati mereka. Dilayan mcam kuli. Lagi-lagi kena hadap politik jilat-menjilat, kipas-mengipas dan gossip. Tension wooo. Jadi, Retsuko ada cara nak release stress. Balik kerja, dia mesti singgah karaoke, dan melalak lagu death metal! Perghhhhh!
Budaya kotor yang telah berakar di pejabat Jepun, ialah sexual harrassment & penindasan terhadap pekerja oleh pihak atasan. Seorang pekerja dipaksa menjadi pencacai kepada boss. Sampaikan kerja yang tidak termasuk tugas pun, diarahkan untuk dilaksana. Lagi stress bila disergah dan dimarah setiap hari. Hal ini berganda lebih buruk bagi pekerja wanita.
(SPOILER ALERT!) Siri 1, Episod 6 membawakan plot yang menarik. Pembulian dari Accounting Director selama ini, menampakkan harapan dapat berakhir. Apabila kawan di pejabatnya, Washimi mengadukan masalah pekerja kepada presiden syarikat, barulah si Babi akan diambil tindakan. Awalnya, CEO ambil mudah je dengan gangguan seksual. Katanya, pekerja yang mengada-ada. Bila Washimi bertegas, bagi amaran yang penindasan ini akan memburukkan syarikat sampai jahannam, baru ada akai.
Kaum buruh, bersatulah!
RUJUKAN:
1. Netflix’s latest anime is much more than Hello Kitty For Grown-Ups. https://www.polygon.com/2018/5/8/17321016/aggretsuko-netflix-sanrio-anime
2. 7 Must-Watch Netflix Shows To Learn About Japan!https://tokyotreat.com/news/must-watch-japan-netflix-shows
3. 3. Aggretsuko. From Wikipedia, the free encyclopedia.https://en.wikipedia.org/wiki/Aggretsuko
4. Aggretsuko plot, characters, country of origin and who is Retsuko in the Netflix series?. https://metro.co.uk/2018/04/25/aggretsuko-plot-characters-country-origin-retsuko-netflix-series-7490449/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih