Bagi penyokong Liverpool, semua sedia maklum dengan ketajaman trio penyerang diketuai Roberto Firmino, Mohamad Salah dan Saido Mane. Merekalah arkitek kejayaan Reds yang dikendalikan oleh Jurgen ‘Run, Forrest, Run’ Klopp. Tetapi tahukah anda, ketiga-tiganya mempunyai pegangan agama yang teguh?

Di atas padang, kelincahan mereka merupakan mimpi ngeri kepada pertahanan lawan. Tetapi di luar padang, mereka merupakan penganut agama yang taat. Ramai mengetahui sisi keperibadian mulia Mane tetapi tidak ramai tahu bapanya ialah seorang imam di bandar kelahirannya di Senegal.

Agama amat penting bagi ayam tambatan pasukan Senegal itu. Mane pernah berkata dalam satu temubual bersama Daily Mail pada tahun 2017, “Agama amat penting kepada saya. Saya mentaati perintah agama Islam dan saya sentiasa bersolat lima kali sehari.”

Dan tidak seperti pemain-pemain lain, beliau juga tidak mengambil alkohol, satu perkara yang dianggap jarang dalam kalangan pemain bertaraf bintang.

Manakala Firmino yang pernah membintangi Bundesliga bersama Hoffenheim pula merupakan seorang penganut agama Kristian yang taat. Dan ini boleh dilihat pada beberapa tatunya seperti tatu ekspresi Bahasa Yunani yang bermaksud Tuhan itu setia.

Firmino terharu ketika dibaptiskan.

Tidak ramai tahu, ramai pemain Brazil seperti Firmino dan penjaga gawang Liverpool, Alisson datang dari latar belakang Kristian yang kuat. Bagi yang pernah menonton aksi Neymar dan Kaka, pasti perasan kedua-duanya mengekspresikan rasa syukur mereka selepas menjaringkan gol.

Sementara Salah seperti Mane merupakan penganut Islam yang taat. Setiap kali beliau menjaringkan gol, Salah akan sujud syukur sebagai meraikan gol yang dihasilkan untuk pasukannya.

Bila ditanya tentang perkara itu dalam satu temubual bersama CNN pada tahun 2018, Salah berkata, “Ia bukan mencium tanah. Ia seperti solat atau mengucap syukur untuk apa yang saya terima. Saya sentiasa melakukannya sejak dari kecil lagi, di mana sahaja.”

Selepas berhijrah dari AS Roma ke Anfield dengan yuran perpindahan 36.9 juta paun pada tahun 2017, ayam tambatan Mesir itu menjadi kesayangan para penyokong. Malah, mereka turut menyanyikan banyak lagu berkenaannya.

Video di bawah:

Salah satu lagu penyokong terhadap Salah ialah:

“If he’s good enough for you, he’s good enough for me. If he scores another few, then I’ll be Muslim too. If he’s good enough for you, he’s good enough for me. Sitting in the mosque, that’s where I wanna be. Mo Salah-la-la-la-la-la-la-la-la-la.”

Bakat dan teguhnya keimanan Salah turut mendorong sesetengah penyokong memeluk Islam seperti kes Ben Bird. Malah, kehadiran beliau turut bertanggungjawab mengurangkan jenayah kebencian terhadap orang Islam.

Kelihatan, agama menjadikan mereka sebagai tonggak utama Liverpool yang dalam misi menamatkan kemarau kejuaraan liga selama 30 tahun. Dan mereka juga berpotensi memecahkan semua rekod liga termasuk tempoh paling cepat bagi sesebuah pasukan memenangi liga.

Ketika ini, Liverpool menjaringkan 60 gol dan lebih separuh daripadanya disumbangkan oleh trio Salah-Mane-Firmino. Dengan kehadiran mereka di barisan hadapan, sudah pasti barisan pertahanan lawan menggeletar ketakutan!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.