Bukan satu rahsia wujud perdebatan dalam kalangan para cendekiawan berkenaan sains dan agama. Dan topik selalu yang diperdebatkan ialah apakah sains merupakan musuh kepada agama atau sebaliknya. Ia juga menjadi salah satu tema yang disentuh oleh Ron Howard dalam filem arahannya yang ditayangkan pada tahun 2009 Angels and Demons yang menampilkan Tom Hanks dan Ewan McGregor. Di sebalik anggapan agama memusuhi sains, sejarah menyatakan sebaliknya.

Sejarah pemikiran saintifik sebenarnya sentiasa berkait dengan pemikiran agama dan ia bersifat saling berhubungan dan bukan berasingan seperti didakwa sesetengah pihak. Filsuf Yunani terkenal Aristotle bertanggungjawab meletakkan batu asas untuk kajian dunia alam semulajadi pada abad keempat SM. Kebanyakan karyanya yang terkenal bagaimanapun hilang ditelan zaman selepas kejatuhan Empayar Rom Barat.

Rajah 1: Aristotle

Tatkala Eropah dilanda Zaman Kegelapan, kegiatan ilmu meningkat dengan ketara di Timur Tengah terutama semasa era Bani Abbasiyyah. Pada era pemerintahan Khalifah Harun ar-Rashid dan al-Ma’mun, kegiatan penterjemahan karya-karya ilmu dari pelbagai ceruk dunia seperti Rom, Yunani dan India membolehkan para cendekiawan Islam mengembangkan dan menambahbaik teori-teori saintifik yang diperkenalkan oleh individu seperti Galen, Plato dan Ptolemy. Ini membawa kepada kemunculan ilmuan-ilmuan Islam dalam pelbagai disiplin ilmu seperti Ibnu Sina (perubatan), Ibnu Rushd (falsafah), al-Kindi (muzik) dan al-Biruni (sejarah dan bahasa).

Apabila Aristotle diperkenalkan semula di Eropah pada abad ke-12 Masihi, hasil kerjanya menjadi inspirasi kepada ramai cendekiawan tanpa mengira bangsa atau agama mereka. Selain para cendekiawan dunia Islam, seorang lagi tokoh yang dipengaruhi hasil kerjanya ialah Robert Grosseteste, seorang ahli teologi Oxford yang kemudiannya menjadi bishop di Lincoln. Di sebalik latar belakangnya sebagai ahli teologi, itu tidak menghalang beliau menjadi pelopor gerakan kesusasteraan dan saintifik pada zamannya termasuk teori kepelbagaian alam semesta (multiple universe).

Di sebalik hasil kerjanya itu, Grosseteste turut mempunyai sisi filsuf yang hebat. Semasa mengulas karya Aristotle bertajuk Posteria Analytics, ada satu bahagian manusia yang unik yang dipanggilnya sebagai sollertia. Ini memperlihatkan keupayaan beliau melihat bahagian dalaman sesuatu perkara yang disembunyikan oleh sisi fizikal dunia. Pendekatan ini serupa dengan pendekatan saintifik moden hari ini. Ia juga bersesuaian dengan penjelasan Sir Isaac Newton berkenaan sains iaitu melihat lebih jauh berbanding orang lain.

Pada abad ke-16, bila filsuf Inggeris terkenal Sir Francis Bacon berhujah berkenaan pendekatan terbaru eksperimen terhadap sains, beliau menggunakan motivasi yang diambil dari dunia teologi. Sejarawan sains Peter Harrison berpandangan pelopor-pelopor saintifik seperti Newton dan Robert Boyle yang mengikut jejak langkah Bacon menganggap tugas mereka sebagai bekerja dengan minda dan deria kurniaan Tuhan untuk mendapatkan semula ilmu pengetahuan alam yang hilang.

Rajah 2: Sir Francis Bacon

Anggapan ini turut dikongsi oleh cendekiawan-cendekiawan Islam silam dan ia dibuktikan menerusi karya-karya mereka. Dalam kitabnya yang bertajuk Zij al-Sabi, cendekiawan Islam yang digelar Ptolemy Dunia Arab iaitu al-Battani menyifatkan ilmu kajian objek cakerawala memberi banyak faedah kepada manusia seperti bilangan tahun, bulan, masa dan musim yang berbeza, tempoh siang dan malam yang berbeza dan orbit planet-planet. Beliau berpandangan menerusi semua ini, ia mendorong manusia untuk bermuhasabah tentang kekuasaan Allah s.w.t dan keluasan kebijaksanaan dan kekuasaan-Nya.

Rajah 3: Al-Battani

Sementara al-Urdi pula menulis kegunaan ilmu astronomi terlampau banyak bagi yang mahu bermuhasabah berkenaan penciptaan alam semesta dan menyifatkan ia bukti paling kewujudan-Nya. Manakala Katip Celebi yang juga seorang polymath era Uthmaniyyah abad ke-17 menjelaskan disiplin astronomi dan anatomi membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam kepada-Nya. Justeru, ia jelas menunjukkan bahawa kombinasi logik dan iman merupakan kombinasi yang secocok antara satu sama lain dan bukan berlawanan seperti didakwa.

Justeru, pihak berkuasa agama tidak seharusnya melihat sains sebagai musuh tetapi sebagai komponen penting agama itu sendiri. Kelompok sebegini mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat sekaligus boleh menyokong kedudukan sains di mata masyarakat. Dengan menyokong dan menerima sains, kelompok agamawan dan ulama boleh memberi sumbangan penting dalam bentuk perspektif dunia hari ini.

RUJUKAN:

  1. Zaimeche, Salah. (2002). Muslim Scholars and Science. Muslim Heritage. https://muslimheritage.com/muslim-scholars-and-science/
  2. McLeish, Tom. (2018). Religion Isn’t The Enemy of Science: It’s Been Inspiring Scientists for Centuries. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/human-origins-science/religion-isn-t-enemy-science-it-s-been-inspiring-scientists-centuries-009507?fbclid=IwAR22bf39XeIeQwuM_a8Kkp7trsJqeBCJjLZeNAhTWNmwoCNsIxJ0BhnHfxo

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.