Tak semua permintaan yang dibuat untuk mohon zakat berjaya. Ada yang terpaksa ditolak kerana beberapa faktor.

 

Setiap keputusan dibuat oleh pihak kutipan zakat mempunyai alasan tersendiri. Dalam mengagihkan zakat, pelbagai kriteria perlu dilihat bagi memastikan seseorang tu layak terima zakat.

 

Persoalannya, siapa ahli-ahli yang layak terima zakat?

 

Jawapannya tercatat dalam Al-Quran menerusi surah At-Taubah ayat 60:

 

اِنَّمَا الصَّدَقٰتَ لِيْنَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوْبُهُمْ وَفِى الرِّقَابِ و َالْغَارِمِيْسَلِيْمِ َابْنِ السَّبِيْلِۗ فَر ِيْضَةً مِّنَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ

 

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

 

Surah At-Taubah, ayat 60. Dalam ayat ni, golongan yang berhak terima zakat atau “Asnaf” dibahagikan kepada 8 golongan.

 

1. Fakir (al-Fuqara)

Golongan yang takde pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan mereka. Mereka takde keluarga untuk sara kehidupan mereka seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

 

2. Miskin (al-Masakin)

Golongan yang berkebolehan berusaha dapatkan keperluan hidup tetapi tak memenuhinya sepenuhnya.

 

3. Amil

Orang yang dilantik untuk kutip dan agihkan wang zakat.

 

4. Muallaf

Seseorang yang baru memeluk Islam.

 

5. Riqab

Seseorang yang terbelenggu dan takde kebebasan peribadi.

 

6. Gharimin

Penghutang yang takde sumber untuk jelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak mengenai perkara asas untuk diri mereka.

 

7. Fisabilillah

Orang yang berjuang, berusaha dan menjalankan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah. Pelajar-pelajar masuk di dalam kategori ni.

 

8. Ibnu Sabil

Pengembara yang kehabisan bekal dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang membawa pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya.

 

Setiap golongan-golongan ini memiliki kuota yang tertentu yang dihadkan oleh pusat-pusat zakat.

 

Contohnya, sekiranya seseorang tu mohon zakat disebabkan sakit, orang tu dalam kategori Asnaf Gharimin. Bantuan yang diberikan tak bercampur dengan bantuan untuk golongan-golongan lain.

 

Untuk kes baru-baru ni berkenaan biasiswa zakat untuk pelajar ke Jordan yang dianjurkan MAIWP, pihak MAIWP dah jelaskan yang biasiswa ni diagihkan melalui syarat Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah.

 

Untuk Asnaf Fisabilillah, ia asalnya tak tertakluk kepada had kifayah. Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asasi yang paling minimum bagi sesebuah isi rumah yang ditetapkan majlis agama Islam setiap negeri.

 

Seperti yang dijelaskan pihak MAIWP, hasil semakan mendapati pelajar cemerlang yang keputusan akademiknya juga lebih daripada layak ni termasuk dalam golongan Fisabilillah dengan lebihan had kifayah.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Nak tahu tentang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah? Bersempena Ulang Tahun Penubuhan The Patriots yang ke-11, marilah beli buku terbitan kami dengan potongan DISKAUN SEBANYAK RM 10 untuk KITAB TAMADUN ISLAM segera!

http://bit.ly/ktislam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply