Sejak Yuri Gagarin berjaya ke angkasa, semakin ramai manusia mengikut jejak langkah yang sama. Dekat angkasa tu macam-macam deme jumpa. Salah satunya adalah bau angkasa.
Tapi angkasa ni ada bau ke? Ye lah, angkasawan kita belum cukup gila nak buka sut semata-mata nak kesan angkasa ni ada bau ke tak.
Sebenarnya angkasa ni memang ada bau. Cara nak kesan angkasa ni berbau atau tak, senang je. Katanya setiap kali angkasawan yang baru pulang ke ISS setelah melakukan penjelajahan angkasa pasti memiliki bau seakan-akan belerang ataupun daging hangus.
Ada juga angkasawan lain yang cakap, suit deme bau seperti kuih almond london yang baru keluar daripada oven. Prob angkasa yang berjaya mendarat di komet 67/Churyumov-Gerasimenko pulak cakap, bau angkasa ni serupa macam bau telur tembelang + kencing kucing.
Senang cerita, ruang angkasa ni memiliki bau seperti benda hangus yang sangat busuk. Nak tahu betul ke tak, korang cubalah sendiri pergi ke angkasa dan pergi bau. Tapi korang jangan ke angkasa lain pulak.
Nak tahu lebih banyak lagi tentang angkasa yang bermacam ragam? Apa kata jom baca GENESIS I: KOSMOLOGI DAN DUNIA KUANTUM. Cepat beli dekat https://bit.ly/GenesisIShopee

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply