Badan kita biasanya mempunyai lima deria: sentuh, rasa, hidu, penglihatan, dan pendengaran. Mungkin ada antara korang yang percaya yang kita sebenarnya ada deria keenam.

Seriuslah ada deria keenam? Kalau ada kenapa kita tak perasan ada deria ni?

Ada antara kita percaya bahawa deria keenam ialah deria yang kita kena teroka sendiri. Ada yang jawab telekinesis, iaitu mengalihkan barang dari jauh hanya gunakan gelombang otak. Ada yang jawab telepati iaitu mengetahui apa yang seseorang itu fikir, macam Professor Xavier dari wayang X-Men tu!

Jawapan sebenarnya ya, memang kita ada deria keenam, tapi bukan telekinesis atau telepati yang kita percaya. Deria itu ialah ‘proprioception’.

Apa benda deria ‘proprioception’ ni?

Deria ‘proprioception’ ialah deria di mana kita tahu kedudukan anggota badan kita tanpa mencari melalui pandangan. Contoh paling senang ialah di mana telinga berada? Mesti korang tunjuk tempat telinga berada tanpa melihat, kan? Hah, itulah deria keenam kita!

Dalam badan kita ada gen bernama PIEZO2. Gen ini akan memberi isyarat kepada sel untuk rembeskan protein bernama ‘mechanosensitive’. Dan protein ini bertanggungjawab memberikan isyarat tekanan dari kulit kepada otak. Ini bermaksud gen PIEZO2 berperanan hasilkan deria keenam kita!

 

 

Contoh kajian yang dijalankan ialah menguji kedua-dua sukarelawan iaitu sukarela A dan B berjalan atas jalur yang bersaiz kecil dengan mata terbuka dan tertutup. Apabila mata terbuka, mereka berdua tiada masalah untuk berjalan atas jalur.

Apabila mata tertutup oleh ikatan kain, ada perbezaan berlaku. sukarelawan A mudah berjalan atas jalur walaupun ada masalah imbangan, tapi sukarelawan B pula asyik gagal selepas beberapa langkah.

Di sini saintis tahu bahawa sukarelawan A mempunyai deria ‘proprioception’, mudah mencari kedudukan kaki apabila berjalan, dan sukarelawan B pula deria ‘proprioception’ dia tak berapa kuat, disebabkan ada mutasi gen PIEZO2.

Mungkin korang tak percaya deria ‘proprioception’ adalah deria keenam sebenar dan masih percaya telekinesis atau telepati ialah deria keenam yang korang nak. Tapi apa boleh buat, saintis dah kompom yang deria ‘proprioception’ adalah deria keenam kita!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply