Pertama sekali, Kita pergi kepada definisi terlebih dahulu. Adalah penting apabila kita bercakap sesuatu perkara definisi kita terhadap sesuatu perkara tersebut adalah sama. Jika tidak arus perbincangan akan menyeleweng. Itu perkara paling asas dalam kemahiran orator.
Pedophilia secara asas merupakan masalah mental dari sudut psikologi. Walaubagaimanapun bidang psikologi ada membahagikan tiga kategori khusus membabitkan masalah keinginan seksual orang dewasa terhadap kanak-kanak yakni Pedophilia, Hebephilia dan Ephebophilia. Namun penggunaan terma oleh orang awam sering mencampuradukkan ketiga-tiga kategori tersebut menjadi pedophilia.
Pedophilia merupakan masalah mental yang membabitkan keinginan seksual orang dewasa terhadap kanak-kanak yang belum baligh. Namun psikologi meletakan Pedophilia kepada keinginan seks oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ataupun jika di Malaysia pada kanak-kanak yang masih di sekolah rendah.
Hebephilia pula hampir sama dengan Pedophilia. Namun Hebephilia merupakan keinginan seks oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak yang HAMPIR baligh. Bukan kanak-kanak yang belum baligh secara teknikal. Usia kanak-kanak ini biasanya dalam lingkungan 13-14 ataupun dalam bahasa mudahnya jika di Malaysia ianya ialah anak-anak yang masih di menengah rendah.
Ephebophilia juga satu kategori lain. Masih lagi membabitkan keinginan seks terhadap kanak-kanak. Namun ianya untuk kanak-kanak yang secara fizikalnya telah baligh. Namun secara teknikalnya belum lagi orang dewasa dari segi usia perundangan. Ianya melibatkan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun ataupun dari 15-17. Jika di Malaysia mereka ini rata-ratanya pelajar menengah atas di sekolah. Ephebophilia inilah yang sering menimbulkan perkelahian antara undang-undang sivil dan Islam. Ini kerana dalam undang-undang Islam sebaik sahaja mencapai usia 15 tahun atau baligh kanak-kanak itu dikira dewasa. Namun tidak di bawah sivil di mana mereka perlu mencecah usia 18 tahun.
Jika anda sering mendengar tohmahan dari masyarakat luar negara terhadap orang Islam yang kononnya orang Islam mengamalkan Pedophilia harus anda fahami apa yang mereka maksudkan itu merupakan Ephebophilia dari psikologi bukan Pedophilia. Pedophilia dalam sivil dan undang-undang Islam tetap salah kerana kanak-kanak tersebut belum baligh menurut definisi. Kata sepakat antara undang-undang Islam dan sivil berjaya dicapai dalam isu pedophilia biarpun masih ada pertingkahan dalam isu Ephebophilia.
Ephebophilia juga dalam isu sivil bukanlah hitam putih malah ianya kelabu. Ada sesetengah negara menerima Ephebophilia dalam situasi tertentu seperti US. Di bawah undang-undang US ada prinsip undang-undang yang diberi nama prinsip Romeo dan Julia. Contoh aplikasi prinsip Romeo dan Julia ialah dua orang kanak-kanak yang di bawah usia 18 tahun bercinta sebagai contohnya yang lelaki berusia 17 dan perempuan berusia 16. Setahun kemudian setelah lelaki itu berusia 18 (diiktiraf sebagai dewasa) dan perempuan itu pula berusia 17 (masih lagi kanak-kanak) biarpun dari segi definisi ianya ialah Ephebophilia namun tindakan undang-undang tidak boleh dikenakan kerana mereka berkenalan dan mula bercinta sejak usia lewat remaja di US.
Kesemua definisi di atas ialah definisi psikologi. Namun dalam definisi undang-undang secara teknikalnya kesemua perkara di atas boleh jatuh di bawah jenayah seksual terhadap kanak-kanak sama ada mereka rela atau tidak. Dan definisi Pedophilia yang saya akan guna pakai merupakan konteks penggunaan awam yang merangkumi kesemua kategori.
Seterusnya kita akan pergi kepada definisi Lolicon dan Shotakon. Secara umumnya Lolicon ialah panggilan di Jepun bagi mereka yang seolah terlampau taksub dengan bahan (filem, gambar, animasi) yang membabitkan kanak-kanak perempuan. Shotakon juga sama namun merujuk pada kanak-kanak lelaki.
Di Jepun gelaran Lolicon dan Shotakon ini lebih bersifat kutukan dan kadang kala diselang seli penggunaannya bersama pedophilia. Ianya juga boleh digunakan bagi merujuk genre sesuatu bahan yang memaparkan kanak-kanak namun bagi demografi orang dewasa. Ianya tidak boleh digunakan pada bahan yang memaparkan kanak-kanak namun sememangnya untuk demografi kanak-kanak biarpun ramai yang menonton atau membaca bahan tersebut terdiri dari orang dewasa.
Terdapat istilah alternatif lain juga yang dipanggil “legal loli” dan “legal shota”. Legal loli dan Shota merujuk kepada gambaran individu yang telah dewasa dari segi usia namun mempunyai tubuh badan yang kecil dan berperangai seperti kanak-kanak. Mereka sering digambarkan menunjukkan mimik muka comel atau pun bercakap seolah mereka itu masih lagi kanak-kanak untuk menunjukkan imej comel. Ini juga mendorong kepada pembentukan budaya fesyen loli di mana orang dewasa berpakaian dengan jenis pakaian kebiasaannya di pakai oleh kanak-kanak sahaja.
Setelah selesai definisi kita akan pergi kepada status quo pula. Status quo ialah kedudukan sesuatu perkara itu dalam dunia hari ini. Terlebih dahulu adalah penting kita merujuk kedudukan Jepun dalam isu Lolicon dan Shotakon memandang istilah-istilah itu datang dari Jepun. Kita akan menilai dua posisi iaitu posisi undang-undang dan posisi sosial.
Dari segi posisi sosial Lolicon dan Shotakon sering di kecam oleh masyarakat Jepun yang memandang perkara tersebut tidak ubah seperti pedophilia. Perkara itu terang. Namun dalam kebudayaan popular seperti di dalam komik dan animasi Jepun watak-watak loli dan shota masih lagi sering membuat kemunculan. Malah watak-watak ini juga mempunyai pengikut yang ramai.
Dari segi perundangan Jepun bahan-bahan yang memaparkan kanak-kanak tersebut sering jatuh di bawah definisi yang di panggil “Chaku Ero”. Chaku ero secara teknikalnya bermaksud softcore porn. Softcore porn merupakan sejenis bahan lucah yang biasanya tidak memaparkan adegan bogel ataupun seks namun mempunyai menjurus ke arah hampir lucah biarpun secara tidak langsung. Ianya berbeza menurut tafsiran barat dengan hardcore porn yang secara terang memaparkan imej bogel dan adegan seks. Chaku Ero di Jepun sering melibatkan unsur pemakaian erotik pada kanak-kanak. Sebelum tahun 2014 sama ada anda percaya atau tidak Jepun membenarkan bahan berunsur kanak-kanak tersebut di jual di Jepun. Selepas 2014 hasil kecaman antarabangsa Jepun mula melaksanakan beberapa siri perundangan untuk membendung perkara tersebut.
Namun undang-undang tersebut bukanlah tanpa masalah. Chaku Ero tidak memaparkan aktiviti seks secara terus untuk di anggap sebagai bahan porno. Ini kerana Chaku Ero kebiasaannya hanya memaparkan kanak-kanak tersebut sedang mandi dengan memakai baju mandi ataupun sedang bermain permainan sewaktu dirakam. Definisi Chaku Ero ini juga sering diguna pakai oleh banyak anime dan manga untuk mengelak bahan mereka dilabel sebagai hentai yang sememangnya jatuh di bawah kategori lucah.
Pihak Kerajaan Jepun pernah cuba mengharamkan produk-produk yang memilik unsur sedemikian namun ditentang oleh pihak yang menerbitkan produk-produk tersebut atas dasar kebebasan bersuara menurut undang-undang perlembagaan Jepun. Itu menyebabkan manga dan anime menerima pengecualian khusus dari segi sudut perundangan Jepun yang membolehkan mereka terus menggunakan gambaran kanak-kanak. Perkara ini menerima kecaman hebat dari Bar Council Tokyo yang mengatakan kerajaan Jepun tidak serius dalam menangani isu pedophilia. Seorang peguam Jepun bernama Kazuko Ito secara serius terus menerus mencabar permasalahan ini. Beliau ada mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “Suka atau tidak dari segi kemanusiaan Chaku Ero adalah pornografi kanak-kanak. Itu adalah realiti”.
Dari segi sudut pandang dunia luar peminat anime dan manga yang bukan berasal dari Jepun masih memandang ringan perkara ini. Mereka masih berpendapat ada beza di antara bahan berunsur loli dan shota dengan pedophilia secara khusus. Pergi kemana-mana forum berkisar anime dan manga jika anda cuba mengeluarkan kenyataan lolicon adalah pedophile akan ada golongan tertentu yang akan mencabar anda dan mengatakan ianya bukan. Sesi kutuk mengutuk berbunyi “dasar lolicon bangsat” atau “Weeb tak sedar diri” atau “Islam pun amal pedolah!” kebiasaannya akan berlaku jika cuba disentuh kelompok lolicon ini.
Terdapat beberapa usaha untuk membanteras perkara ini dari dunia luar seperti US yang cuba mengharamkan bahan-bahan tersebut dan di Malaysia yang di mana bahan sedemikian sememangnya boleh membuat anda didakwa kerana definisi softcore dan hardcore porn tidak begitu digunakan di Malaysia yang mengangap bahan seperti itu secara umumnya bahan lucah. Sekurangnya dari segi itu Malaysia lebih maju dari Jepun. Namun penguatkuasaan dan perundangan yang lebih khusus mengenai gambaran media mengenai imej kanak-kanak dalam media seperti komik dan animasi perlu di perhebatkan lagi di Malaysia. Anime dan manga seperti chaku ero jarang muncul di kaca TV Malaysia. Jika adapun ianya perlu ditonton secara haram di Internet.
Apa yang jelas dalam kekeliruan jargon lolicon shotakon dan lolicon seolah bukan pedophile dari segi chaku ero di luar Jepun. Namun garisan pemisah semakin hari semakin kabur. Dengan perkembangan undang-undang dunia lolicon dan shotakon seolah menunggu masa untuk diklasifikasikan sebagai pedophilia.
Nota santai:
Bila aku sebut lolicon dan shotakon ini nanti adalah yang sebut suruh ulas Boku No Pico nih. Jawapannya ialah tidak. TP tidak akan ulas dan review Boku No Pico. Sebabnya?
1) Untuk bedah karya paling kurang kena tengok terlebih dahulu. Boku No Pico tuh Hentai. Maknanya porno. Korang nak suruh kami tengok porno ke?
2) Meskipun korang bagi hujah ada versi “bersih” tanpa adegan seks faktanya masih terang Boku No Pico genre BL (Boys love). Korang nak suruh kami tengok cerita gay ke?
3) Meskipun korang bagi hujah tengok untuk pemahaman akademik dari segi rujuk pandang kebudayaan Jepun namun fakta yang terang lagi jelas Boku No Pico jatuh bawah Shotakon (Cinta terhadap kanak-kanak lelaki). Malah studio yang hasilkan Boku No Pico sendiri dengan bangga mendabik dada Boku No Pico anime Shotakon yang pertama di dunia. Ini bermakna memang terang ada elemen pedo yang memang tak boleh tolak lagi. Hell no. TP tak patut sentuh bahan pedo. Seterbuka mana pun korang sampai tahap ultra liberal sekali pun terima LGBT dalam genre BL atau Shonen ai bagai NAMUN bahan bersabit kanak-kanak adalah off limit.
Sekian. Akhir kata pada saya takutlah pada tuhan. Jika dah tak takut pada tuhan dan dah jadi manusia tak percaya tuhan takutlah pada undang-undang. Moraliti itu sejagat.
RUJUKAN ARTIKEL
- Money, John (1986). Lovemaps: clinical concepts of sexual/erotic health and pathology, paraphilia, and gender transposition of childhood, adolescence, and maturity. pp. 70, 260.
- The ICD-10 Classification of Mental and Behavioral Disorders – Diagnostic criteria for research.
- McNeill, D. (2017). Manga and anime industries to be exempt from Japan’s new law banning. [online] The Independent. Available at: http://www.independent.co.uk/news/world/asia/manga-and-anime-industries-to-be-exempt-from-japans-new-law-banning-images-of-child-abuse-9546990.html [Accessed 2 Nov. 2017].
- Varley, C. (2017). Is Japan turning a blind eye to paedophilia? – BBC Three. [online] BBC Three. Available at: http://www.bbc.co.uk/bbcthree/item/57eaaf23-0cef-48c8-961f-41f2563b38aa [Accessed 2 Nov. 2017].
- TV Tropes. (2017). Lolicon and Shotacon – TV Tropes. [online] Available at: http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/LoliconAndShotacon [Accessed 2 Nov. 2017].
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
1 Comment
Statement TP yang last mcm bantah Shounen Ai, tapi Shoujo Ai x bantah pulak