Cakap pasal Centaur ni, kepada peminat siri Harry Potter mesti kalian ingat babak Umbridge kena culik, kan? Apa akan terjadi lepas babak itu fikir-fikir sendiri la!
Sebenarnya, JK Rowling merujuk dari makhluk mitos Centaur milik tamadun Yunani Kuno, kemudian beliau olahkan menjadi puak Centaur yang menetap di Forbidden Forest.
Centaur, atau nama lainnya hippocentaur dan Ixionidae ialah makhluk mitos Yunani Kuno yang rupanya manusia berbadan dan berkaki kuda. Dikatakan puak-puak Centaur ini berasal dari Pergunungan Thessaly.
Terdapat dua versi kelahiran puak Centaur ini. Pertama, puak ini adalah keturunan dari pasangan dewi awan bernama Nephele dan raja Thelassy dan puak Lapiths bernama Ixion. Versi kedua pula ialah Centaurus adalah bapa kepada puak Centaur, hasil hubungan dengan kuda betina dari wilayah Magnesian.
Dikatakan puak Centaur ini berwatakan buas dan sukakan pertempuran seperti orang gasar. Ramai tokoh-tokoh Yunani Kuno yang berketurunan Centaur, seperti Chiron iaitu Centaur yang bijaksana dalam ilmu perubatan dan merupakan guru kepada pahlawan Yunani yang terkenal dalam Pertempuran Troy, iaitu Achilles.
Terdapat catatan berupa ukiran bernama ‘Metopes of the Parthenon’ mengisahkan terjadinya Pertempuran Centauromachy antara puak Centaur dengan puak Lapiths.
Dikatakan majlis perkahwinan raja Lapiths bernama Pirithous dengan pasangannya Hippodamia berlansung dan ramai puak Centaur diajak untuk memeriahkan majlis. Tapi, ada dalam kalangan mereka meminum arak sampai mabuk dan membawa lari Hippodamia dan wanita Lapiths lain.
Pirithous murka dan mengisytiharkan perang kepada puak Centaur itu. Antara pahlawan yang bertempur bersama Pirithous ialah Theseus yang merupakan penemu kota Athens. Di akhir pertempuran, puak Centaur teruk dikalahkan.
Berbalik kepada persoalan utama, adakah Centaur Ialah puak penunggang kuda dari Eropah Timur? Jawapannya, ya. Sejak era tamadun Minoan iaitu sekitar 3100 SM, orang Minoan pertama kali bertemu dengan puak dari Eropah Timur yang menunggang kuda.
Dari penampakan ini lahirnya makhluk mitos bernama Centaur. Puak Lapiths dari Thelassy pula ialah orang Yunani pertama yang mempunyai ilmu menunggang kuda. Jadi tidak hairanlah kenapa puak Lapiths berkait rapat dengan Centaur.
Jadi, Centaur ini hanya imaginasi orang Yunani terhadap puak penunggang kuda, seperti orang Aztek dulu menganggap penjajah Sepanyol yang menunggang kuda ialah dewa mereka. Sekarang, kita kenal Centaur sebagai haiwan fantasi jelah dalam filem-filem fantasi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih