Kajian terbaru mengenai DNA purba bakal mengubah naratif sejarah Tamadun India, selama ini dua kaum berbeza yang bertutur dalam keluarga Bahasa Indo-Eropah di sebelah Utara India dan Dravidia yang lebih dominan di Selatan India masih bergelut dengan isu sejarah identiti bangsa terawal yang membina Tamadun India.

Kajian menunjukkan bahawa mereka adalah hasil daripada pelbagai migrasi etnik purba ke Tanah India mengikut diaspora masing-masing.

Dalam konteks Hindu menurut Tony Joseph, selaku pengarang buku “Early Indians”, Nasionalis Hindu percaya bahawa Tamadun India bermula selepas penghijrahan sekumpulan kaum dari Asia Tengah/Eurasian Stepped yang dikenali sebagai Aryan.

Dari segi sejarah, orang Aryan terlibat dengan pengembalaan secara nomad, selain itu mereka juga berkemahiran menunggang kuda dan merupakan pengarang teks Veda, teks Hindu tertua.

Walau bagaimanapun terdapat polemik dan penafian terus oleh Nasionalis Hindu(khususnya di bahagian Utara India).

Misalnya mereka berpendapat bahawa orang Aryan bukanlah kaum asing yang datang dari luar India, sebaliknya orang Arya adalah penduduk asal Tanah India, kononnya mereka-lah bertanggungjawab mengembangkan bahasa Indo-Eropah merentasi sebahagian besar Asia dan Eropah hari ini.

Teori Out of India

Sebilangan besar sarjana India mempersoalkan teori ‘Out of India’ dengan alasan bahawa penutur bahasa Indo-Eropah – atau Aryan – hanyalah salah satu suku migran prasejarah yang datang ke India selepas kemerosotan Harappa/Lembah Indus.

Aryan Timur dan Utara Eropah

Penganut politik sayap kanan-Hindu percaya bahawa Tamadun Harappa adalah kepunyaan orang Aryan atau Veda; tetapi tiada satu pun bahasa mereka(Indo-Eropah) dibuktikan telah dituturkan ketika itu.

Kajian DNA purba baru-baru membuktikan penemuan baharu – terdapat banyak penemuan menarik.

Diorama Kehidupan Di Lembah Indus

Kajian terbaru mengenai subjek ini diketuai oleh ahli genetik David Reich dari Universiti Harvard, kajian yang diterbitkan pada Mac 2018 dan dikarang bersama oleh 92 sarjana dari seluruh dunia.

Kajian menunjukkan bahawa dalam 8,000 tahun yang lalu terdapat dua penghijrahan utama ke Tanah India, bukan berpindah keluar seperti yang dicanang oleh Nasionalis Hindu.

Penghijrahan pertama bermula dari wilayah Zagros di sebelah Barat Iran( bukti pertama di dunia bagi aktiviti penternakan kambing) kemudian dibawa bersama ilmu pertanian ke India.

Mungkin antara 6,000 dan 3,000 Sebelum Masehi, penggembala dari Zagrosia ini bercampur dengan penduduk benua kecil yang didiami oleh orang India awal di mana menurut hipotesis Out of Africa (OoA) telah tiba di dataran India sekitar 65,000 tahun lalu dan sama-sama membentuk komuniti baharu membina tamadun Harappa.

Pada abad-abad selepas 2000 SM, datang kumpulan migran kedua (orang Aryan) dari tanah Eurasian Steppe, kemungkinan dari Kazakhstan yang membawa versi awal bahasa Sanskrit lalu memperkenalkan beberapa amalan budaya seperti berkuda dan agama baru, semuanya menjadi asas kepada budaya Hindu/Veda awal.

Genetik ‘’Indian Pizza’’

Seribu tahun sebelum kedatangan orang-orang Arya dari tanah Steppe Eurasia. Awalnya mereka berpindah ke Eropah, bercampur dengan petani-petani di sana lalu menyebarkan bahasa Indo-Eropah ke Eropah.

Kajian genetik lain telah mendedahkan lebih banyak migrasi ke India, seperti penutur bahasa Austro-Asiatik yang datang dari Asia tenggara.

Oleh itu penduduk India terdiri daripada beberapa lapisan masyarakat berbeza yang membentuk komuniti baharu dalam jangka masa yang berbeza.

Illustrasi Wajah Penutur Indo-Eropah

Seperti yang ditulis oleh Tony Joseph dalam bukunya “Early Indians”, penduduk India boleh diibaratkan seperti Pizza, orang India terawal membentuk dasarnya.

Di atas dasar adunan tepung terdapat sos, iaitu Tamadun Harappa, Kemudian datanglah pelbagai topping dan keju, yakni penutur bahasa Austro-Asiatik, Tibeto-Burman dan Indo-Eropah/Aryan yang kesemuanya menemui jalan ke benua kecil itu kemudian.

kajian menunjukkan bahawa 50% hingga 65% genetik keturunan orang India hampir semua bersangkutan dengan genetik orang India awal.

Nasionalis Hindu akan mengakui bahawa Aryan bukanlah penduduk pertama India dan tamadun Harappa telah lama wujud sebelum kedatangan orang-orang Aryan.

Sesetengah nasionalis Hindu menuntut agar tamadun Harappa dinamakan semula sebagai tamadun sungai Saraswati. Memandangkan Saraswati disebut dalam Rig Veda, penamaan semula sedemikian akan memberi penekanan kepada hubungan antara tamadun Harappa dan Arya.

Perpaduan dalam kepelbagaian sememangnya menjadi tema utama susunan genetik India. Namun idea percampuran kumpulan penduduk yang berbeza tidak disukai oleh penganut Hindu Ortodoks dan nasionalis Hindu kerana mereka meletakkan nilai pada kesucian kaum.

Tambahan pula, teori migrasi meletakkan Aryan pada kedudukan yang sama dengan penakluk Islam zaman akhir India seperti Mughal. Satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali oleh Nasionalis Sayap-Kanan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.