Kita biasa lihat yang orang Mesir purba selalu meninggalkan tulisan di mana-mana, dengan hieroglif diukir dengan teliti pada batu dan dipelihara dalam bentuk papirus. Namun, ada satu rekod yang jarang sekali dapat dilihat dalam hieroglif ini, iaitu resipi!
Walaupun ahli sejarah dapat mengkaji teks kuno mengenai subjek daripada perdagangan hingga upacara pengebumian, satu kategori sebahagian besarnya hilang dari rekod, iaitu resipi. Ia agak sukar bagi ahli sejarah untuk membuka kunci rahsia budaya kulinari Mesir purba ini.
Sekitar 3100 SM, orang Mesir purba mula menyusun hieroglif, teknik mumia, dan seni mereka, yang semuanya mempengaruhi pembinaan makam. Makam yang paling banyak dihias pada masa itu, terutamanya yang dihiasi dengan pemandangan makanan, adalah milik diraja.
Kebiasaannya, pekerja melukis pemandangan di dinding kubur untuk memperingati pencapaian si mati dan untuk memastikan upacara penting, daripada makanan hingga upacara pengebumian. Dan, beberapa lukisan kubur turut menggambarkan bagaimana pekerja menyediakan makanan ketika itu.
Paling menarik, salah satu resipi yang digambarkan melalui lukisan penyediaan makanan ini, datangnya daripada kubur seorang bangsawan bernama Rekhmire. Beliau adalah gabenor Thebes ketika era Raja Thutmose III dan Amenhotep II. Beliau dikebumikan di Bukit Theban, sama seperti golongan bangsawan lain ketika itu.
Gambaran pelukis menunjukkan cara penyediaan makanan menggunakan kacang harimau (tiger nuts) yang popular ketika itu. Ia memperincikan cara membuat roti buku menggunakan kacang harimau yang dikisar dan madu.
Lukisan itu juga menggambarkan para pekerja mengisar kacang harimau dengan alu panjang, dan membentuk campuran ubi-madu dengan menggunakan tangan sehingga menjadi bentuk kon yang tinggi dan runcing.
Imej kacang harimau berbentuk kon ini bertujuan untuk menggembirakan dewa matahari Amun bagi pihak Rekhmire. Tetapi kacang harimau bukan sahaja digunakan untuk majlis-majlis khas.
Orang Mesir juga menambah kacang harimau ke dalam ubat dan minyak wangi, dan ada beberapa cara untuk menikmatinya. Ada yang memakan kacang harimau mentah, tetapi yang lain lebih suka kacang harimau yang berperisa, direbus dalam bir atau dibakar di atas api.
Seperti mana popularnya kacang harimau, roti dan bir juga membentuk asas sebenar masakan Mesir purba. Pembuat roti biasanya membuat roti dengan gandum dan barli, dua daripada bijirin tertua yang ditanam. Roti adalah sangat penting, dan ia mempunyai pengaruh yang luar biasa pada tulisan Mesir kuno. Ahli sejarah telah merekodkan 14 hieroglif yang berbeza untuk pembuatan roti.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih