Lebih 15,000 biji telur digunakan. Dan telur dadar gergasi ini dimasak beramai-ramai sebelum diagihkan kepada orang ramai yang menyaksikannya. Ini adalah acara tahunan setiap kali Hari Easter menjelang, di Bessières, Perancis.
Pagi Hari Easter, beratus-ratus pek telur dibuka, lalu dipecahkan ke dalam periuk yang besar. Ramuannya adalah dua paun garam, satu paun lada sulah dan sebaldi herba yang digaulkan bersama adunan telur dalam periuk.
Dan, dengan dayung besar yang berfungsi sebagai pengacau, adunan ini dikacau oleh chef yang telah dilantik mengetuai acara memasak telur dadar gergasi ini. Satu lagi pasukan lain, bersiap sedia untuk menggorengnya, dengan sedozen minyak dimasukkan ke dalam kuali selebar 13 kaki dan seberat lebih satu tan.
Jadi, kenapa mereka melakukan upacara memasak telur dadar gergasi ini?
Legenda mengatakan tradisi ini bermula apabila Napoleon dan tenteranya mengembara berhampiran Bessieres. Seorang pemilik rumah penginapan tempatan memasak telur dadar yang sangat lazat sehingga keesokan harinya, koperal Napoleon ini meminta agar semua telur di kampung itu dikumpulkan dan dijadikan telur dadar untuk askarnya.
Namun, asal-usul yang lebih dekat dengan acara ini sebenarnya adalah daripada kisah para remaja di kampung itu yang setiap tahun mengumpulkan telur daripada petani tempatan. Mereka akan memasak telur dadar Easter berhampiran lubang api besar di Sungai Tarn untuk diberi kepada orang miskin di kampung.
Tahun 1973, sekumpulan sahabat memutuskan untuk memberi penghormatan kepada kisah ini dengan menyediakan “telur dadar gergasi” pertama untuk warga Bessières pada hari Isnin pertama Easter. Dan, akhirnya tradisi ini diteruskan hingga hari ini.
Setiap tahun, ramai sukarelawan yang mengambil bahagian, dari semua peringkat umur, dengan berpakaian kemeja kuning dan seluar putih. Kebanyakannya adalah ahli kumpulan gastronomi Perancis yang mempromosikan hidangan tradisional tempatan.
Melalui acara ini, ia bukan sahaja mempromosikan makanan tempatan, malah turut mencipta banyak kenangan lain. Seorang penduduk di situ menyebut yang dia bertemu jodoh dengan isterinya yang datang untuk menyaksikan pesta telur dadar ini, 20 tahun yang lalu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih