Ya, kalian tak salah baca! Perkampungan kuno ini sebenarnya ditemui secara tak sengaja oleh seorang petani Scotland. Setelah diselidik, usia perkampungan ini ternyata lebih 5,000 tahun lalu, lebih tua dari tamadun Mesir!
Ceritanya bermula pad tahun 1850, di mana persisiran pantai gugusan Pulau Orkney, Scotland telah ditimpa ribut taufan. Setelah tiupan ribut reda, seorang petani telah temui binaan seolah-olah perkampungan di bawah tanah persisiran pantai itu!
Masuk tahun 1925, kumpulan penggalian yang diketuai oleh ahli arkeologi Australia bernama Vere Gordon Childe yang pertama melakukan aktiviti penggalian ke atas perkampungan Skara Brae.
Pada awalnya, Childe mengandaikan perkampungan Skara Brae dibina oleh manusia Zaman Besi yang hidup sekitar tahun 500 SM. Tapi, pentarikhan radiokarbon ke atas perkampungan itu menunjukkan keputusan yang berbeza, di mana ia telah dibina seawal 3,200 SM!
Ini bermaksud sebelum orang Mesir Kuno membina tamadun mereka, orang Skara Brae telah awal membina kampung mereka sendiri! Pengkaji juga bersepakat bahawa jumlah penduduk Skara Brae hanya sekitar 100 orang saja.
Yang uniknya tentang perkampungan Skara Brae ini, reka bentuk lapan buah rumah kediaman dibina menggunakan batu-batu yang disusun dengan teliti dan disambungkan antara satu sama! Setiap rumah pula dihubungkan antara satu sama lain melalui lorong bawah tanah.
Setiap rumah juga dilengkapi dengan pintu batu yang boleh ditutup. Ini menandakan orang Dkara Brae pada 5,000 tahun dulu telah mempunyai tahap kejuruteraan binaan batu yang cukup maju!
Mereka juga mahir dalam pembinaan saliran! Mereka bina saluran air di bawah lantai rumah untuk membuang sisa kotoran. Di sini kita boleh lihat bahawa orang Skara Brae telah menitikberatkan kebersihan dan gunakan ilmu kejuruteraan untuk laksanakan fungsi kebersihan rumah!
Tambah lagi, setiap rumah dilengkapi dengan perabot yang juga diperbuat dari batu termasuk almari katil dan meja hiasan. Siapa sangka, orang Skara Brae juga mahir dalam pertukangan hiasan rumah walaupun manusia lain masih lagi bergantung kepada gua dan khemah yang diperbuat dari kulit haiwan!
Pengkaji juga menemui biji benih dan tulang-temulang haiwan di sekitar tapak perkampungan, mengandaikan bahawa orang Skara Brae bekerja sebagai petani dan penternak. Manik-manik juga ditemui, berkemungkinan besar sebagai bahan untuk berdagang atau untuk perhiasan wanita.
Dengan kemajuan pembinaan kampung Skara Brae ini, ternyata orang kampung ini menjalani kehidupan yang aman selama 600 tahun. Tapi, kenapa mereka akhirnya tinggalkan kampung batu ini sehingga terbiar dan ditemui semula beribu-ribu tahun kemudian?
Sebab utama kampung Skara Brae ditinggalkan masih misteri. Ada teori-teori yang memungkinkan perisitwa itu terjadi seperti perubahan iklim dan pencerobohan oleh puak jiran.
Walau bagaimanapun, penemuan Perkampungan Skara Brae menjadi bukti bahawa manusia zaman Neolitik di sana telah mahir dalam ilmu jurutera binaan menggunakan batu saja. Inilah kehebatan manusia zaman kuno dalam membina perkampungan!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih