Sekitar tahun 1400-an, orang Viking ialah bangsa pertama yang meneroka benua Amerika namun hanya menetap sementara saja kerana mereka jadikan benua itu sebagai tapak pemburuana dan pencarian sumber rezeki saja.
Yang peliknya, terdapat komuniti orang asal dari utara benua Amerika (Kanada sekarang) yang mendakwa nenek moyang mereka adalah campuran orang Cina dan orang Viking. Siapakah orang asal yang kononnya mempunyai darah Cina ini, dan bagaimana hubungan dua bangsa ini terjadi sehingga terbentuk bangsa campuran?
Kaum yang dimaksudkan itu ialah kaum Beothuck. Orang asal ini hanya menetap di Pulau Newfoundland. Mereka hidup sebagai pemburu dan tinggal di rumah berbentuk kon yang dipanggil sebagai mamateeks. Mereka biasanya memburu ikan salmon, karibu (spesis rusa di Amerika), dan anjing laut.
Bahasa orang Beothuck pula agak unik. Menurut ahli penjelajah Scotland bernama William Cormack yang satu-satunya berkomunikasi dengan bangsa asal ini, beliau mendapati bahawa bahasa mereka lebih ke arah kumpulan bahasa Scandinavia, tidak ada pengaruh bahasa Cina.
Kajian genetik menunjukkan bahawa nenek moyang mereka ialah orang Norse dari Scandinavia (Finland, Norway, dan Sweden). Sejarawan percaya bahawa moyang ini turun ke Pulau Newfoundland pada sekitar tahun 1409 hingga 1420 setelah keluar dari Pulau Greenland.
Terdapat catatan dari surat milik paderi dari Iceland berpangkat Bishop yang bertarikh 20 September 1448. Surat itu menyatakan bahawa orang Norse yang berlayar keluar dari Greenland telah diserang oleh ‘armada orang kafir’ dan menjadikan mereka sebagai hamba atau buruh.
Tapi, surat ini tidak dapat buktikan apa-apa pada waktu itu kerana orang Norse yang masih duduk di Eropah tidak tahu apakah nasib sebenar puak mereka yang menetap di Greenland. Seiring dengan teknologi, pada tahun 2017 terdapat penemuan baru dari dasar laut sekitar Pulau Newfoundland!
Dalam perairan pulau itu, dua buah bangkai kapal telah ditemui dengan panjangnya 150 meter. Bangkai kapal ini begitu besar berbanding kapal-kapal pelayar Eropah pada era 1700-an dan usia kapal ini lebih tua dengan beza 300 tahun!
Kalau ikutkan sejarah, tamadun Cina saja yang mempunyai teknologi pembinaan kapal pada tahun 1400-an, iaitu zaman dinasti Ming (1368 – 1644).
Jadi, surat dari paderi bishop ada kebenarannya. Mungkin betul terdapat pelayaran armada dari China, bertembung dengan kapal orang Norse dari Greenland. Kemudian orang Norse ditangkap dan dibawa ke Pulau Newfoundland. Di sinilah segelintir sejarawan percaya bahawa orang Beothuck ialah campuran orang Cina dan Norse!
Tapi, kajian meneroka asal-usul bangsa Beothuck masih jauh lagi. Pengkaji sana mencari-cari siapakah armada dari China yang mampu berlayar tiba di benua Amerika. Calon yang sesuai ialah armada Laksamana Cheng Ho. Walaupun ada teori keberadaan beliau di Pulau Newfoundland tapi tidak banyak bukti untuk kukuhkannya.
Jika bukan Cheng Ho, mungkin ada bangsa Cina lain yang mampu berlayar sedemikian, berhubung dengan bangsa Viking dan seterusnya lahir puak bernama Beothuck. Ini yang pengkaji sana harus dapatkan jawapannya!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





