Sejak penemuan api, terdapat satu kepercayaan oleh bangsa-bangsa kuno, di mana mereka percaya bahawa adanya lampu api yang sentiasa hidup tanpa dimatikan oleh sesiapa, sehingga wujudnya ‘fenonema’ lampu api abadi. Wujud ke lampu api macam tu?
Ramai ahli sejarawan kuno mencatatkan kewujudan lampu api abadi ini. Seperti Plutarch, ahli falsafah dan sejarawan Yunani pernah catatkan dalam bukunya berjudul ‘De Defectu Oraculorum’. Dalam catatannya, terdapat lampu sebegitu dinyalakan di Kuil Jupiter Ammon yang terletak di Mesir.
Para paderi kuil mendakwa bahawa lampu api itu tidak pernah mati walaupun berada di kawasan terbuka yang terdedah oleh tiupan angin. Ada juga kuil lain yang didakwa mempunyai lampu api abadi seperti Kuil Apollo Carneus di kota Cyrene, Libya dan Kuil Besar Aderbain di negaran Armenia.
Seorang ahli geografi Yunani bernama Pausanias telah mencatatkan tentang lampu api yang diperbuat oleh emas, dinyalakan di Kuil Minerva Polias yang terletak di kota Athens. Lampu api yang dicipta oleh seorang ahli akademik bernama Callimachus telah berjaya nyalakan lampu itu selama setahun tanpa tukarkan minyak dan sumbu.
Selain tamadun Yunani Kuno, empayar Byzantine juga mempunyai kisah kewujudan lampu api abadi ini. Semasa pemerintahan Maharaja Justinian The Great (527-565), pasukan tentera telah temui lampu api tersebut di kota Edessa (atau Antioch). Menurut mereka, lampu itu telah dinyalakan di gerbang kota dan sentiasa hidup selama 500 tahun!
Selain Eropah, di Asia juga mempunyai kisah lampu api abadi ini. Seperti India, terdapat lampu ini dinyalakan di sebuah kuil Hindu bernama Jwala Ji yang terletak di kota Jawalamukhi. Lampu api tersebut berwarna biru dan sentiasa menyala di setiap celah batu dalam kuil. Ia juga dikatakan bernyala sejak kuil ini dibina, kira-kura 1,000 tahun lamanya!
Apabila meneliti kesemua kisah-kisah ini, mustahil lampu sebegini boleh menyala dalam tempoh masa yang sangat lama, jika mengikut penjelasan sains semata-mata. Ramai masyarakat percaya ‘fenomena’ lampu api abadi sebenarnya kerja setan atau ‘dewa-dewi dari langit’ bagi menjelaskan keajaiban lampu ini.
Jika nak ciptakan lampu sedemikian dengan teknologi sekarang, memang mustahil untuk pastikan ia menyala selama bertahun-tahun lamanya. Nak cari bukti berupa artifak pula tidak ditemui sehingga sekarang.
Maka, kisah-kisah keajaiban lampu api abadi menjadi tanda tanya, kemudian menimbulkan teori-teori sama ada ia hanyalah rekaan untuk mencapai agenda tertentu seperti keagamaan, atau ia sebenarnya wujud tapi ilmu penciptaan lampu itu telah dipadam dari lipatan dunia. Mungkin, tunggu masa saja agar para saintis dapat bongkarkan teknologi lampu api abadi ini!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





