Apabila berbincang tentang gunung berapi, mesti kita bayangkan laharnya berwarna merah berapi dan mampu leburkan apa-apa saja termasuklah logam paling keras! Tapi, anda semua tahu tak ada lahar gunung berapi berwarna biru?
Yang, sebenarnya wujud lahar berwarna biru dan ia hanya ditemui di Gunung Merapi, Indonesia! Pada tahun 2006, terdapat misi ekspedisi pengembaraan ke Gunung Merapi dan seorang jurugambar professional dari Perancis bernama Oliver Grunewald turut terlibat.
Apabila tiba di sebuah lokasi bernama Kawah Ijen, Grunewald telah merakamkan fenomena yang begitu menakjubkan, iaitu lahar berwarna biru yang keluar dari permukaan kawah Gunung Merapi. Dia kemudian menangkap banyak gambar pada waktu malamnya.
Menurut Grunewald, fenomena itu adalah pertama kali dia saksikan sepanjang melakukan rakaman ke atas letusan gunung berapi. Dia juga menegaskan bahawa tidak ada sebarang suntingan sepanjang tangkapan gambar lahar biru itu.
Gambar lahar Gunung Merapi itu kemudian tular dan mendapat perhatian para saintis lain. Mengikut rekod, Gunung Vesuvius di Itali pernah memuntahkan lahar biru pada tahun 79 SM. Kalau anda ingat, inilah gunung terkenal yang telah hancurkan kota Pompeii!
Sebenarnya, lahar berwarna biru wujud kerana tindak balas bahan kimia bernama sulfur semasa letusan gunung berapi terjadi. Apabila meletus, pembakaran gas sulfur terjadi dan apabila sulfur mengalami perubahan dari bentuk gas ke cecair, maka wujudnya lahar biru yang mengalir keluar.
Lahar biru tetap mengalir apabila ia berada dalam tekanan suhu setinggi 600 darjah Celsius. Grunewald yang tengah menangkap gambar lahar itu terpaksa memakai topeng gas kerana terhidu bau sulfur yang kuat.
Selain lahar, api juga mempunyai berwarna biru jika terdapat tindak balas antara gas sulfur dan udara di bahagian permukaan kawah gunung berapi. Jadi, sulfur adalah penyebab mengapa lahirkan lahar berwarna biru!
Gunung Merapi yang terletak di Jawa Tengah ialah antara gunung berapi yang masih aktif sejak letusan pada tahun 1548. Sekitar gunung setinggi 2,910 meter ini telah dijadikan sebagai kawasan perlombongan sulfur dan juga sebagai tempat pendakian untuk para pelancong melihat sendiri fenomena gunung berapi secara dekat!




No comments yet