Pada sekitar tahun 1988, Jepun digemparkan dengan penemuan ‘kota’ di dasar laut berdekatan Pulau Yonaguni. Menurut penduduk pulau bernama Kihachiro Aratake yang pertama kali menemui ‘kota’ tersebut, beliau cukup terpesona dan pecaya inilah harta bernilai yang telah lama pulau ini simpan.

Setelah kisah ‘Monumen Yonaguni’ tersebar meluas, sekumpulan penyelidik dari Universiti Ryukyu yang diketuai oleh Masaaki Kimura tiba ke Pulau Yonaguni untuk mengkaji monumen dasar laut ini. Bagi Kimura, monumen ini adalah pertama kali mereka temui dan beliau percaya Monumen Yonaguni ialah binaan manusia zaman dulu.

Ramai memberikan spekulasi tentang Monumen Yonaguni. Ada antara golongan percaya bahawa monumen itu ialah pusat kelahiran tamadun kuno di Jepun. Ada juga antara golongan yang percaya bahawa Jepun menemui kota Atlantis yang sekian lama menjadi buruan para ahli arkeologi.

Seorang penyelam professional tempatan bernama Kenzo Watanabe pernah melakukan misi menyelam ke Monumen Yonaguni bersama kumpulannya. Watanabe menyaksikan rupa monumen itu memang dilihat seperti binaan manusia kerana ‘tapak dan dindingnya’ begitu rata, tidak ada sebarang hakisan. Terdapat juga lorong dan rupa bentuk seperti tangga. Penyelaman ini menjadikan Watanabe percaya bahawa Monumen Yonaguni sememangnya binaan manusia.

 

 

Tapi, lain pula jawapan bagi golongan ahli geologi ini. Setelah para hali geologi pergi ke Monumen Yonaguni, pengkaji dari Universiti Boston bernama Robert Schoch memberikan jawapan bahawa monumen yang kononnya buatan manusia itu sebenarnya batu yang mengalami formasi yang aneh. Batu monumen ini sebenarnya sejenis batu yang menegak dan terdedah akibat hakisan gelombang laut.

Seorang lagi ahli geologi tempatan iaitu Takayuki Ogata menyokong kenyataan dari Schoch. Pada tahun 2016, Ogata pergi ke Pulau Yonaguni. Setelah meneliti keadaan geografi pulau tersebut, formasi batu di pulau sama dengan formasi batu di Monumen Yonaguni. Jadi, Ogata berpendapat bahawa Monumen Yonaguni hanyalah pembentukan alam semula jadi saja.

Sehingga sekarang, saintis masih lagi melakukan kajian lanjut terhadap Monumen Yonaguni, sama ada benar-benar buatan manusia atau hanya buatan alam saja. Jadi, apa pendapat korang tentang Monumen Yonaguni?

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply