Pada tahun 184 SM, terdapat peristiwa pertempuran armada antara kerajaan Pergamon dan Bithynia di persisiran pantai Anatolia (Turkiye). Tapi, pertempuran ini bukannya biasa kerana salah satu kapal mereka diserang oleh ular berbisa!

 

Kisahnya bermula dari zaman Hellenistik di wilayah tersebut. Manakala kuasa Rom masih berkembang di sekitar Laut Mediterranean. Kerajaan Bithynia yang ditadbir oleh Raja Prusias I telah mengupah jeneral perang untuk mengetuai serangan armada ke atas musuh utama, iaitu kerajaan Pergamon.

 

Jeneral perang itu ialah Hannibal Barca. Ya, jeneral perang Carthage yang terkenal dengan membawa bala tentera bergajah menyerang Rom dalam Perang Kedua Punic (218 hingga 201 BC)!

 

Masuk tahun 184 SM, masa untuk menyerang Pergamon telah tiba. Armada Pergamon yang diketuai oleh Raja Eumenes II pun turut serta dalam menghalang kemaraan armada Bithynia.

 

Tapi, ada satu masalah yang membuatkan Hannibal garu kepala. Armada Pergamon sebanyak 425 buah kapal, empat kali ganda dari armada Bithynia! Macam mana mereka nak memenangi pertempuran yang berat sebelah ini?

 

Di sinilah Hannibal tunjukkan lagi kegeniusan dalam strategi pertempuran! Beliau arahkan para tentera sumbatkan ular-ular berbisa dalam pasu, kemudian lontarkan ke arah kapal musuh menggunakan catapult (kereta kebal kuno).

 

Boleh katakan, mereka guna ‘bom ular’ sebagai taktik pertama dan terakhir. Serangan pertama dilancarkan ke atas kapal induk, di mana raja Pergamon dan tentera berpangkat tinggi berada. Keputusannya menunjukkan ramai anak kapal tetmasuklah raja mereka lari bertempiran! Ada antara anak kapal digigit teruk oleh ular berbisa yang dilontar itu!

 

Dari serangan ular berbisa, armada Bithynia terus menyerang, sehinggalah armada Pergamon berundur. Di sinilah Hannibal bersama para anak kapal menyambut kemenangan armada mereka!

 

Dari perisitwa ini, kita dapat tahu yang Hannibal sekali lagi tunjukkan kepakaran dalam strategi tempur dengan jadikan haiwan sebagai senjata.

 

Tapi, banyak persoalan yang ditimbulkan oleh sejarawan sekarang. Bagaimana Hannibal boleh terfikir dan kumpul begitu banyak ular? Adakah ular-ular yang beliau dan para tentera lain sebenarnya berbisa?

 

Catatan pertempuran armada ini telah dicatat oleh sejarawan Rom bernama Cornelius Nepos (110 SM – 25 SM), di mana beliau catatkan dalam De Viris Illustribus. Dalam catatan itu, dikatakan Hannibal telah tahu yang armada Bithynia begitu sedikit untuk melawan armada musuh, jadi beliau arahkan bala tentera kumpulkan sebanyak ular berbisa beberapa hari lepas untuk dibawa masuk dalam kapal.

 

Ular-ular yang dibawa sebenarnya tidak berbisa, walaupun Nepos catatkan sedemikian kerana bilangan ular berbisa di Anatolia tak begitu banyak. Spesis ular yang banyak di Anatolia hanyalah spesis ular dadu (Natrix tessellata), ular tidak berbisa yang badan hijau kekuningannya ada bintik hitam.

 

Mungkin Hannibal percaya ular dadu yang banyak terkumpul oleh bala tentera ialah ular berbisa dan musuh pun bukanlah pakar sangat pasal haiwan. Jadi, tidak hairan jika Nepos catatkan yang ular dibawa oleh Hannibal adalah berbisa, walaupun hakikatnya tidak.

 

Sekurang-kurangnya, serangan ‘bom ular’ ke atas kapal musuh begitu berkesan atas psikologi tentera musuh, tidak kira ular itu berbisa atau tidak, kan?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply