Pada tengah malam 15 April 1912, kapal yang digelar sebagai tidak boleh ditenggelamkan, Titanic akhirnya karam ke dasar laut selepas berlanggar dengan aisberg beberapa jam sebelumnya. Tatkala kisah ini diabadikan dalam beberapa filem termasuk Titanic (1997), ada satu kisah Titanic yang telah dilupakan. Ini kisah Titanic versi India: SS Vaitarna.

SS Vaitarna

SS Vaitarna atau nama sebenarnya Vijli merupakan sebuah kapal stim buatan firma Scotland, Grangemouth Dockyard Co. Ltd. Ia berperanan sebagai kapal penumpang dan pengangkut barang dari Mandvi, Kutch ke Bombay (kini Mumbai). Kapal yang berukuran 51.85 meter panjang itu mula beroperasi sekitar 1885 dengan kos perjalanan sekitar Rs 8 (RM0.45).

TETAPI sebelum nak baca lagi kisah Titanic versi India ini, kami rasa korang kena beli buku kami, TITANIC DI HUJUNG JARI. Bolehlah dapatkan lebih banyak fakta menarik tentang Titanic dan sejarah di sebaliknya. Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Titanic-Di-Hujung-Jari-i.238336777.4238247449

Jadi, bagaimana nama kapal ini diberi? Vijli atau elektrik berkemungkinan merujuk kepada lampu elektrik yang digunakan pada kapal berkenaan. Sementara nama Vaitarna pula merujuk kepada sungai tempatan yang dimudiki kapal tersebut semasa menghampiri Bombay. Selain dua nama ini, ia turut dikenali sebagai Haji Cassum ni Vijli – nama kapten dan pemilik kapal tersebut, Cassum Ibrahim Agboatwala atau nama gelarannya Haji Cassum.

Pada tengah hari Khamis, 8 November 1888, SS Vaitarna memulakan rutin perjalanan hariannya dari Mandvi ke Bombay. Mengikut rekod rasmi, 703 orang berada di atas kapal semasa Vijli karam. Tetapi dengan melihat kerenah feri dan kapal India, Pakistan dan Bangladesh hari ini, tak mustahil bilangan sebenar penumpang SS Vaitarna sebenarnya antara 1,200 hingga 1,300 orang. Antara yang direkodkan sebagai penumpang ialah 13 ahli rombongan perkahwinan dan sekumpulan pelajar yang menghadiri peperiksaan matrikulasi di Bombay.

Kapten SS Vaitarna, Haji Cassum Ibrahim Agboatwala

Dari Mandvi dengan bilangan penumpang seramai 520 orang, SS Vaitarna meneruskan perjalanan ke Dwarka dan mengambil lebih ramai penumpang. Mengikut perancangan, Vijli sepatutnya bergerak ke Porbandar. Tetapi cuaca buruk mendorong Haji Cassum untuk membatalkan rancangan ke Porbandar dan terus pergi ke Bombay.

Itulah kali terakhir Vijli dilihat dengan kapal tersebut dilaporkan karam di luar pesisir pantai Mangrol, Junagadh, Gujarat. Tragedi Titanic versi India ini menyaksikan bangkai kapal langsung tidak kelihatan dipercayai dipukul ribut dengan ratusan/ribuan orang terbunuh. Pihak berkuasa kemudiannya mengupah kapal Savitri yang dikendali Mahomedbhoy Dawood untuk mencari SS Vaitarna tetapi gagal.

Walaupun ada membuat teori tragedi SS Vaitarna ini berpunca daripada kesilapan manusia, ia disangkal Dawood yang mengenali kapten Vijli, Haji Cassum. Ini kerana kapten SS Vaitarna itu merupakan seorang yang berpengalaman dari segi pelayaran dan sentiasa memastikan kapal pulang dalam keadaan selamat. Lantas, ini membawa kepada satu-satunya punca karamnya Vijli iaitu cuaca ribut yang kuat.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Secara kasar, apa yang menimpa SS Vaitarna itu tidak sepatutnya berlaku. Ini berdasarkan satu laporan kerajaan India pada tahun 1888 yang menyifatkan kapal tersebut berada dalam keadaan baik termasuk dari segi struktur dan peralatan kapal. Malah, seorang jurutera bernama MacIntyre turut mengakui dengan kapal yang baik, ia mampu meredah cuaca ribut tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun, laporan tersebut bersifat omong kosong sahaja. Ini selepas Gabenor Bombay ketika itu, Lord Reay mengarahkan satu lagi siasatan dibuat. Siasatan lebih mendalam mendapati SS Vaitarna berdepan masalah sama seperti Titanic: kekurangan bot penyelamat.

Selain itu, barometer aneroid (sejenis alat yang mengukur tekanan atmosfera) pada kapal tersebut didapati tidak berfungsi. Tanpa barometer yang berfungsi, agar sukar bagi Haji Cassum mengetahui tentang cuaca buruk semasa berlayar. Dengan mengambil kira dua faktor yang dinyatakan, sudah pasti Vijli sepatutnya digantung daripada beroperasi atas sebab keselamatan. Tetapi laporan ini dianggap terlewat buat keluarga mangsa.

Walaupun kisah Titanic versi India ini semakin dilupakan, ia masih segar sebagai cerita legenda dalam kalangan penduduk tempatan. Salah satunya ialah lagu rakyat yang bertajuk ‘Haji Cassum, tari vijli re madhariye veran thai’ (Wahai Haji Cassum, Vijli anda telah karam ke dasar laut).

Kisah SS Vaitarna dan Titanic sebenarnya berkongsi dua pengajaran yang serupa. Pertama, mentaliti sediakan payung sebelum hujan sepatutnya ditekankan bagi menyelamatkan nyawa penumpang. Kedua dan paling penting, manusia tidak akan mampu menyaingi kekuasaan Tuhan.

Walaupun kapal dalam keadaan baik atau dianggap tidak boleh ditenggelamkan, kalau Tuhan kata jadilah, maka ia akan terjadi (tragedi yang menyelubungi kedua-dua kapal). Setiap musibah termasuk tragedi Titanic versi India ini merupakan peringatan bahawasanya manusia terlalu kerdil dan lemah jika dibandingkan dengan-Nya.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complexhttps://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN

Chavan, A. (2017, 14 April). Disaster at Sea: SS Vaitarna – India’s Forgotten ‘Titanic’. LiveHistoryIndia.

Odakkal, J. (2022, 10 Julai). Titanic at 25: The little-known mystery of India’s own Titanic. The Week India.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply