Pernah dengar ayat ‘bahkan lautan api sanggup ku redah’? Kalau pernah dengar mungkin anda sebenarnya generasi yang pernah memikat dengan ayat sebegini dengan ‘crush’ anda, mungkin juga anda adalah seseorang yang dipikat dengan ayat sebegitu. Biasanya si pemikat akan membuktikan bahawa perasaan cintanya tulus dengan gunakan ayat sebegitu supaya pasangannya tahu betapa tekunnya si dia bercinta.

Tapi, kalau setakat pakai ayat itu tanpa betul-betul redah lautan api bagai, dia hanyalah bermulut manis saja. Sebenarnya, ayat ‘lautan api sanggup ku redah’ itu wujud secara praktikal, iaitu berjalan di atas api. Amalan sebegini telah wujud sejak 3,000 tahun lalu, kemudian semakin ramai mengamalkannya. Rasanya si pemikat tidak mampu berjalan di atas api ini kerana ia memerlukan teknik tertentu supaya kaki kita tidak cedera atau terbakar apabila berjalan, bukan main redah saja kononnya nak tunjuk cintanya yang tulus. Hiks!

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Untuk artikel ini, kita bincangkan tentang asal-usul berjalan di atas api ini. Asalnya budaya berjalan ini dilaksanakan untuk tujuan keagamaan. Biasanya majlis keagamaan diadakan bersama dengan budaya berjalan atas api bagi menunjukkan kekuatan fizikal dan kerohanian, serta menunjukkan kekuatan iman dan keberanian seseorang.

Ada claim mendakwa India adalah tamadun pertama yang mengamalkan budaya berjalan atas api ini. Kalau tengok balik pada lembaran sejarah, claim ini barangkali berasas. Kerana India mengamalkan berjalan di atas lantai membara sejak 1200 S.M., di mana amalan ini berasal dari upacara pertandingan antara 2 orang paderi yang berlumba siapakah paling jauh berjalan di atas laluan api. Paderi yang memenangi pertandingan ini akan diingati oleh masyarakat tentang keberanian, keimanan, dan kekuatan paderi itu.

Kemudian pada abad pertama Masihi, terdapat rekod tentang amalan ini terjadi di Eropah, terutamanya oleh masyarakat Rom. Pliny the Elder iaitu satu-satunya sejarawan Rom yang mencatat amalan ini. Menurut catatannya, terdapat ritual tahunan bagi memberikan korban kepada dewa Apollo, iaitu dewa muzik dan tarian. Korban itu adalah para penyembah berjalan di atas balak kayu yang dibakar oleh api. Jika si penyembah berjaya melalui balak tersebut tanpa cedera, dia akan diberikan ganjaran lumayan dan tidak menyertai kempen ketenteraan.

Ilustrasi 3 orang penganut agama berjalan atas laluan api. (Sumber: Ancient Origins)

Kemudian secara tak sangka amalan berjalan atas api telah diamalkan oleh masyarakat seluruh dunia selain India dan Eropah. Negara seperti Jepun, Thailand, China, dan juga wilayah Tibet mula gunakan amalan ini sebagai aktiviti tahunan setiap kali ritual keagamaan diadakan. Walau bagaimanapun, tidak semua agama menerima amalan berjalan di atas lantai membara ini terutamanya pihak gereja Ortodoks Yunani. Sejak pihak gereja mengharamkan para paderi libatkan diri dalam amalan ini, warga Yunani haruslah meminta paderi untuk mengesahkan amalan tersebut apabila mengadakan upacara ritual mereka.

Pada abad ke-17 Masihi, amalan berjalan atas api tersebar ke Amerika Utara. Menurut catatan oleh Father Le Jeune iaitu mubaligh Kristian di Amerika, beliau menyaksikan upacara penyembuhan kaum asal Amerika dengan hanya berjalan di atas unggun api. Le Jeune terpesona melihat seorang wanita yang sakit melangkah unggun api tanpa sebarang cedera. Bermula dari upacara ini, amalan berjalan atas api menjadi budaya ‘mainstream’ dalam kalangan masyarakat Amerika.

Terdapat dua jenis ‘jalan berapi’ yang harus pejalan harungi: jalan batu-bata yang panas dan jalan arang membara. Jalan arang ini biasa digunakan di mana kayu arang dibakar dahulu sehingga membentuk arang yang membara. Jarak jalan yang dibina ialah sekitar 2 hingga 4 meter dan luasnya ialah semeter hingga 3 meter.

Dua orang penganut ajaram Buddha berjalan atas arang membara. (Sumber: Ancient Origins)

Sebelum memulakan acara berjalan atas api, pejalan harus menenangkan dan menyucikan diri dahulu seperti berpuasa, tidak bergaul dengan sesiapa, kerap mandi, dan menari. Tempoh persiapan ini hanya mengambil masa berjam-jam sehingga beberapa hari bagi memastikan pejalan mampu berjalan tanpa masalah. Semasa upacara berlansung, si pejalan diiringi dengan alunan muzik yang dimainkan dari alat muzik tradisional seperti seruling, dram, dan alatan bertali.

Sehingga kini, budaya berjalan atas api masih diamalkan dan tujuannya masih tidak hilang. Seperti rakyat Sepanyol, mereka melakukan upacara memperingati paderi St. John atau John the Baptist pada pertengahan musim panas.

Upacara ini mempunyai aktiviti berjalan di atas lantai membara, di mana 3 orang wanita berwatakan sebagai paderi wanita dan mengangkat pasangan lelaki masing-masing. Seterusnya 3 pasangan ini bergilir-gilir melintasi jalan atas arang. Amalan ini juga dijadikan sebagai tarikan para pelancong kerana ia menaikkan ekonomi perlancongan apabila tibanya upacara ritual yang membuatkan pelancong teruja.

Jadi, sanggupkah para pencinta wanita taburkan arang membara sejauh beberapa kilometer, kemudian berjalan di atas arang tersebut?

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Leigh, Lex. 8 July 2022. Hot Trot: The Fascinating Ancient Practice of Firewalking. Ancient Origins.

Kanchwala, Hussain. 8 July 2022. Walking On Hot Coal: How Do People Firewalk? Science ABC.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply