Alam ini tidak pernah menentu. Tetapi setiap perkara yang terjadi mesti ada kitarannya. Dulu kala Bumi melalui satu fasa penyejukan dipanggil Zaman Ais. Saintis berjaya mengesahkan yang sekurang-kurangnya 60 spesis pupus buat selamanya kerana faktor Zaman Ais sahaja meskipun ada kena mengena dengan manusia prasejarah. Zaman Ais mencetuskan ketidakstabilan pada alam semulajadi sampai haiwan terpaksa berteduh di habitat bukan milik mereka (Mann, et al., 2015)

Asia Tenggara tidak terkecuali pada masa ini. Proses tektonik dijangka menjadi salah satu punca kejadian penyejukan semasa Zaman Ais di Asia Tenggara (Park, et al., 2020). Sangat wajar untuk tengok Indonesia sebagai contoh untuk faham pengaruh Zaman Ais di Asia Tenggara. Justifikasinya mudah: wilayah Indonesia sangat besar.

Kehidupan Manusia Prasejarah Zaman Ais

Semua orang tahu yang manusia prasejarah sangat pintar. Banyak ilmu diwarisi secara turun temurun yang tersebar melalui migrasi dan pembudayaan. Ilmu asas seperti pertuturan dan masakan adalah perkara biasa. Ilmu ukiran pula masih dipersoalkan kerana kekurangan bukti. Tetapi saintis tidak jemu menggali untuk meluaskan pengetahuan arkeologi. Dan Indonesia menjadi medan penyeliikan Universiti Griffith daripada Australia.

Perhatian. The Patriots sedang mencari manuskrip untuk diterbitkan. Jika berminat, anda boleh kirimkan ke alamat emel seperti dalam gambar.

Indonesia mempunyai lebih daripada 2,000 pulau. Namun pada zaman 22,000 tahun yang lalu, hanya tujuh pulau menjadi tumpuan manusia prasejarah. Umumnya, manusia prasejarah sudah pandai berlayar seawal 65,000 tahun yang lalu lagi (Jett, 2017). Jadi kemampuan manusia prasejarah untuk berlayar sekitar tujuh pulau Indonesia bukan sama sekali satu kepelikan.

Walau bagaimanapun, mereka tidak hidup semata-mata untuk hidup. Kehidupan mereka di bumi Indonesia adalah dengan kemandirian budaya. Mereka sangat berbudaya sampai mampu mengukir barang kemas.

Kemahiran Yang Tenggelam

Pulau Sulawesi mempunyai sebuah gua yang terletak di Wallacea. Tiada kena mengena dengan Wallachia pasal Count Dracula. Ini Wallacea di Indonesia.

Kawasan Wallacea.

Gua ini menjadi tarikan pakar arkeologi yang menemui khazanah prasejarah. Khazanah ini bukan sama sekali ranting semata-mata. Sebaliknya saintis menemui barangan kemas yang diukir dengan begitu cekap sekali. Salah satu ukiran adalah sebatang kuku yang dilubangkan untuk tujuan pembenangan.

Kuku yang ditemui.

Kuku ini dipercayai daripada seekor musang daripada zaman antara 22,000 hingga 30,000 tahun yang lalu. Selain daripada kuku ini, saintis juga menemui gigi seekor babi yang juga dibenangkan.

Kedudukan lubang itu sendiri didapati sangat konsisten. Jadi saintis yakin kedua-dua objek prasejarah digunakan sebagai kalung atau rantai. Penemuan ini membuktikan kewujudan budaya yang bukan main tebal dalam kalangan warga prasejarah. Dan semestinya, saintis akan menggali lagi untuk mencari lebih banyak bukti.

Penerangan tentang gigi babi.

Tetapi buat masa ini saintis sedang mengkaji perkaitan antara gigi dan kuku bersama dengan segala corak yang ditemui dalam gua di Wallacea. Apa yang ditemui sudah cukup untuk memahami macam mana manusia prasejarah hidup. Jika kehidupan ini hanyalah untuk makan dan minum, beruk di hutan pun makan dan minum. Namun akal memisahkan manusia daripada haiwan. Akal pula sukar dibuktikan, dalam situasi rangka tulang. Jadi budaya menjadi saksi terulung. Cuma alat budaya itu sendiri mudah ditelan zaman.

Dan berdasarkan ciri-ciri budaya manusia prasejarah Wallacea, saintis percaya bahawa mereka ada kena mengena dengan orang asli di Australia sekarang. Sama ada nenek moyang atau bau-bau bacang… atau sekadar pengaruh budaya purbakala… itu saintis tidak pasti lagi. Hanya DNA sahaja boleh mengesahkannya.

RUJUKAN:

Jett, S. (2017). Ancient Ocean Crossings: Reconsidering the Case for Contacts with the Pre-Columbian Americas. University of Alabama Press. Halaman 168-171.

Mann, D., et al. (2015, November 2). Life and extinction of megafauna in the ice-age Arctic. PNAS. 112 (46): 14301-14306.

Park, Y., et al. (2020). Emergence of the Southeast Asian Islands as a driver for Neogene cooling. Proceedings of the National Academy of Sciences.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply