Tahukah anda, kebanyakan tanaman moden pasti nama saintifik dia akan berakhir dengan nama -tivum? Apa benda –tivum ni? Sebagai pemula, perkataan ni bermaksud ‘cultivated’, yakni sudah mencapai tahap komersial yang bagus. Kebanyakan tanaman penting di dunia pasti ada nama ni sebab mereka semua sudah mencapai tahap ‘cultivated’. Contohnya ialah gandum ( Triticum aestivum), padi (Oryza sativa), kacang pis ( Pisum sativum) dan barli (Fermentum sativum). Macam mana tak jadi ‘cultivated’ kalau dah lebih 10,000 tahun tanaman ni dimanipulasi bakanya sampai sekarang? Percaya atau tidak, tanaman-tanaman yang ada pada zaman sekarang dulu amatlah berlainan rupa dan rasanya berbanding sekarang.

Sebagai contoh, tumbuhan bijirin seperti padi dan gandum dulu hanyalah spesis lalang yang anda boleh jumpa dalam kawasan belukar. Kalau anda perasan, ada sesetengah lalang ni ada bentuk bijirin macam padi dan gandum, cuma halus je bijirin dia (rujuk gambar lalang di bawah). Bijirin ni penuh dengan karbohidrat, maknanya memang sesuai dijadikan makanan. Padi dan gandum purba ni perangai dia memang serupa lalang liar ni. Bila tiba musim dia, batang bijirin ni akan luruh bagi menyebarkan bijirin dia untuk tumbuh pokok baru. Oleh itu, bijirin padi dan gandum purba ni memang tak efisien sebab batang dia boleh luruh walaupun bijirin dia tak matang lagi.

Namun, sekitar 10,000 tahun dahulu di kawasan Sabit Subur, sekelompok manusia Neolitik telah terjumpa spesis lalang gandum yang cacat. Berbanding gandum purba yang lain, batang bijirin dia tak luruh walaupun dah tiba musim. Oleh itu, manusia-manusia neolitik ni ambil gandum mutan ni ke kawasan mereka dan ditanam untuk tujuan makanan. Inilah titik pemula dia. Inilah zaman bermulanya gandum ditanam secara komersial. Kalau kita tengok gandum dan beras zaman sekarang, anda akan perasan batang bijirin dia tak luruh walaupun dah tiba musim. Puncanya ialah mereka ni dari baka dan keluarga yang sama macam gandum Neolitik mutan tadi! Selepas beberapa tempoh, masyarakat Neolitik ni terjumpa lagi gandum mutan yang menghasilkan bijirin yang besar. Jadi, mereka kacukkan kultivar gandum batang tak luruh tu dengan kultivar gandum bijirin besar, melahirkan baka gandum baru yang lebih elok. Selepas itu, anda semua boleh agak apa yang jadi hasil dari ciptaan baka baru dan seterusnya. Oleh sebab itulah, tamadun tertua di dunia bermula dalam kawasan Sabit Subur seperti Mesopotamia dan Mesir Purba, sebab di situlah tempat paling subur di dunia dan juga tempat paling banyak sumber makanan seperti barli, kubis dan sebagainya.

Sebagai selingan, tahukah anda bahawa padi yang kita tanam di sawah sekarang, bukanlah kultivar padi asal kita? Padi purba dulu ada dua jenis. Padi yang pertama kita boleh jumpa di kawasan paya dan padi yang kedua di kawasan bukit. Padi kultivar asal Semenanjung Melayu dan Borneo ialah padi kawasan bukit, atau kalau ikut takrifan modennya, padi huma. Padi sawah ni asalnya dari Pakistan sebelum dibawa ke China, dan seterusnya dibawa ke Asia Tenggara. Padi sawah kita adalah hasil daripada baka padi paya purba ni. Kalau gandum diperkenalkan oleh tamadun Mesopotamia dan Mesir purba, padi pula diperkenalkan oleh tamadun China dan medium bagi penyebaran tanaman ni adalah sama, yakni laluan perdagangan. Tanaman padi dan gandum ni sangatlah instrumental dalam teknologi kejuruteraan sebab lebihan hasil tanaman ni kemudiannya dieksport ke negara kota yang lain, merintis kepada pembentukan antara teknologi tertua dan terpenting di dunia: roda.

Namun, bukan semua tanaman moden yang kita ada sekarang ni mencapai status ‘cultivated’. Sebagai contoh, jagung lebih banyak ditanam berbanding padi dan gandum, tap nama saintifik dia tak berakhir dengan –tivum. Namanya ialah Zea mays. Ini adalah pelik kerana kita ada banyak baka jagung yang sudah pasti bermaksud jagung ni dah ‘cultivated’. Menurut dapatan saya, ini adalah berkemungkinan kerana kita tak tahu baka jagung purba. Jagung yang kita ada sekarang ni sudah banyak kali dikacuk sampai dah pupus dan tak tahu mana satu jagung purba. Anda boleh tengok pada 3 gambar jagung yang disertakan di bawah. Kita ada tanaman ‘’kernel’ purba, tanaman ‘kernel’ kacuk dan akhirnya jagung moden. Ni kalau saya tak sebut mereka bertiga ni berkait, pasti anda tak sangka mereka ni keluarga jagung.

Sebagai penutup, saya nak sentuh sedikit tentang GMO. Pasti anda dah biasa dengar orang bising tentang produk GMO ni (Genetically Modified Organism) macam ‘golden rice’ ni tak baik dan penyebab kanser. Jadi, adakah asertasi ni benar?

Kalau anda jumpa golongan ni duduk dakyah dekat korang, maka ambillah tomato ranum dan tepeklah di muka mereka, kerana sesungguhnya semua produk tanaman di dunia ni sememangnya adalah produk GMO. Apa anda ingat tomato purba warna merah macam sekarang? Jangan tengok tomato je, tembikai purba lagi la dahsyat. Tak selera terus tengok.

Dan kita sampai sekarang tak ada bukti kukuh produk GMO ni karsinogenik.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.