Ada yang mengadu mereka rindu dengan ulasan geopolitik yang saya selalu buat dulu-dulu. Sekarang dah macam kurang.

Bukan apa, geopolitik ini tak susah pun. Asalkan kita menguasai prinsip-prinsip asas, kita akan dapat memahami semua perkembangan politik dunia dengan mudah. ‘Geopolitics is boringly predictable’. Jadi kalau ulas hari-hari boleh jadi bosan.

Ambil contoh hubungan tegang China dan India sekarang. Apesal dua negara ni jadi tension? Adakah mereka akan berperang?

Konflik berpunca daripada tindakan China membina landasan keretapi di kawasan Doklam sempadan India-China-Bhutan. India mendakwa China cuba mencerobohi wilayah India dan Bhutan (‘client state’ kepada India) dan mengugut untuk mengambil tindakan ketenteraan.

Kenapa hal sekecil ini pun nak berperang?

Mari kita lihat pada geografi.

Dalam sejarah beribu-ribu tahun sebelum 1950, China dan India tak pernah berperang. Dua tamadun gergasi ini dipisahkan oleh Pergunungan Himalaya, kuda kah gajah kah tak mampu nak merentasi gunung-ganang yang berketinggian 6,000 hingga 8,000 m. Jadi mustahil untuk berperang.

Dan pada masa yang sama, Tibet bertindak sebagai ‘buffer’ kepada dua gergasi ini. Namun teknologi moden membuat kemungkinan perang India-China menjadi semakin hampir, lagi-lagi Republik Rakyat China (kerajaan komunis) berjaya menawan Tibet pada tahun 1951 membuat India dan China bersempadan secara langsung. Ini membuat India rasa tidak selamat.

India cucuk China dalam isu Tibet. India memberi suaka kepada Dalai Lama, pemimpin Tibet. China tak boleh kehilangan Tibet, dan tak akan biarkan Tibet dikuasai India. Kenapa?

Kerana Tibet merupakan punca air China. Punca air terbesar China iaitu Sungai Yangtze berpunca daripada Tibet. Katakan kalau Tibet merdeka atau dikuasai India, mereka boleh mengancam keselamatan China dengan menggangu bekalan air China.

Pergeseran sempadan dan isu Tibet akhirnya membawa kepada Perang China-India pada tahun 1962. China memenangi perang tersebut.

Akibat daripada kekalahan tersebut, India berdendam dengan China. Tambahan pula China rapat dengan Pakistan yang merupakan musuh utama India, maka India tunggu masa saja nak cari pasal dengan China.

Adakah ketegangan kali ini akan menyebabkan China dan India berperang lagi? Adakah India boleh membalas dendam?

Jawapannya agak mustahil kerana kedua-dua negara telah menjadi negara pemilik senjata nuklear selepas perang 1962 (China tahun 1964, India tahun 1974). Tak pernah lagi dalam sejarah ada dua negara yang memiliki senjata nuklear berperang secara depan-depan kerana ia berisiko dan tidak menguntungkan. Perang nuklear hanya akan membawa kepada ‘mutual assured destruction’. Pemimpin yang rasional akan menghindari keadaan tersebut.

Kalau nak main nuklear, India akan kalah kerana kebanyakan bandar-bandar utama China (Beijing, Tianjin, Shanghai) tertumpu di sebelah timur yang sukar dicapai oleh peluru berpandu India. Tapi kebanyakan bandar-bandar utama India (New Delhi, Delhi, Kolkata) berada di sebelah utara, dalam lingkungan capaian peluru berpandu China.

Semasa 1960-an hingga 1970-an India boleh bercakap besar kerana ia disokong oleh Soviet Union (musuh China selepas 1960). Sekarang Rusia dan China berada di satu barisan, India nak mencabar China dengan mengharapkan Donald Trump? Memang tak lah.

China pula sudah merancang siap-siap. Negara-negara jiran India (Pakistan, Myanmar, Sri Lanka) kebanyakan merupakan rakan kepada China. Kalau India nak buat hal, China boleh mengepung India guna negara-negara ini. Boleh nampak permainan China di situ.

Jadi keadaan sekarang bertukar kepada China kata mereka tak akan ‘back down’ dalam konflik ini malah mengugut untuk mengambil tindakan ketenteraan dan India pula mula melembut. Sebabnya India tidak mempunyai ‘leverage’ dalam konflik ini.

Narendran Modi (PM India) tiada strategi, moody je lebih. Main cabar China tapi akhirnya dapat malu sendiri.

China dan India tak akan berperang, paling teruk pun operasi ketenteraan kecil-kecilan di sempadan.

Mudah je kan geopolitik? Tak perlu pun perkataan-perkataan bombastik.

Nanti saya karanglah satu buku kongsi cara buat analisis geopolitik secara sistematik, jadi bolehlah saya cerita K-Pop saja di FB.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply