Mesti ramai yang pernah tengok filem Semerah Padi mahakarya dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Anda tahu tak yang sebenarnya inilah filem Melayu pertama yang memperlihatkan babak suara Azan berkumandang?
Banyak lagi fakta menarik pasal filem ni!
Sebenarnya, sebelum Semerah Padi menjadi seperti yang kita lihat sekarang, cerita asal Semerah Padi ditulis oleh Omar Rojik dengan judul Long Batih.
Kemudiannya ditukar pula menjadi Pukau, dan akhir sekali ke Semerah Padi. P. Ramlee olah hampir keseluruhan isi cerita itu.
Dalam cerita asal Omar Rojik, beliau bayangkan Kampung Semerah Padi bertempat di Acheh, Sumatera yang juga tempat asal usul ayahanda P. Ramlee.
Omar Rojik menulis dalam cerita asalnya, ketiga-tiga watak utama iaitu Taruna, Aduka dan Dara mati di dalam filem ini.
Dara dibunuh oleh Taruna kerana mencurangi cintanya, manakala Taruna dan Aduka terbunuh di dalam pertarungan sesama sendiri. Tetapi P. Ramlee ubah corak cerita kepada apa yang kita tonton di dalam filem Semerah Padi pada hari ini.
Sebelum penggambaran bermula, Run Run Shaw berbincang dengan P. Ramlee supaya menghasilkan sebuah filem yang luarbiasa dari segi background, penceritaan, senimatografi dan komposisi kamera.
Jadi, P. Ramlee ambil beberapa asas babak berdasarkan ilham pengarahan dari filem-filem arahan Akira Korusawa, seorang pengarah tersohor dari Jepun dengan salah satunya filem Roshomon.
Semerah Padi sememangnya dibikin untuk bertanding di Pesta Filem Asia ke-3 yang telah diadakan di Hongkong pada tahun 1956. Ia dicalonkan bersama filem Hang Tuah yang telah memenangi Anugerah Muzik Terbaik.
Tapi malang bagi Semerah Padi kerana tidak memenangi sebarang anugerah kerana pihak juri berpendapat bahawa filem itu terlalu sensitif dengan keagamaan.
Terdapat 5 buah lagu dalam filem ini iaitu Semerah Padi (P. Ramlee & suara latar), Lenggang Kangkung Baru (Saloma & suara latar), Makan Sireh Di Semerah Padi (P. Ramlee), Sekapur Sireh Seulas Pinang (Saloma) dan Putus Kasih Di Semerah Padi (Momo Latif).
Sebenarnya, ada sebuah babak lagu iaitu Putus Kasih Di Semerah Padi yang telah dibuat penggambaran dalam WARNA! Babak itu kemudiannya dipotong terus sebelum ditayangkan di TV. Semasa ditayangkan di panggung, ada juga peminat yang sempat menonton babak itu.
Filem ini berjaya melonjakkan nama Nordin Ahmad sehingga beliau diangkat sebagai pelakon berkarisma besar di zaman itu.
Nordin Ahmad mengejutkan P. Ramlee dan Penolong Pengarah S. Sudarmadji apabila datang ke lokasi tanpa membawa sebarang skrip.
Rupanya beliau dah menjiwai setiap isi kandungan skrip tersebut disamping beliau berjaya kuasai setiap babak yang ada di dalam filem tersebut dengan tanpa merujuk pada skrip di lokasi.
Filem ini juga dikatakan oleh pengkritik filem sebagai sebuah filem Melayu yang benar-benar “Melayu” kerana filem Melayu yang terbit sebelumnya adalah filem Melayu yang terdedah dengan pengaruh filem hindi.
Oleh: Azizul Farhan
___
Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?
Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA yang akan ke udara ketika PBAKL nanti!
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/pramlee/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih