Sejak sebulan yang lalu, kisah tahanan Palestin kembali mendapat tempat di hati kita semua selepas 6 orang tahanan Palestin telah berjaya lari dari pusat tahanan Jalbua (Gilboa) yang diselenggarakan oleh Isra.el. Selepas kisah ini, Isra.el malu dan mereka berusaha menangkap 6 tahanan yang mencalar maruah dan ego mereka dan mereka berjaya.

Tetapi kisah ini tidak terhenti di sini kerana 6 orang tahanan tersebut telah melancarkan mogok lapar terhadap pengurusan tahanan Isra.el yang tidak memberikan mereka hak yang sepatutnya sebagai seorang tahanan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh PBB.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Ramai dari kita mungkin tertanya-tanya kenapa tahanan Palestin ini melakukan mogok lapar? Adakah dengan mogok lapar ini mampu menekan Isra.el untuk mendapatkan hak mereka atau ini hanya sebagai simbolik kepada kebangkitan atas ketidakadilan Isra.el terhadap rakyat Palestin? Sebenarnya secara umumnya, mogok lapar ini adalah satu tindakan yang telah banyak dilakukan oleh tokoh serta aktivis dunia dalam menekan sesuatu pihak untuk mendapatkan apa yang mereka ingini.

Rakyat Palestin telah mula melancarkan mogok lapar bermula pada tahun 1969 di mana ketika itu ramai tahanan dari kalangan ahli politik Palestin telah ditahan di sebuah penjara di Ramle. Penahanan ahli politik ini adalah kerana Isra.el cuba untuk mematikan revolusi yang berlaku ketika mana mereka telah merampas pelbagai hak yang ada pada rakyat Palestin selepas perang yang berlaku pada 1967.

Ahli politik yang ditahan telah melancarkan mogok lapar kerana hak asasi mereka seperti makan yang kurang kualiti dan perlu memanggil pihak berkuasa Isra.el sebagai “tuan” dan beberapa perkara lain selama 11 hari. Ini adalah permulaan mogok lapar oleh tahanan Palestin.

Apa sebenarnya hak yang perlu diberikan oleh pihak Isra.el kepada tahanan Palestin?

Dalam Akta Hak Asasi Manusia Artikel 3 menyatakan,

No State may permit or tolerate torture or other cruel, inhuman or degrading treatment or punishment. Exceptional circumstances such as a state of war or a threat of war, internal political instability or any other public emergency may not be invoked as a justification of torture or other cruel, inhuman or degrading treatment or punishment.”

Di sini jelas dinyatakan tahanan yang ditahan perlu diberi hak asasi mereka sebagai manusia dan tidak boleh diseksa sebagaimana mereka ini adalah bukan manusia atau yang melanggar sebarang norma manusia itu sendiri.

Hak asasi seorang tahanan yang tidak boleh ditarik dari mereka termasuk makanan dan minuman, hak untuk mendapatkan peguambela untuk mempertahankan dirinya, perlindungan dari penyeksaan, kekasaran dan gangguan perkauman.

Mogok lapar ini bukanlah kerana mereka memilih untuk makan atau minum, tetapi kerana kualiti layanan yang sepatutnya mereka terima tidak dilunaskan. Mereka diseksa mental dan fizikal dengan diasingkan dari tahanan yang lain serta tidak diberi hak untuk diadili di mahkamah atas kesalahan yang mereka sendiri tidak tahu. Yang pasti, mereka tahu bahawa penahanan mereka adalah kerana mereka melawan ketidakadilan dan kezaliman penjajah Isra.el.

Ada juga yang bertanya samada mogok lapar ini dikira menzalimi diri sendiri atau sebuah jihad?

Memetik jawapan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam sebuah buku bertajuk Fatwa Palestin, beliau mengatakan bahawa,

“Tahanan boleh menyelamatkan diri dengan melakukan percubaan mogok lapar. Ini adalah salah satu cara yang menyebabkan penjajah berasa marah dan bengang. Setiap perkara yang menyebabkan orang kafir berasa marah adalah perkara yang dipuji oleh syarak.”

Beliau mengatakan lagi,

“Cara itu membantu mereka mendapatkan kembali hak-hak mereka. Perkara itu elok di sisi syarak selagi tidak membawa mudarat kepada diri sendiri. Ia boleh dilakukan sekiranya tidak membawa kepada kebuluran dan kematian.”

Jadi kita boleh faham di sini bahawa ia adalah sebuah jihad jika ia tidak membawa kepada sebarang kemudaratan kepada nyawa. Kesan dari mogok lapar ini rata-ratanya positif dan hanya sebilangan kecil yang tidak dilayan oleh penguasa haram Isra.el.

Sejak 1967, seramai 72 tahanan politik Palestin telah m4ti kerana diseksa dengan kejam oleh penguasa tahanan Isra.el menurut sebuah kumpulan yang membela tahanan di Jerusalem bernama Addameer.

Bermula tahun 1980 dan seterusnya, penguasa tahanan Isra,el telah memilih untuk memaksa tahanan makanan dengan memberikan mereka makan melalui tiub hidung, yang telah menyebabkan kematian beberapa tahanan Palestin.

Nampaknya betapa kejam mereka. Sudahlah hak tidak diberikan sebaiknya, malah mereka memaksa dan membunuh tahanan Palestin yang tidak bersalah. Mogok lapar ini adalah antara pilihan terakhir yang dapat dilakukan oleh tahanan Palestin untuk memastikan bahawa hak yang sepatutnya mereka dapat diberi dengan seadilnya, bukan untuk menzalimi diri.

Moga Tuhan terus menguatkan kita dan rakyat Palestin untuk terus berjuang melawan penjajah yang durjana.

SUMBER MEDIA:

Timelin of Palestinian Mass Hunger Strikes
A timeline of Palestinian mass hunger strikes in Israel | Human Rights News | Al Jazeera

Administrative Detention
Administrative Detention | B’Tselem (btselem.org)

OHCHR | Israel: Release or charge five Palestinian hunger strikes. OHCHR | Israel: Release or charge five Palestinian hunger strikers – UN experts

International Law Human Rights. OHCHR | International Law

SUMBER BUKU RUJUKAN:

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Fatwa Palestin, 2014, PTS Islamika Sdn. Bhd.

Gregory Harms, The Palestine-Israel Conflict: A Basic Introduction, 2005, Pluto Press


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Comments are closed.