Kuil Abu Simbel merupakan sebuah kompleks kuil batu besar yang terletak di sempadan Mesir-Sudan. Dua buah kuil dari kompleks ini dibina pada kurun ke-13SM semasa era pemerintahan Ramses II. Walaupun kompleks kuil ini pada hari ini dikenali sebagai Kuil Abu Simbel, ia disebut sebagai ‘Kuil Ramses, Kekasih Amun’ pada zaman silam.

Pada tahun 1960an, Empangan Tinggi Aswan dibina dan hal ini mendorong kepada pembentukan Tasik Nasser sekaligus mengancam kewujudan Kuil Abu Simbel. Lantaran itu, kuil ini dipindahkan sepenuhnya pada tahun 1968.Gerbang ke Kuil Besar Abu Simbel, yang memiliki empat buah patung Ramses II

PEMBINAAN KUIL AGUNG ABU SIMBEL

Kuil Abu Simbel mempunyai dua buah kuil (Kuil Besar dan Kuil Kecil) yang diukir pada sisi gunung. Kompleks kuil ini dibina pada era pemerintahan Ramses II, salah seorang firaun yang paling masyhur.

Menurut beberapa sejarahwan, usaha pembinaan Kuil Abu Simbel bermula sekitar tahun 1264SM. Hal ini berdasarkan penemuan hasil-hasil seni yang menghiasi rungan dalam Kuil Besar yang mengisyaratkan bahawa monumen tersebut dibina untuk meraikan kemenangan Ramses II ke atas bangsa Het (Hittite) dalam Pertempuran Kadesh pada tahun 1274M.

Tahun 1244SM juga dikemukakan sebagai tahun di mana pembinaan Kuil Abu Simbel dimulakan. Menurut hipotesis ini, kuil tersebut terletak di sempadan wilayah Nubia, justeru pembinaannya hanya berlaku sesudah kempen ketenteraan ke atas bangsa Nubia selesai dijalankan oleh firaun.

Walau apapun keadaannya, sejarahwan sependapat dalam mengatakan bahawa pembinaan Kuil Abu Simbel ini memakan masa selama 20 tahun. Pada gerbang Kuil Besar, diukir empat buah patung besar Ramses II dalam postur duduk (berukuran 20 meter atau 65 kaki tinggi).

Sementara itu di Kuil Kecil pula, yang mana kuil ini berkemungkinan dibina untuk Nefertari si isteri Ramses II, gerbangnya dihiasi oleh dua buah patung ratu dan empat buah patung firaun yang masing-masing berukuran 10 meter (33 kaki) tinggi.

Gerbang ke Kuil Besar Abu Simbel, yang memiliki empat buah patung Ramses II

MATAHARI BERSINAR KE RUANGAN DALAM BILIK SUCI

Salah satu perkara yang paling mengujakan tentang Kuil Abu Simbel adalah ruangan dalam Kuil Besar. Dalam ruangan keramat ini, terdapat empat buah patung yang masing-masing merujuk kepada Ra, Amun, Ptah dan Ramses. Kuil ini dibina dalam keadaan yang membolehkan sinar matahari memasuki secara langsung ke dalam ruangan dalam ini dan menyinari tiga buah patung tersebut pada setiap tanggal 21 Februari dan 22 Oktober.

Patung Ptah dibiarkan tidak disinari matahari dan hal ini berkemungkinan disebabkan oleh Ptah merupakan dewa yang dikaitkan dengan Alam Kematian. Secara tradisi, dua tarikh berkenaan dianggap sebagai hari lahir dan hari pemahkotaan firaun walaupun tiada bukti yang sahih bagi mendokong dakwaan ini. Apapun, tarikh tersebut tetap diakui sebagai tarikh yang berkait dengan peristiwa besar dalam kehidupan Ramses II.

Kuil Nefertari di Abu Simbel

TERKAMBUS DI SEBALIK PADANG PASIR

Kuil Abu Simbel kemudiannya ditinggalkan dan ia terkubur di sebalik padang pasir selama ribuan tahun. Monumen ini dilupakan oleh manusia dan hanya ditemui semula pada awal kurun ke-19. Penemuan semula ini dipercayai dilakukan oleh seorang pengembara dan ahli geografi Switzerland yang bernama Johann Ludwig Burckhardt (tokoh yang menemukan Petra, Jordan).

Menurut satu versi penceritaan, pada tahun 1813, Burckhardt mengembara ke Sungai Nil dan pada waktu itulah beliau menemui bahagian atas Kuil Besar yang terdedah di sebalik timbunan pasir. Dalam versi yang lain, diceritakan bahawa pengembara Switzerland itu dibawa ke tapak berkenaan oleh seorang kanak-kanak warga Mesir yang bernama Abu Simbel. Lantaran itu, monumen berkenaan dinamakan bersempena beliau.

Burckhardt sendiri tidak dapat menggali kuil tersebut. Beliau menceritakan perihal tapak berkenaan kepada rakannya, Giovanni Battista dan mereka berdua cuba menggali monumen berkenaan bersama-sama, namun tidak meraih keberhasilan. Pada tahun 1817, Battista kembali semula ke tapak itu dan berjaya menggalinya. Segala barangan berharga dan barangan yang boleh diangkat dikeluarkan daripada kuil tersebut.

Kuil Abu Simbel, empat buah patung di Ruangan Dalam Bilik Suci

TERKAMBUS DI SEBALIK PADANG PASIR

Kuil Abu Simbel kemudiannya ditinggalkan dan ia terkubur di sebalik padang pasir selama ribuan tahun. Monumen ini dilupakan oleh manusia dan hanya ditemui semula pada awal kurun ke-19. Penemuan semula ini dipercayai dilakukan oleh seorang pengembara dan ahli geografi Switzerland yang bernama Johann Ludwig Burckhardt (tokoh yang menemukan Petra, Jordan).

Menurut satu versi penceritaan, pada tahun 1813, Burckhardt mengembara ke Sungai Nil dan pada waktu itulah beliau menemui bahagian atas Kuil Besar yang terdedah di sebalik timbunan pasir. Dalam versi yang lain, diceritakan bahawa pengembara Switzerland itu dibawa ke tapak berkenaan oleh seorang kanak-kanak warga Mesir yang bernama Abu Simbel. Lantaran itu, monumen berkenaan dinamakan bersempena beliau.

Burckhardt sendiri tidak dapat menggali kuil tersebut. Beliau menceritakan perihal tapak berkenaan kepada rakannya, Giovanni Battista dan mereka berdua cuba menggali monumen berkenaan bersama-sama, namun tidak meraih keberhasilan. Pada tahun 1817, Battista kembali semula ke tapak itu dan berjaya menggalinya. Segala barangan berharga dan barangan yang boleh diangkat dikeluarkan daripada kuil tersebut.

Gambar dari David Roberts’ Egypt & Nubia, yang dikeluarkan antara 1845 dan 1849, menunjukkan Dewan Besar Abu Simbel yang terkambus dek padang pasir

TERSELAMAT DARIPADA KEMUSNAHAN

Sekitar 1960an, keadaan Kuil Abu Simbel terancam akibat pembinaan Empangan Tinggi Aswan. Kesemua pihak berkuasa bersepakat untuk menyelamatkan monumen tersebut dan cadangan demi cadangan berkenaan langkah pelaksanaan usaha tersebut dikemukakan. Justeru pada akhirnya, mereka sebulat suara memutuskan untuk membongkar dan kemudian memasang semula kuil tersebut di lokasi lain.

Usaha yang dimulakan secara rasmi pada tahun 1964 ini disiapkan pada tahun 1968, setelah lapan tahun usaha peringkat antarabangsa yang melibatkan 1000 orang pekerja itu berlangsung. Memetik Ashley Cowie yang menjelaskan bagaimana pemindakan ini dijalankan, “Dua buah kuil Abu Simbel dipotong menjadi 1035 bongkah batu yang setiap satunya seberat 20 hingga 30 tan.

Sementara itu, empat buah patung besar Ramses II yang berpostur duduk dan enam buah lagi patungnya yang berpostur berdiri dipotong menjadi beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini kemudian dinaikkan pada puncak cerunam yang berukuran 64 meter (210 kaki) lebih tinggi berbanding lokasi asal.

Kemudian, bahagian-bahagian ini dipasang semula sehingga mengembalikan dua buah kuil itu ke bentuk asalnya.” Ashley Cowie turut menambah bahawa, “Bukit-bukit buatan dibina di sekitar tapak berkenaan sebagai pelindung daripada ancaman sungai.”

Usaha pembongkaran dan penyusunan semula Abu Simbel adalah pencapaian yang besar dalam bidang kejuruteraan arkeologi

Usaha ini dianggap oleh banyak pihak sebagai salah satu kejayaan terbesar manusia dalam bidang kejuruteraan arkeologi. Pada hari ini, kuil tersebut merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan dikenali sebagai “Monumen-Monumen Suku Nubia Meliputi Abu Simbel Hingga Ke Philae”. Sebagai tapak pelancongan yang masyhur, Kuil Abu Simbel turut direkodkan sebagai yang paling kerap dikunjungi di Mesir selepas Piramid Giza.

Kuil Besar Ramses II di Abu Simbel

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (13 November 2019). Abu Simbel: The Great Temple of Ramesses II was Almost Lost. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-africa/abu-simbel-enormous-temple-great-ramesses-ii-was-buried-3000-years-008528


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.