Di kala kemelut dan kontroversi yang melanda institusi YDPA, kita perlu “back to basics” untuk mengamati makna disebalik institusi bernama raja berperlembagaan (constitutional monarchy).
Dalam tradisi falsafah politik Yunani Aristotle dan Polybius, kedua-dua sistem monarki (pemerintahan oleh seorang) dan republik/demokrasi (pemerintahan oleh ramai) tidak dianggap sebagai sistem yang baik. Kerana monarki boleh jadi “tyranny” (pemerintahan oleh raja yang zalim) manakala demokrasi boleh jadi “ochlocracy” (penindasan minoriti oleh majoriti). Aristokrasi (pemerintahan oleh sebilangan elit) pun ada potensi jadi oligarki (penyalahgunaan kuasa oleh elit untuk keuntungan kebendaan).
Jadi sebagai solusi, Polybius mencadangkan “mixed government” yang menggabungkan ketiga-tiga sistem ini. Idea ini seterusnya dikembangkan oleh Montesquieu dalam “The Spirit of the Laws” (1748). Pada pandangan Montesquieu, sistem raja berperlembagaan di Britain paling hampir dengan kerajaan ideal Polybius: raja berperlembagaan sebagai lambang monarki, House of Lords sebagai lambang aristokrasi manakala House of Commons sebagai lambang demokrasi.
Kelebihan sistem raja berperlembagaan terletak pada kestabilan dan keadilan. Raja bertindak sebagai penimbang tara yang mengatasi politik kepartian. Itu sebabnya kerajaan Britain ini tak pernah putus sejak tahun 1688 lagi.
Dan kalau korang perasan, sistem US sebenarnya ialah raja berperlembagaan yang bertopengkan republik: presiden sebagai monarki, Senate sebagai aristokrasi dan House of Representatives sebagai demokrasi. Itulah faktor kestabilan politik US sejak 1789. Don’t be surprised, bapa-bapa kemerdekaan US ni semua peminat Montesquieu. Baca je “The Federalist Papers” dan “A Defense of the Constitution of the United States”, tengok betapa kerap Hamilton, Madison dan John Adams quote Montesquieu.
Hari ni ramai (termasuk pakar undang-undang) yang mendogmakan idea pemisahan kuasa (separation of power) oleh Montesqueiu. Tapi yang anehnya mereka jarang nak bahaskan idea Montesquieu tentang raja berperlembagaan. Inilah namanya selektif.
Atas faktor kestabilan, banyak negara selepas merdeka dari UK masih menjadikan Queen Elizabeth sebagai ketua negara, antaranya Australia, Canada dan New Zealand. Untuk negara yang baru merdeka di mana “checks and balances” belum lagi matang, sistem raja berperlembagaan adalah sistem terbaik untuk kestabilan dan mengelak pergolakan politik.
Tak caya? Perasan tak nama rasmi negara-negata republik ni? Nama Korea Selatan ialah “Sixth Republic of Korea”, nama Filipina ialah “Fifth Republic of the Philippines”, Perancis ialah “French Fifth Republic”. Apa yang fifth sixth seventh ni? Ia sebenarnya ialah kali perubahan sistem kerajaan ekoran krisis politik dan krisis perlembagaan. Setiap republik ini hayatnya selalu tak lepas 30 tahun. Jauh berbeza dengan negara yang mengamalkan raja berperlembagaan.
Jadi, say what you want, dari sudut pandang sains politik, raja berperlembagaan ialah sistem yang terbaik dan stabil dan wajar dipertahankan.
Okay lah den dah ngantuk, den pun tak leh komen lebih-lebih pasal isu sebegini. Siapa nak dapatkan ilmu falsafah politik Yunani kuno den, sila atur sesi talaqqi one-to-one.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih