Gurunya ialah seorang pengukir kayu diraja Kelantan. Dan kerjayanya sebagai pengukir kayu tradisional telah bermula sejak tahun 1985 lagi. Mungkin ramai yang tidak mengenalinya, namun dirinya telah diiktiraf oleh Kraftangan Malaysia sebagai adiguru (master) seni kraf kayu pada 2019.

Abdul Muhaimin Hasbollah ialah seorang pengukir kayu yang sangat mahir dalam ukiran corak bunga dan tumbuh-tumbuhan yang rumit. Beliau memulakan pekerjaan sebagai pengukir kayu setelah menamatkan program latihan di Kraftangan Malaysia di Temerloh, Pahang.

Namun, pembelajarannya tidak terhenti di situ. Beliau memasuki pula KelantanWood Carving, salah satu bengkel ukiran di Kota Bharu pada waktu itu, untuk berguru dengan Allahyarham Abdul Latif bin Long, seorang pengukir kayu diraja Kelantan.

Hasil daripada ilmu diperoleh serta sedikit modal, Abd Muhaimin telah membuka bengkelnya sendiri, Inakraf Wood Carving pada tahun 1991. Nama bengkel ini diambil sempena nama isterinya, Puan Zarina. Malah, isterinya ialah pengukir kayu yang berkemahiran.

Selain bertujuan untuk menjual rekaan ukiran kayunya, bengkel ini juga menjadi tempat untuk generasi muda mempelajari bidang berkaitan hasil seni kayu. Beliau mahu menyebarkan ilmu yang dimilikinya dalam ukiran kayu kepada anak-anak muda supaya ia kekal diwarisi.

Bengkel ini mempunyai ramai pekerja berpengalaman dalam bidang ukiran kayu yang telah dilatih sendiri oleh Abdul Muhaimin. Skop kerja mereka juga telah dikhususkan mengikut bahagian tertentu seperti bahagian ukiran, kemasan, promosi dan sebagainya.

Abdul Muhaimin sebagai pengukir kayu profesional mempunyai motif ukiran tersendiri yang melambangkan identiti beliau. Bagi dirinya, motif bunga yang memberi identiti buatnya ialah motif bunga Kesidang. Beliau seringkali menggunakan motif tersebut apabila menghasilkan sesebuah ukiran kayu.

Motif ini dipilih kerana bunga Kesidang juga dikenali sebagai bunga Tanjung mempunyai keindahan yang unik dengan lima kelopak serta keharuman bunga Kesidang yang sangat memukau.

Dari segi pencapaian pula, Abdul Muhaimin ini turut memenangi anugerah di luar negara. Beliau telah mendapat Anugerah Ketukangan Terbaik pada 2012 di Pertunjukan dan Pertandingan Ukiran Kayu Langsung Antarabangsa di China, sekaligus menjadikan dirinya seorang pengukir kayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Selain itu, pada 2019, beliau juga mendapat anugerah di dalam The 7th China Root Carving Art & Culture Festival yang berlangsung di Kaihua, China.

Pada tahun 2021, beliau telah mengadakan pameran solo bertajuk ‘Bahkolektion’ yang memaparkan hasil kerja kayu yang telah dipulihkan daripada banjir besar yang berlaku pada tahun 2014 di Pahang.

Abdul Muhaimin juga sering melibatkan diri dalam aktiviti “World Wood Day” yang dianjurkan setiap tahun, bersama-sama dengan para pengukir dari luar negara bagi meningkatkan kesedaran umum bahawa kayu dapat memainkan peranan yang penting dalam dunia lestari yang mesra alam. Antara lokasi yang beliau pernah sertai adalah di World Wood Day di China, Nepal, Cambodia dan Austria.

Sebagai seorang pengukir kayu yang hebat dalam kerja tangannya, Abdul Muhaimin sangat positif dengan kerjayanya. Malah, beliau turut menggalakkan anak muda yang berminat dalam ukiran kayu untuk mendalami ilmu mengukir dan mencipta identiti sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply