Dua minggu sebelum Aaron Bushnell berjalan di hadapan kedutaan tempat hayat beliau tamat, beliau ada menelefon rakannya mengenai risiko dan pengorbanan yang diperlukan yang memberi kesan pada mata dunia.

Sebenarnya, Aaron Bushnell bukanlah seorang orang awam biasa. Aaron Bushnell lulus dari latihan asas Tentera Udara dengan pencapaian kelas tertinggi pada November 2020.

Beliau merupakan pegawai kanan Tentera Udara US yang tekad untuk protes dan tak nak dah jadi orang yang terlibat dan bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai.

Beliau merakamkan video secara langsung dan membakar diri dalam uniform tentera beliau dihadapan Kedutaan Israel dan menjerit “Free Palestin.” Itulah kata-kata terakhir yang keluar dari mulutnya sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir.

Sememangnya apa yang dilakukan beliau membuka semula mata orang-orang yang telah lupa apa yang telah berlaku di Gaza.

Rakyat Gaza ditekan sehingga ke sempadan Rafah, dihujani bom-bom yang bertujuan untuk melenyapkan mereka dari muka bumi.

Tindakan protes Aaron Bushnell membangkitkan semangat di kalangan aktivis antiperang dan pro-Palestin terutamanya di US. 

Ada juga antara mereka yang kata Aaron Bushnell hancur disebabkan tindakan yang melampau Israel.

Bagaimana pula dari sudut pandang Israel?

Di laman X Mossad, diorang retweet video Aaron Bushnell yang bakar diri tu dengan ayat “Our enemies kill themselves.” Bagaimanapun, tweet tu dah dipadam lepas dapat reaksi ramai pihak.

Ini bukan kali pertama seseorang membakar diri di hadapan Kedutaan Israel di US sejak konflik semakin memuncak. Disember tahun lepas, ada penunjuk perasaan membakar diri di hadapan konsulat Israel di Georgia. 

Oleh: Azizul Farhan

___

Nak tau krisis apa yang berlaku di seluruh dunia? Jawapannya ada dalam siri Dunia Tanpa Tembok. Dapatkan segera!

shope.ee/5V6BFhsNqi

shope.ee/509ueoOgIc

shope.ee/6pbYqChURS


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply