Seringkali kita mendengar pelbagai pendapat menarik para ahli-ahli falsafah pada masa lalu mengenai pelbagai isu seperti isu spiritual, politik dan sains. Akan tetapi amat jarang sekali kita diberi pendedahan mengenai pendapat mereka mengenai kaum wanita, lebih-lebih lagi di dalam isu feminisme.

Apabila dilihat dan dibedah kembali karya-karya agung Aristotle, Plato, Jean Jacques Rousseau, Karl Marx serta John Locke adalah amat menarik untuk melihat kembali pendapat-pendapat mereka mengenai kaum wanita secara lazimnya. Di dalam karyanya yang sangat popular berjudul ‘The Republic’, Plato telah memperbincangkan pelbagai isu yang menarik berkaitan politik dan cara-cara untuk kita membina sebuah negara atau kerajaan yang sempurna.

Plato telah membahagikan jiwa manusia kepada tiga bahagian iaitu, ‘reason’, ‘spirit’ dan ‘appetite’ (mental, keberanian serta nafsu makan). Pada pendapat Plato, kaum lelaki mempunyai lebih banyak kebolehan natural (natural talent) berbanding wanita. Beliau telah memperkenalkan sistem ‘eugenics’ dimana setiap kerajaan harus mengamalkan konsep ‘pembiakan terkawal’ (selective breeding). Untuk mencipta kerajaan yang terbaik, kerajaan harus menghapuskan konsep ‘private property’ (pemilikan peribadi).

Setiap harta peribadi rakyat harus diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan, termasuklah kaum wanita itu sendiri.  Adalah lebih ideal untuk menjadikan setiap wanita sebagai harta awam (public property). Pasangan-pasangan di dalam sebuah negara itu harus mencipta spesimen manusia yang terbaik buat kerajaan mereka, oleh itu kerajaan sendiri akan menentukan pasangan setiap individu. Plato juga berpendapat bahawa segala aktiviti kaum wanita harus dikawal serta dipantau rapi oleh kerajaan, kerana wanita akan menjadi sesuatu liabiti kepada negaranya sekiranya mereka tidak dikawal.

Aristotle pula telah mengkritik cadangan yang telah dipersembahkan oleh Plato. Aristotle berpendapat bahawa cadangan Plato untuk menghapuskan ‘pemilikan peribadi’ adalah tidak rasional, malah ia akan membawa lebih banyak kerosakan di dalam masyarakat kerana setiap manusia tidak akan lagi mengetahui batas-batas mereka. Pada pendapat Aristotle, aktiviti kaum wanita harus dipantau dan dikawal dan mereka tidak harus dihapuskan oleh kerajaan.

Struktur sebuah kerajaan atau ‘polis’ itu harus berdasarkan sistem hierarki, dimana kedudukan wanita harus berada lebih bawah berbanding lelaki. Wanita harus berada di rumah sahaja dan tidak layak untuk bergelar seorang rakyat rasmi (citizen). Wanita harus menjadi isteri terbaik kepada suaminya dan beliau harus menjalankan tugas reproduksinya dengan baik. Usia terbaik bagi seorang wanita untuk mula mengandung adalah pada umur 18 tahun. Namun sekiranya populasi masyarakat sudah menjadi terlalu banyak atau tidak terkawal, penguguran bayi harus dilaksanakan.

Locke pula mempercayai konsep ‘Kontrak sosial’ (The Social contract). Setiap rakyat adalah terbabit di dalam sebuah kontrak bersama kerajaannya. Kontrak ini adalah bersifat virtual dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Seorang wanita juga secara tidak langsung terlibat di dalam konsep kontrak ini bersama suaminya. Selepas berkahwin, seorang isteri harus menyerahkan segala hartanya secara bulat-bulat kepada suaminya. Suaminya pula akan bertangungjawab untuk melindungi isterinya. Ini adalah semua tertakluk kepada kontrak sosial tersebut.

Rousseau merupakan salah satu daripada ahli filsuf popular bagi peminat falsasah. Saya juga merupakan salah seorang daripada peminat karya-karya Rousseau terutamanya teori beliau mengenai manusia. Antara baris kata popular beliau adalah berikut, ‘Coming from the hand of the Author of all things, everything is good; in the hands of man, everything degenerates’ dan ‘Men is born free, but everywhere he is in chains’. Di dalam kata lain, Rousseau memegang pendapat bahawa setiap manusia itu dilahirkan bersih, baik dan sempurna setelah diciptakan oleh Tuhan.

Namun begitu, masyarakat akan menghancurkan semuanya dan manusia akan kembali menjadi kotor dan jahat setelah mereka berinteraksi sesama mereka. Rousseau juga mempunyai pendapat yang agak negatif mengenai wanita. Di dalam karyanya berjudul ‘Emile’, Rousseau menggambarkan kaum wanita sebagai makluk yang lemah, tidak rasional serta tidak mampu untuk membuat keputusan yang bijak. Adalah menjadi tanggungjawab seorang wanita untuk berkhidmat kepada suaminya sebaik mungkin dan dia harus membahagiakan suaminya.

Di dalam menuntut ilmu, Rousseau berpendapat bahawa kaum wanita tidak harus menuntut ilmu sains sosial, sains tulen dan sains kemanusiaan. Ini adalah kerana beliau berpendapat bahawa kaum wanita tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kritis dan kreatif seperti kaum lelaki. Sebaliknya mereka hanya perlu didedahkan dengan ilmu muzik, fiksi, seni dan ilmu rumahtangga.

Berbanding ahli-ahli pemikir yang lain, Karl Marx mempunyai pendapat yang paling neutral serta adil mengenai wanita. Bagi pendapat Marx, di dalam teori ‘materialisme dialektik’ (dialectical materialism), beliau berpendapat bahawa sistem kapitalis merupakan punca kepada segala kerosakan serta penindasan, termasuklah penindasan terhadap kaum wanita. Sistem komunisme akan membebaskan setiap manusia daripada segala bentuk penindasan.

Apabila setiap individu diberikan sumber material yang sama melalui sistem komunisme, mereka tidak lagi perlu risau mengenai kedudukan ekonomi mereka. Malah, mereka semua akan mampu untuk membesar secara sempurna dan menjadi manusia yang terbaik. Di dalam konsep kekeluargaan pula, Marx menulis bahawa kaum wanita serta kanak-kanak merupakan hamba kepada kaum lelaki. Oleh itu, mereka semua harus menghapuskan sistem yang tidak adil ini dan keadilan yang hakiki hanya akan diperolehi melalui sistem komunisme. Dari sudut mata pandang Marx, kedudukan wanita dan lelaki adalah sama di dalam sebuah masyarakat.

Rujukan:

  1. The Republic, Plato
  2. Social Contract: Essays by Locke, Hume, and Rousseau.
  3. The communist manifesto, Karl Marx.
  4. Emile, Rousseau.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sakinah Jannati merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang Sains Politik (major) dan Ilmu wahyu(minor). Seorang gadis yang mempunyai minat sangat mendalam dalam sejarah dunia, falsafah politik dan sirah Islam. Antara impiannya yang terbesar adalah untuk menjadi seorang wanita yang dapat memberi manfaat kepada ummah terutamanya melalui penulisannya.

Comments are closed.