Siapa yang tidak kenal dengan sosok seorang penakluk yang paling masyhur dalam sejarah tamadun manusia ini?
• Alexander the Great disenaraikan sebagai salah seorang pahlawan & raja yang bijak mengatur strategi peperangan dalam ekspedisinya menaklukkan beberapa wilayah sehingga kawasan jajahannya mencapai hampir separuh dunia ketika itu (menyatukan wilayah di Timur & di Barat). Menabalkan diri sebagai Raja di Persia, Babylon dan sekitar wilayah di Asia.
• Ada beberapa sebab & pendapat yang mengisahkan bagaimana Alexander the Great meninggal dunia, tetapi penulis akan mengambil satu pendapat sahaja yang menyebabkan kematiannya.
• Pendapat yang popular mengatakan bahawasanya, Alexander mati diracun oleh seseorang ketika beliau sedang berhibur di dalam sebuah majlis besar yang diadakan di istananya.
Pendapat lain juga mengatakan, pada ketika ini Alexander sedang menghadiri perjumpaan majlis yang bertujuan merencanakan ekspedisi penaklukan ke atas Carthage & Rom.
• Wain kegemaran beliau yang dihidangkan khusus untuknya, dipercayai telah diracun oleh orang kepercayaannya sendiri.
• Antara orang kepercayaan yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Alexander :
1) Jeneral Antipater – Ketua & Menteri Pertahanan Negara.
2) Cassander – Anak jeneral Antipater yang juga disyaki terlibat dalam konspirasi peristiwa pembunuhan ke atas isteri & anak Alexander (peristiwa ini terjadi setelah kematian Alexander).
3) Pengawal peribadinya – Tidak diketahui namanya, tiada catatan mengenai namanya.
• Selepas menelan wain yang mengandungi racun itu, Alexander diserang sakit dalaman sehingga mencapai tempoh dua minggu sebelum beliau meninggal dunia.
• Tetapi ada pendapat juga mengatakan, Alexander meninggal dunia disebabkan terkena penyakit, diantaranya:
1) Jangkitan malaria.
2) Barah paru-paru.
3) Kegagalan fungsi hati.
Atau mungkin kesan terkena racun tersebut?
• Alexander the Great meninggal dunia pada tanggal 13 Jun 323 SM ketika mencapai umur 32 tahun di Babylon & tubuh mayatnya dikebumikan di dalam sebuah balang yang biasanya digunakan untuk mengisi madu.
• Selepas kematiannya, empayarnya yang besar hancur & pecah kerana jeneral-jeneral perangnya berperang sesama sendiri merebutkan wilayah kekuasaan.
Siapa yang tak tergilakan kuasa memerintah wilayah empayar yang luas?
• Salah seorang sahabat baiknya iaitu Ptolemy Lagides yang bertanggungjawab meneruskan kekuasaan Alexander the Great di Mesir dengan menubuhkan Dinasti Ptolemaic & beliau juga dinobatkan sebagai ‘successor’ sah Alexander the Great dengan gelaran Firaun Ptolemy I.
Detik-detik hari pemergian Alexander:
1) Hari pertama:
Beliau menghadiri makam malam & duduk di majlis itu sehingga larut malam. Selesai majlis itu maka beliau pun pulang & diserang demam panas.
2) Hari kedua:
Beliau memerintahkan untuk diadakan korban bertujuan mencari keredhaan Tuhan.
Beliau juga merancang untuk meneroka tanah Arab melalui ekspedisi di darat & di lautan setelah beliau sembuh.
3) Hari ketiga:
Sakit beliau berkurang sedikit pada hari ketiga sehingga beliau mampu bangun & membersihkan diri.
Upacara korban dilakukan pada kali kedua sebagai tanda kesyukuran.
Atas nasihat doktor peribadinya, Doktor Antanos, beliau dibawa berjalan-jalan di sebuah taman bunga untuk menghirup udara segar & setelah itu suhu badan beliau semakin menurun.
Beliau kembali ke biliknya & menemui beberapa orang alim serta memberikan pesanan kepada para sahabatnya untuk bertemu dengan beliau pada keesokan harinya.
Pada malam hari, beliau tidur ditemani oleh isterinya iaitu Permaisuri Roxana kerana demam panas kembali menyerang beliau.
4) Hari keempat:
Beliau melakukan upacara korban juga pada hari keempat.
Laksamana Nearchus & para sahabat beliau diperintah untuk bersiap sedia untuk memulakan pelayaran ke tanah Arab dalam masa 2-3 hari lagi.
5) Hari kelima:
Suhu badan beliau masih sama, tidak menurun walaupun sedikit.
Tetapi beliau masih berusaha untuk terus mengingati kepada para sahabatnya tentang misi ke tanah Arab.
Pada malam ini, tubuh badan beliau sudah tidak bermaya & pelayaran untuk misi kali ini ditangguhkan serta-merta.
6) Hari keenam:
Pada hari ini, beliau lebih menghabiskan masanya bertemu dengan orang-orang alim & memohon nasihat dalam agama.
7) Hari ketujuh:
Badan beliau masih melemah, tetapi beliau tetap menyertai upacara korban.
Doktor Antanos masih berusaha memberikan rawatan yang sempurna kepada beliau.
8) Hari kelapan:
Beliau dibawa berjalan-jalan ke taman, tetapi suasana damai di taman tetap tidak mampu memberikan kesan yang positif kepada beliau.
Para sahabat & jeneral perang datang menziarahinya.
Beliau hanya mampu tersenyum dan tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.
9) Hari kesembilan:
Sakit beliau makin kuat, badan beliau mulai melemah dan hanya terbaring di atas katil.
10) Hari kesepuluh:
Beliau menyedari ajalnya semakin menghampiri lalu beliau diminta untuk ditunjukkan pewaris tahkta empayarnya.
Beliau mewasiatkan supaya dilantik salah seorang dari kalangan sahabatnya yang mampu untuk mengetuai peperangan & cekap dalam menguruskan kesemua wilayah jajahan Macedonia.
Beliau meninggal dunia & dikebumikan di Babylon.
Para jeneral perangnya melanggar wasiat beliau & mereka saling berperang sesama sendiri merebutkan beberapa wilayah yang penting.
Lenyaplah pengaruh kekuasaan Macedonia-Yunani di benua India.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih