Iron Maiden sebenarnya tak perlukan lebih pengenalan kepada peminat heavy metal. Jangan kata anda peminat metal terutama sekali heavy metal jika tak kenal dengan Iron Maiden.
#DARI UK
Bertempat di Leyton, London pada 1975, ataupun setahun selepas 1974, ataupun setahun sebelum 1976, 2 tahun sebelum 1977, 4 tahun selepas itu 1979 (versi Pak Abu), bekas bassist Smiley, Steve Harris telah menubuhkan kumpulan bernama Iron Maiden.
Pengaruh utama muzik mereka adalah Black Sabbath, Deep Purple, Led Zeppelin, Uriah Heep, Pink Floyd, Genesis, Yes, Jethro Tull, Thin Lizzy, UFO dan Wishbone Ash.
Kumpulan ini terdiri daripada Doug Sampson (dram), Dave Murrayz (gitar), dan front Paul Di’Anno. 2 tahun masa diambil untuk mereka mengumpulkan line up ini. Jadi secara rasminya Iron Maiden lengkap pada 1978.
Pada akhir 1978 juga Iron Maiden menyiapkan demo mereka yang memuatkan 4 buah lagu. Mereka kemudian menerbitkan album EP mereka (self-titled) dan berjaya dijual 5,000 unit.
Ia pencapaian yang agak memuaskan untuk kumpulan baru seperti mereka. Namun beberapa kritikan telah diterima ke atas album ini kerana kualiti bunyi yang dianggap kurang berkualiti merencatkan beberapa lagu terutama sekali Sanctuary.
Album ini boleh dianggap tangkap muat kerana semua kerja dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak ada perancangan yang profesional di dalam rakaman dan penerbitan.
Namun lagu seperti Running Free tetap berjaya menarik perhatian ramai.
Pada akhir 1979, Sampson meninggalkan Iron Maiden selepas ada masalah kesihatan.
#LEBIH SEMPURNA
Kritikan dan potensi yang terkandung dalam naskah pertama mereka membawa mereka kepada EMI Music. Syarikat rakaman besar dan menjanjikan kualiti rakaman yang pastinya lebih baik.
Selepas berjaya mendapatkan kontrak dengan EMI, Iron Maiden melantik
Dennis Stratton sebagai gitaris kedua.
Lalu, pada 1981 mereka berjaya menerbitkan album yang berkualiti dengan sentuhan penerbit Martin Birch.
Album Killer tidak memerlukan mereka untuk mencari material baru kerana ianya adalah lagu-lagu mereka yang sudah ada. Gandingan Adrian Smith dan Dave Murray berjaya meraih perhatian ramai.
Mereka dianggap gandingan terbaik untuk double guitar dalam heavy metal. Kali ini Steve Harris lebih tenang untuk bekerja dan hasilnya jauh lebih baik.
Harris adalah orang yang bertanggungjawab dalam adunan bunyi audio di dalam album ini.
Vokalis Di’Anno juga diberikan pujian ramai. Suaranya yang catchy dalam lagu Purgatory dengan singalong chorus. Tempo lagu ini sangat pantas. Adunan muzik yang kemas tanpa ada bunyi menyakitkan telinga.
Lagu Twilight Zone juga menjadi hits. Ini membuatkan ramai yang melabel Di’Anno sebagai permata baru dalam industri muzik. Lagu Prodigal Son pula menghidangkan muzik yang lebih melodic.
Lagu Killers pula pastinya naskah yang digemari oleh peminat uptempo dengan adunan muzik yang berkualiti.
Album ini adalah wajib milik untuk peminat Iron Maiden. Ini adalah era anda boleh mendengar vokal Di’Anno yang raw tetapi sedap. Di’Anno tidak memerlukan auto-tune untuk menghasilkan sentuhan vokal ini.
Ramai juga peminat Iron Maiden masih mengiktiraf Di’Anno sebagai vokalis terbaik kumpulan ini. Namun selepas ini korang akan dihidangkan dengan legendary Bruce Dickinson. So, aku memilih untuk tidak membandingkan kedua-dua mereka.
Namun begitu, Di Anno disingkirkan dari kumpulan selepas masalah dadah. Di Anno diberikan notis serta merta ketika The Killer World Tour in 1981.
#ERA BRUCE DICKINSON
Di’Anno digantikan oleh Bruce Dickinson yang juga bekas ahli Samson. Bruce ternyata tiada masalah menggantikan Di’Anno. Beliau membantu Iron Maiden memenangi banyak anugerah dan platinum menerusi album The Number of the Beast.
Lagu Hallowed Be Thy Name antara persembahan terbaik Dickinson dengan Iron Maiden. Lagu yang turut diangkat Cradle Of Filth dan banyak kumpulan rock lain ketika konsert.
Dickinson berjaya mengatasi bayang-bayang Di Anno kerana showmanship dia di atas pentas dianggap tiada gantinya. Dickinson adalah Dockinson di pentas rock heavy metal. Sebagai tambahan, Bruce Dickinson adalah pemegang ijazah, seorang business man, pilot dan juga atlet lawan pedang olimpik.
Beliau memberikan role model yang baik kepada peminat dengan sikapnya yang lebih kepada family man.
Album ini menjadi salah satu album rock terbaik sepanjang zaman. Menjadi album Iron Maiden pertama yang merajai carta UK.
Perhatian yang lebih besar ini memberikan publisiti percuma kepada Iron Maiden. Album The Number Of The Beast adalah pelancar roket mereka untuk ke bintang dan nama mereka menjadi superstar global.
#MENEMPA KEGEMILANGAN DAN KONTROVERSI
Mereka berjaya melakukan Tour Dunia ke USA, Jepun, Australia, UK, dan Jerman.
Namun ketika Tour di USA, ada beberapa aktivis mulai melabel Iron Maiden sebagai pergerakan pemujaan syaitan. Tunjuk perasaan dilakukan ke atas mereka. Iron Maiden menafikan kenyataan itu secara terbuka.
Dickinson banyak membantu menaikkan nama Iron Maiden dengan kreativiti beliau dalam menulis lagu. Beliau juga diberikan kebebasan untuk menulis lagu untuk kumpulan Samson kerana masih ada kontrak dengan kumpulan itu.
Sekali lagi mereka menukar ahli pada hujung tahun 1982, apabila drummer Clive Burr mengumumkan akan menamatkan era beliau dengan kumpulan ini. Beliau memberitahu ada beberapa isu personal dengan kumpulan yang menyukarkan kedua-dua pihak.
Burr digantikan oleh drummer Trust iaitu Nicko McBrain, yang sebelumnya dari band Perancis, Trust. Brain terus terlibat dalam pembuatan album Piece Of Mind yang dikeluarkan pada 1983. Flight of Icarus dan The Trooper menjadi hits di UK dan pertama kali lagu mereka menembusi pasaran Amerika Utara.
Album ini juga pernah berada dalam senarai ke-70 dalam Billboard 200 dan album top 3 di UK.
Pada 1994, Iron Maiden mengeluarkan Album Powerslave pada 9 September 1984. Lagu hits adalah 2 Minutes to Midnight, Aces High menjadi siulan mat metal ketika itu. Album ini juga dimuatkan dengan lagu Rime of The Ancient Mariner yang berdurasi 13 minit.
#PARADIGMA BERBEZA
Selepas menempa kejayaan demi kejayaan, Iron Maiden melakukan eksperimentasi dalam album terbaru mereka berjudul Somewhere in Time. Pertama kalinya Iron Maiden menggunakan synthesizer pada bunyi bass dan gitar yang lebih banyak effect.
Kejayaan album ini membuatkan mereka menerbitkan album dengan konsep yang sama pada 1988 menerusi Seventh Son of a Seventh Son. Album yang liriknya lebih bertemakan mistik dan paranormal. Mereka juga menggunakan keyboard pertama kali di dalam lagu mereka.
Pengkritik mulai mempertikaikan originaliti Iron Maiden ketika itu. Namun, kritikan itu sekali lagi membuatkan album ini menjadi tumpuan dan selepas orang mendengar lagu-lagu di dalamnya, mereka tidak mampu menolak hakikat yang Iron Maiden melakukannya dengan baik.
Mereka juga dijemput beraksi dalam festival Donnington Park yang membariskan Kiss, David Lee Roth, Megadeth, Guns N’ Roses, dan Helloween. Mereka pertama kalinya beraksi di hadapan crowd lebih 100,000 orang.
Mereka berehat pada 1989 dan beberapa ahli mereka melakukan side project sendiri. Adrian Smith menyertai band beliau ASAP dan menerbitkan album mereka yang berjudul Silver and Gold.
Bruce Dickinson mulai bereksperimentasi dengan projek solo dengan bekerjasama dengan Janick Gers, gitaris Gillan (band milik Ian Gillan, Deep Purple). Mereka menghasilkan album Tattooed Millionaire pada tahun 1990.
Pada 1990, mereka banyak mengeluarkan single. Kemudian mereka menerbitkan album ulangtahun The First Ten Years yang merupakan box set kepada album mereka dalam 10 tahun pertama.
#SMITH KELUAR
Dan mereka kemudiannya bersedia untuk kembali ke studio. Namun tamparan hebat apabila Adrian Smith memberitahu yang beliau mahu keluar daripada kumpulan kerana semakin hilang ‘keinginan’ untuk bekerja dengan band.
Dickinson menjadi orang penting sekali lagi membantu kumpulan ini apabila membawa rakannya Jannick Gers untuk menggantikan Smith. Pemergian Smith memang satu tamparan hebat kerana beliau menjadi gitaris yang sudah 7 tahun bersama mereka.
Album No Prayer for the Dying diterbitkan pada akhir 1990.
#DICKINSON PULA PERGI
Pada 1993, giliran Bruce Dickinson pula meninggalkan Iron Maiden kerana mahu fokus kepada kerjaya solo beliau. Iron Maiden meminta agar Dickinson bersama mereka beraksi dalam projek tour terakhir yang juga tour perpisahan dengan salah seorang vokalis rock paling berpengaruh. Dickinson bersetuju.
Pemergian Dickinson ternyata lagi sukar untuk digantikan berbanding dengan Di’Anno. Ini kerana pada era Dickinson adalah era peminat mereka menjadi sangat ramai. Ramai yang meminati Iron Maiden bermula era Dickinson.
Mereka melakukan audition untuk menggantikan Dickinson. Ramai vokalis yang diuji sehinggalah mereka menemui Blaze Bayley, bekas vokalis band Wolfsbane.
Mereka awalnya ingin mencari seseorang yang mirip dengan gaya Dickinson tetapi selepas beberapa perbincangan, Iron Maiden akur yang mereka perlu mencari vokalis ‘baru’ bukannya Dickinso kedua.
Mereka sudah menyiapkan diri dengan perubahan dalam bunyi vokal Blaze yang berbeza. Tetapi kelebihan Blaze adalah dia memiliki variasi vokal yang agak banyak. Blaze sendiri boleh membawa lagu pop rock jika dia mahu.
Pada 1995, era Blaze-Iron Maiden di-kasetkan dalam album The X Factor. Mereka agak sukar pada awalnya. Album mereka berada di tangga ke-8 di UK, paling rendah dalam sejarah mereka.
Album ini dikatakan terlalu emosi dan personal kerana Steve Harris yang juga penyumbang utama lirik dalam album ini sedang berhadapan dengan konflik dan masalah peribadi.
Pengkritik menuduh Harris menjadikan album ini sebagai tools peribadi dia meluahkan masalah dia. Lagu Sign of the Cross berdurasi 11 minit, lagu pertama berdurasi lebih 10 minit selepas Rime of the Ancient Mariner.
Tamparan hebat itu membuatkan Iron Maiden tak sabar-sabar untuk ke studio lagi dan mengeluarkan album Virtual XI pada 1998. Album ini menjadi album Iron Maiden pertama gagal dijual melebihi 1 juta salinan. Ia dianggap album mereka yang paling gagal.
Sekali lagi pengkritik mensasarkan Iron Maiden. Mereka menuduh album ini sebagai tangkap muat dan panik untuk menutup kegagalan album sebelumnya.
Pada Februari 1999, Bayley meninggalkan Iron Maiden atas persetujuan bersama. Bayley seperti Dickinson, pergi secara baik. Boleh dikatakan kegagalan membentuk gandingan mantap adalah punca.
Pada masa yang sama, Iron Maiden mengumumkan kepulangan semula Bruce Dickinson dan gitaris Adrian Smith. Ia amat mengejutkan peminat mereka yang merasakan itu satu mimpi. Iron Maiden tetap mengekalkan Janick Gers. Jadi, mereka kini memiliki 3 gitaris.
Mereka mengadakan The Ed Hunter Tour. Ketika itu, satu permainan komputer Ed Hunter juga diilhamkan daripada Tour ini. Ia adalah satu sokongan kepada tour ini.
Selepas tour yang berjaya, mereka kembali ke studio sekali lagi dengan
Bruce Dickinson dan Adrian Smith. Brave New World diterbitkan pada tahun 2000.
Pada 2001 mereka menerbitkan album live konsert yang disaksikan 250,000 manusia berjudul Rock In Rio.
Pada tahun 2005 mereka mengadakan tour sempena 25 tahun band mereka dengan memberikan buah tangan khas kepada peminat mereka menerusi VCD/DVD dokumentari berjudul The Early Days.
Sepanjang tour mereka sempat memainkan beberapa lagu baru yang bakal mereka muatkan dalam album baru mereka. Tour ini sangat berjaya dan telah satu tayangan di Eropah telah ditonton 60 juta penoton.
Di negara seperti Sweden pun mereka masih mampu mengumpul 60,000 peminat mereka. Bahkan mereka mampu menarik 45,000 peminat di India.
Pertengahan 2006, Iron Maiden me-release A Matter of Life and Death. Tahun yang sama mereka mengakhiri kerjasaman dengan Sanctuary Music selepas 27 tahun. Mereka beralih ke Phantom Music Management.
5 September 2007, Iron Maiden mengumumkan Tour, Somewhere Back in Time World. Tour yang akan menghimpunkan lagu-lagu terbaik mere di era 1980-an. Mereka memulakan Tour di Mumbai India yang disaksikan 30,000 orang. Mereka menjelajah ke 21 bandar dalam 24 konsert.
Jelajah kali ini mereka menaiki jet peribadi mereka Ed Force One. Iron Maiden mengeluarkan album kompilasi baru yang berjudul Somewhere Back in Time.
April 2009, Iron Maiden menerbitkan filem dokumentari mereka berjudul Iron Maiden: Flight 666 dan OST untuk filem ini juga dikeluarkan.
3 Album mereka menyusul selepas itu iaitu, The Final Frontier, The Book Of Souls dan The Books Of Souls: Live Chapter.
#IRON MAIDEN ITU LEGEND
Itulah serba sedikit kisah kumpulan Heavy Metal yang paling berjaya pernah lahir di UK. Mereka juga memiliki 1 Grammy di dalam kabinet mereka dan terlalu banyak Anugerah yang lain.
Iron Maiden dianggap antara band heavy metal paling berpengaruh di dunia. Mereka menjadi kumpulan pertama yang digelar British Metal. Iron Maiden menjadi watak penting dalam membantu membentuk scene rock era 80-an dan menjadi ikutan banyak band rock selepas itu dari seluruh dunia.
Antara band yang menjadikan Iron Maiden sebagai rujukan termasuk Metallica, Dream Theater, Slipknot, In Flames, and Avenged Sevenfold.
Kumpulan ini hidup di antas pentas live kerana album mereka seringkali dilabel berbentuk satanic. Mereka bukanlah kumpulan yang anda boleh dengar terlalu kerap di corong radio dan juga di arus perdana.
Tetapi Iron Maiden tetap berjaya menjadi legenda dengan cara mereka sendiri.
Kali ini aku nak tanya korang, line up Iron Maiden terbaik jika korang pilih.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih