Setiap kali kita lalu didapur sahaja, kita pasti akan terlepas pandang akan satu teknologi memasak yang membantu kehidupan manusia seharian, ketuhar gelombang mikro (Microwave). Walaupun bukan majoriti yang memilikinya, mempunyainya membantu si isteri memasak makanan malam lebih cepat atau memanaskan makanan semula. Walaupun ada sisi kelam mengenai ketuhar gelombang mikro.
Sambil melihat cakera piring ketuhar tersebut berpusing memasak makanan dan lampu pijar kuningnya, dan gelombang mikro menembusi makanan memasaknya dari dalam, disini kita boleh menceritakan lebih lanjut bagaimana teknologi ini boleh menjadi satu kebiasaan disetiap dapur masakini walhal satu masa dahulu ia merupakan satu kemewahan. Hari ini, barang mewah suatu masa dahulu mencatatkan angka 90% ketuhar gelombang mikro memenuhi dapur penduduk Amerika kini. Kini di Malaysia juga, ia sedang menunjukkan trend peningkatan kepada penggunaan peranti ini.
Sejarah dengan tidak sengaja tercipta 70 tahun dahulu melalui kemalangan pada satu hari yang malang apabila seorang jurutera bernama Percy Spencer sedang menguji magnetron yang bergred ketenteraan dan tiba-tiba beliau tersedar sneknya mencair.
Sejarahnya Spencer bermula ketika beliau membesar sebagai seorang yang miskin pada sekitar peralihan abad disebalik kawasan hutan Howland Maine. Spencer telah bersekolah formal biasa sahaja dan tidak seperti orang Amerika moden yang kini tahu panaskan makanan dengan rekaannya, dia terpaksa memburu untuk makanan. Kemudahan moden seperti elektrik dan kenderaan adalah sesuatu yang jarang baginya sewaktu beliau kecil. Tetapi, beliau memasuki kursus kejuruteraan walaubagaimanapun, berterima kasih kepada sifat ingin tahunya yang menarik minat Spencer ke kilang yang memenuhi kawasan daerahnya.
Meskipun beliau berumur 14 tahun, dia diberi tugas untuk memasang sistem elektrik di kilang kertas yang berdekatan. Setelah beliau begitu terinspirasi oleh usaha operator radio Titanic yang begitu berani (yang membantu meneruskan panggilan kecemasan sehingga Titanic tenggelam) sehinggakan dia menyertai Tentera Laut dan belajar teknologi-teknologi yang baharu. Spencer kemudian menjelaskan, “Saya memiliki begitu banyak buku teks dan mengajar diri saya sendiri sementara saya berdiri memerhati di peninjau di waktu malam.”
Setelah Perang Dunia Pertama tamat, Spencer mendapat kerja untuk syarikat perkakas yang baru ditubuhkan iaitu syarikat Raytheon. Ditubuhkan oleh jurutera Vanneyar Bush yang kini dikenali setelah menguruskan “Manhattan Project” (Projek eksperimen dan pembinaan bom nuklear yang pertama) dan meramalkan pelbagai rekacipta yang membawa kepada revolusi komputer dan internet. Pada 1925, syarikat itu menukarkan namanya kepada Raytheon Manafacturing Company. Sehingga kini syarikat ini menghasilkan misil, kelengkapan melatih tentera dan produk peperangan elektronik.
Meskipun berumur sekitar 20-an, Spencer menjadi “anak kesayangan” syarikat Raytheon yang paling bernilai dan jurutera yang dikenali ramai. Sewaktu Perang Dunia Kedua, ketika Raytheon bekerja untuk menaik taraf teknologi radar untuk Pihak Bersekutu, Spencer antara penyelesai masalah yang berlaku dalam tentera bersekutu dengan kadar segera. Sebagai contoh, dia membantu untuk membangunkan peledak yang membenarkan seseorang itu menlancarkan peluru artileri supaya meletup ditengah udara sebelum terkena sasaran yang mereka tandakan.
Beliau pada masa yang sama juga memiliki beberapa paten sewaktu dalam usaha menghasilkan radar magnetron secara besar-besaran, Sebuah radar magnetron yang serupa seperti wisel elektrik yang fungsinya menghasilkan gelombang bunyi dan gelombang elektromagnetik yang bergeta.
Pada satu hari di tahun 1946, Spencer sedang menguji satu dari magnetron beliau. Sewaktu beliau cuba menyusupkan tangan beliau kedalam poket untuk mengambil coklat bagi makan tengahari, dia terkejut kerana mendapati bahawa bar coklatnya telahpun cair. Katanya, “begitu melekit dan bersepah.”
Ketika itu, tabiat ingin tahu Spencer yang membara, Spencer menjalankan lagi ujian selanjutnya dengan magnetron tersebut. Kali ini pul, dia meletakkan telur dibawah tiub itu. Beberapa ketika kemudian, telur tersebut bergegar dan akibat tekanan dalaman yang kuat ianya meletup! Muka Spencer kini diselaputi dengan telur. Mendapat ilham mengenai penemuan berikut, Percy Spencer membawa masuk biji jagung serta memasaknya dengan inovasinya tadi. Selepas itu, beliau pun berkongsi popcorn tersebut dengan seluruh rakan sepejabatnya.
Seiring dengan “paranoid” rakyat dulu dan kini mengenai teknologi gelombang mikro yang merbahaya, Spencer pernah disoal mengenai bagaimana beliau mengetahui memasak dengan gelombang mikro adalah selamat? Menurut pendapat cucu beliau sendiri iaitu Rod Spencer, dia sendiri tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Kini kita tahu dos rendah gelombang elektromagnetik yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro secara amnya dianggap selamat.
Bagaimanapun, FDA mengaku tiada kajian dilakukan untuk menilai kesan radiasi rendah gelombang elektromagnetik kepada manusia dari masa ke semasa. Tambahan lagi, masih lagi ada yang percaya gelombang mikro membunuh. Tetapi pada 1940-an maklumat seperti itu tidak wujud. “Dia tidak hirau pun tentang itu”, kata cucu beliau sendiri.
Pada 1947, Syarikat Raytheon mendemonstrasikan ketuhar gelombang mikro yang pertama iaitu dipanggil sebagai “Radarange” . Diletakkan didalam kabinet bersaiz peti ais, ketuhar gelombang mikro itu bernilai $2,000 dan $3,000. Walaupun begitu, ia bukannya laris. Ketuhar gelombang mikro pertama diperkenalkan pada 1955, tetapi juga gagal untuk dipasarkan kerana mahal dan teknologi tersebut yang belum diketahui.
Sehinggalah tahun 1967, dua dekad selepas penciptaannya, ketuhar gelombang mikro menjadi sebahagian dari perkakas memasak di rumah-rumah di Amerika dalam bentuk “Radarange” oleh Amana Corporation. Menjelang tahun 1975, sejuta ketuhar tersebut telah dijual setiap tahun.
Kini, ketuhar gelombang mikro digunakan hampir untuk kesemua tujuan. Dari memanas ke memasak makanan. Sebab utama popularnya perkakas ini adalah tahap popularitinya dan mudah untuk digunakan. Sebenarnya ia sangat sukar dipercayai gajet berguna ini direka cipta secara tidak sengaja.
Rujukan:
Matt Blitz (2016) The Amazing True Story of How the Microwave Was Invented by Accident
Technology Vista (2016) Believe it or not! Microwave Oven Was invented by a pure accident
J. Carlton Gallawa (2007) A Brief History of the Microwave Oven
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih