“Aku nak tolong orang yang benar-benar menderita. Mohon mesej aku bila-bila masa saja.”

-Takahiro Shiraishi

Pada 30 Oktober 2017, Takahiro Shiraishi, berumur 27 tahun ditangkap atas kesalahan membunuh 8 orang perempuan dan seorang lelaki dalam tempoh 2 bulan.

Dilaporkan juga, Shiraishi telah melakukan serangan seksual ke atas 8 perempuan tersebut sebelum mereka dibunuh.

Dalam kalangan mangsa, 4 orang daripadanya berumur 17 tahun. Selebihnya berumur 20 tahun ke atas.

Pembunuh bersiri seperti Shiraishi ini mungkin tak begitu mengejutkan kalau nak dibandingkan dengan Luis Garavito yang telah membunuh seramai 138 orang, Yang Xinhai seramai 67 orang dan Alexander Pichushkin seramai 48 orang.

Yang menariknya tentang kes Shiraishi ini adalah, dia tidak mencari mangsa untuk membunuh. Tetapi mangsa mencari dia untuk dibunuh. Mangsa tersebut adalah individu yang telah tertekan dengan hidup dan mahu mengakhiri hidupnya.

Shiraishi jadikan pekerjaan membunuh individu yang nak membunuh diri ini sebagai bentuk perniagaan. Malah, dia pernah menerima bayaran sebanyak 3400 pound sterling daripada seorang mangsa.

Shiraishi menjadikan laman Twitter-nya untuk menarik pelanggan. Selain daripada apa yang dia cakap di atas, dia juga pernah menyatakan, “Gejala buli ada di mana-mana. Di sekolah dan di tempat kerja.”

“Di luar sana mesti ada ramai orang yang sedang menderita apabila cuba nak bunuh diri. Cuma kes mereka tak dilaporkan saja. Aku nak tolong orang macam itu.”

Shiraishi menggunakan pelbagai bentuk perkataan di laman media sosialnya untuk menarik mangsa untuk dibunuh.

Dilaporkan, Shiraishi ini masa kecil-kecil dulu memang seorang kanak-kanak normal. Pendiam tapi pandai bersosial dengan jiran-jiran. Dalam pelajar pun dia biasa-biasa aje. Tak adalah cemerlang, dan tak juga teruk sangat.

Dia gemar bersukan. Jarang cakap pasal diri sendiri. Selalu dengar orang sembang aje. Ini yang dikatakan oleh akhbar Asahi Shimbun.

Shiraishi ini pun dulu suka main cekik-cekik dengan kawan-kawan dia dan dipernah pengsan sebab permainan itu. Kebetulan, mangsa-mangsa Shiraishi pun dibunuh dengan kaedah yang sama iaitu dicekik.

Dia pernah bercinta dengan seorang wanita. Wanita ini kata, Shiraishi memang seorang yang lemah lembut pewatakannya. Selepas dia tamatkan persekolahan, dia pernah bekerja dia sebuah pasaraya selama 2 tahun.

Selepas itu, dia bekerja sebagai peninjau mencari gadis-gadis untuk dijadikan pelacur sebuah kelab di Kabukicho. Dia pernah kena penjara sebab pekerjaan ini.

Sikap Shiraishi ini mula berubah sewaktu dia cakap kepada ayah dia, “Aku tak tahu kenapa aku hidup.”

Kemudian, waktu inilah dia mula bangunkan banyak akaun Twitter dan canang diri dia sebagai ‘Tukang Gantung Profesional’ (Professional Hangman). Dia melaporkan, dia akan terus bunuh mangsanya sejurus bertemu.

Pihak polis menemui 240 serpihan tulang yang dimiliki oleh 9 mangsa Shiraishi termasuk kepala dan anggota badan yang lain. Rumah dia mungkin dijadikan sebagai tempat untuk Shiraishi hilangkan bukti.

Jiran-jiran pun mula bau benda-benda busuk dari rumah Shiraishi sendiri.

Sampai sekarang pihak polis sedang siasat identiti-identiti mangsa. Fuh, macam cerita dalam manga pula rasa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.