Bila saya terdengar berita Jonghyun membunuh diri, agak terkejut juga. Walaupun saya bukanlah peminat tegar SHINee, tapi ada beberapa lagu mereka yang berada dalam playlist saya (“Tell Me What to Do”, “1 of 1”). Tiba-tiba rasa sangat “absurd” dengan kematian seorang pemilik suara yang saya familiar.

Saya pun tak nak over-analyze isu ini. Tiada perlunya keluarkan kajian Emile Durkheim pasal “Suicide”. Saya pernah menulis pasal mengapa kadar bunuh diri tinggi di Korea Selatan. Jadi kes Jonghyun ini kira lanjutan kepada penulisan saya yang lepas.

Punca kematian Jonghyun tidak lain stres: stres yang tak dapat disalurkan keluar. Orang Korea (dan orang Asia Timur secara umumnya) dididik untuk “internalize” stres. Adalah “shameful” sekiranya mengadu pasal stres, lagi-lagi lelaki. Itulah yang paling menakutkan: anda perlu memerangi stres secara berseorangan. Dan itu akhirnya membawa kepada kemurungan yang berpanjangan atau “depression”.

Orang yang tak tau selok-belok K-Pop ni mungkin akan anggap K-Pop ni main-main je. Tapi sebenarnya majoriti artis K-Pop, terutamanya mereka di bawah syarikat “Big Three” (SM Entertainment, JYP Entertainment, YG Entertainment) perlu melalui kehidupan di luar kemampuan manusia biasa.

Bukan saja mereka perlu melalui latihan long hour, malah kalau mereka cedera pun kena teruskan persembahan. Artis-artis K-Pop kalau pengsan atas pentas, patah kaki atau patah tangan tu kira perkara biasa. Lagi menakutkan, kehidupan mereka di bawah seliaan rapi. Tak boleh berkawan dengan sebarangan orang, tak boleh dating, tak boleh pergi tempat yang sendiri nak pergi. Pendapatan diperas. Orang yang kuat agama pun boleh tewas kalau macam ini.

SHINee ni kira antara kumpulan yang paling excel dalam industri K-Pop, dan mereka pula berada di bawah syarikat SM yang paling “notorious” dari segi layanan kepada artis-artis. Jadi boleh jangka apakah jenis kehidupan yang ahli-ahli kumpulan pernah lalui. Jadi tak hairan kerana itulah Jonghyun mengidap kemurungan.

Dan perasaan “loneliness” dan “isolated” sepanjang perjalanan stardom itu yang betul-betul membuat Jonghyun membuat keputusan untuk menamatkan hidupnya. Dalam surat wasiatnya, Jonghyun tinggalkan ayat “난 오롯이 혼자였다”. Maksudnya “I was completely lonely”. Penggunaan 오롯이 menunjukkan betapa seriusnya tahap loneliness yang dilalui.

Lihat pada ayat-ayatnya yang lain:

“They told me not to be like that”.
“They told me to figure out why I was hurting”.
“I know very well why. I’m hurting because of me. It’s all my fault and because I’m bad”.

Dari situ kita tahu, Jonghyun sebenarnya pernah mengadu dekat orang, tapi orang lain semua bagi nasihat skema “be strong” “don’t be like that” “come on”. Nasihat-nasihat yang tidak membantu orang yang ada kemurungan.

Apa yang mereka perlukan ialah perhatian dan listening ear untuk “fight their demon inside”. Sebelum Jonghyun mati, dia cuba untuk menarik perhatian dengan membuat bising, tapi tak ada orang peduli dia. Mungkin itu yang menjadikannya nekad untuk membunuh diri.

Kematiannya boleh jadi pengajaran kepada kita. Lain kali kalau rakan-rakan kita tiba-tiba jadi semacam memerlukan perhatian, jangan simply brush him/her aside. Kita tak tau sekiranya beliau dilanda kemurungan dan memerlukan bantuan kita. Tak rugi meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk layan mereka. You might save a life.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.