Seperti yang diketahui umum, populariti bitcoin dikala ini semakin mainstream..
Dari pakcik-pakcik kat kedai kopi,budak sekolah menengah,sampaikan financial guru dan broker-broker investment bank pun duk cerita pasal nak beli bitcoin.
Ok, dalam keghairahan ramai orang dok bercerita pasal bitcoin,ada satu benda yang membimbangkan… apa dia?
Ramai orang yang minat bitcoin, ramai orang yang nak beli bitcoin dan ramai juga yang dah hodl/beli bitcoin.
TAPI
Lagi ramai yang sebenarnya tak faham pun apa itu cryptocurrency secara umum, mahupun bitcoin secara khasnya.
Membeli cryptocurrencies seperti Bitcoin hanya kerana ikut trend atau hype aka FOMO(Fear Of Missing Out)
Kalau kita tanya, dia faham ke tak apa yang dia beli tu akan kata takpa ini salah satu cara/mekanisma pelaburan.
Which is very scary.
The mantra yang kita harus ingat and praktik dalam apa-apa jenis pelaburan adalah,
‘Never invest in something you don’t understand’
Usually when you do this in any kind of investing you will definitly fall to FUD(Fear, Uncertainty,Doubt).
Ok enough with the ranting. Let Focus with the topic.
.
.
Oleh sebab aku selalu dapat soalan mengenai bitcoin instead of cryptocurrency itu sendiri, maka aku akan fokus tulisan ini dan tulisan-tulisan akan datang mengenai bitcoin secara keseluruhan kalau aku rajin.
And let face it, without bitcoin, cryptocurrency scene tak akan jalan pun.
The other 1300+ altcoin will not even be there without bitcoin, so yeah bitcoin +1.
Aku mulakan tulisan aku ini dengan tujuan untuk mengupas apa itu bitcoin dari sudut generalnya, non-teknikal dengan harapan,at least para pembeli dan peminat bitcoin ni faham apa yang telah dibeli dan akan dibeli.
.
.
JADI APA ITU BITCOIN?
1.Bitcoin = Sistem Pembayaran Elektronik.
Secara ringkasnya bitcoin hanyalah sebuah sistem pembayaran secara elektronik, dimana ianya boleh dilihat sebagai sebuah kaedah/saluran yang membenarkan 2 pihak untuk berurusniaga/transaksi diatas talian/internet.
Fullstop.
Sebagai contoh, kita ada dua pihak Ali dan Borhan,
*Biasanya omputeh akan gunakan Alice and Bob as pseudoname, tapi ni sebab melayu yang tulis, dia pilih Ali dan Borhan :)*
Ok kembali kepada Ali dan Borhan.
Ali nak bagi duit pada Borhan melalui internet, tak kiralah apa sebabnya, sama ada berhutang, berniaga ataupun derma, ceritanya Ali nak bagi ‘duit’ kepada Borhan.
Katakanlah Borhan pula sanggup menerima bitcoin sebagai kaedah/saluran bayaran elektronik urusniaga/transaksi mereka.
Maka Ali pun menghantar beberapa jumlah bitcoin kepada Borhan.
Itu sahaja.
Simple.
.
.
2. Bagaimana urusniaga/transaksi bitcoin itu berlaku?
Secara mudahnya ianya adalah sebuah transksaksi diantara Ali dan Borhan yang melibatkan sebuah urutan nombor/sequence of numbers yang dimiliki Ali pada asalnya dan dihantar kepada Borhan melalui internet.
Dan sequence of numbers ini pula mempunyai mathematical properties tersendiri untuk mengelakkan daripada berlakunya penipuan dan juga serangan kepada transaksi itu sendiri.
Untuk melakukan transaksi tesebut juga, Ali hanya perlu install/menggunakan software yang kita panggil bitcoin client, kalau tak nak guna bitcoin client, Ali juga boleh guna 3rd party punya servis yang boleh handle transkasi tersebut untuk dia.
.
.
3. Bitcoin adalah urutan nombor
Begitu juga dengan Borhan, dia juga hendaklah mempunyai bitcoin client/menggunakan 3rd party services untuk membenarkan dia menerima urutan nombor-nombor tersebut dan juga menggunakan number sequence tersebut.
Dengan sequence number yang diterimanya, Borhan pula boleh membeli sesuatu dengan number-number tersebut mahupun menukarkannya untuk duit yang sebenar.
Eh urutan nombor/number sequences tukar jadi duit? Macamana pulak tu?
Ya bitcoin adalah urutan nomber@number sequence.
Bukan duit syiling emas dengan tanda ‘Ƀ’ yang selalu anda nampak dalam media -media massa tu ya
It a string of numbers sequence.
.
.
4. Apa ada pada urutan nombor?
Aku yakin soalan yang bermain kat kepala otak anda sekarang, kenapa pulak Borhan nak terima Bitcoin at the first place sebagai sebuah medium duit/wang walhal ianya hanyalah sebuah urutan nombor/number sequence with mathematical properties?
Dan sapa pulak yang ‘tongong’ selepas tu nak terima number sequences dari Borhan dan menukarkannya pula dengan duit.
Apa intristic value yang ada pada urutan nombor ini?
Haa ini yang menariknya..
Yang menariknya, pada hari ini, diseluruh dunia wujudnya merchant-merchant/peniaga yang menerima bitcoin sebagai sebuah medium transaksi.
Anda boleh beli makanan, basikal, emas even rumah dengan menggunakan bitcoin! wowi
Selain dari merchant, wujudnya juga exchange menerima bitcoin untuk ditukarkan kepada matawang seperti usd,yen,won even RM pun ada – coinbase, Kraken,Bitfinex,etc
*Kalau dulu ada Mt.Gox..cough3..*
Sekarang berbalik kepada soalan asal apa yang ada pada nombor-nombor tersebut?apa intristic valuenya?
Sejujurnya jawapannya adalah TIADA. Ya TIADA
Habis kenapa orang menukarnya kepada wang dan barang?
KEPERCAYAAN@FAITH@TRUST whatever you called it.
Sebagaimana kita percaya note RM100, USD100 or JPY100K yang juga dari sudut fizikalnya tidak bernilai RM100, USD100 or JPY100K.
Tepuk dada dan tanya diri sendiri, adakah anda merasakan kos printing duit kertas RM100 itu bernilai RM100? RM 100 USD itu 100USD?
Sudah tentu tidak bukan.
Begitu juga dengan emas? kenapa logam yang terhasil secara natural itu diberikan nilai?
Kerana kita sebagai masyarakat percaya ianya bernilai.
Begitu juga dengan Bitcoin@urutan nombor-nombor tersebut.
Its all about FAITH. KEPERCAYAAN terhadap instrumen ini.
Maka VALUE bagi Bitcoin adalah terletak kepada FAITH dan KEPERCAYAAN masyarakat terhadap instrumen ini.
Titik.
.
.
5.Kenapa Bitcoin?Kenapa bukan CreditCard?Paypal?e-check?
Simple. Disebabkan faktor-faktor dibawah ini:
i. Privasi – Di dalam ekosistem Bitcoin, kita boleh melakukan transaksi tanpa perlu mendedahkan siapa kita di dunia sebenar.
Sebagai contoh Ali dan Borhan hanyalah kelihatan sebagai sebuah urutan nombor/sequence of number yang berfungsi sebagai pseudoname untuk mereka.
Transkasi Ali dan Borhan(termasuk juga Identiti Ali dan Borhan itu sendiri) seperti diatas hanya akan kelihatan dalam bentuk urutan nombor dan tak nampak langsung akan kaitannya dengan Ali dan Borhan, yang mana kita tak akan dapat jika kita gunakan transaksi online yang lain seperti credit card/paypal etc yang mana kita perlu menyediakan akaun number, billing address etc.
ii. Open
Siapa siapa pun boleh melakukan transaksi, ada internet,ada bitcoin client/3rd party exchange servis.
Anda tak perlu bank akaun mahupun bank online, anda juga tak perlu card credit, namun transaksi masih boleh berlaku.
Tak kira dimana anda berada, ada internet, transaksi jalan!
~Voila.
iii. Decentralize
Yang ni yang ramai favourite.
NO Bank, NO Centralize entiti yang control apa yang berlaku dalam bitcoin ekosistem.
Dalam ekosistem bitcoin, tiada siapa yang in-control.
Semuanya dilakukan secara adhoc/bila perlu.
Bila ada transaksi, contohnya Ali –> bayar–>Borhan
Transkasi ini tak perlu pergi ke 3rd party, ianya terus ke Borhan. Tiada Bank, tiada entiti di tengah.
Yang mana secara mudahnya:
– Tidak ada entiti yang boleh mengawal money supply dalam ekosistem bitcoin
– Tidak ada entiti yang boleh merampas/seize asste
– Tidak ada entiti yang boleh membatalkan/reverse transaksi tersebut.
.
.
6. Selamat ke kalau decentralization/Tanpa Bank?
Decentralize adalah salah satu sudut bitcoin yang paling hebat diperbincangkan.
Wujudnya kebimbangan bahawa perlunya bank atau sesebuah entiti, *kalau kat Malaysia kita suka guna perkataan Lembaga ataupun Majlis..
Namun pengesahan dalam transaksi bitcoin juga sebenarnya tetap dilakukan.
Cumanya ianya dilakukan dengan cara decentralized oleh pihak yang lain/nod-nod lain yang dikenali sebagai miners di dalam rangkaian bitcoin seterusnya menghapuskan keperluan bank.*problem solved.
*Haa..miners tu bukan kerja korek2 hard disk, miners adalah nod-nod yang validate setiap transaksi bitcoin dalam dunia ni.
.
.
Ok rasanya cukuplah untuk bab 1, untuk bab berikutnya aku akan cuba terangkan mechanics of bitcoin transaction, dan bagaimana transaksi ini disahkan/validate(macam yang dicerita kat bahagian decentralize diatas)
Bagaimana depa validate bitcoin transaction walaupun ianya decentralized dan juga teknik-teknik cryptography yang digunakan dalam transaksi bitcoin itu sendiri.
Harapnya aku rajin untuk sambung tulis…supaya anda faham dan tak kena ‘chong’ dikemudian hari.
Sapa nak aku sambung tulis chapter 2.. sila komen ‘Sambung’ di ruangan komen.
Sekian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih