Di Malaysia, DC Comics kurang terkenal di Malaysia. Jika mempunyai peminat pun, ia hanyalah dalam kalangan kelompok kecil sahaja. Begitu juga dengan peminat Marvel. Sejak kebelakangan ini, peminat-peminat komik ini muncul seperti cendawan selepas hujan. Ada dalam kalangan peminat ini sebenarnya memang true fans dan ada juga yang hanya sekadar mengikut trend. Namun, minda masyarakat kita masih juga mengatakan bahawa komik hanyalah untuk kanak-kanak. Sebenarnya ia bergantung kepada tema komik itu sendiri. Dari dahulu lagi, tema komik untuk kanak-kanak dijadikan sajian di kaca televisyen sejak tahun 90-an seperti Anak-Anak Sidek, Keluang Man, Usop Sontorian dan banyak lagi. Tema kekeluargaan sebenarnya lebih bersifat evergreen di mana kalau tahun 2017 dibacanya karya ini tetap juga mendapat sambutan. Berbanding karya komik picisan yang hanya mengetengahkan lawak sekadar gelak sahaja.
DC Comics sebenarnya lebih bersifat dark dan komik ini sudah tentunya untuk orang dewasa. Pemikiran masyarakat kita sahaja yang meletakkan sesuatu komik ini sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak sahaja. Bayangkan di dalam sebuah komik terdapat falsafah metafizik, rasionalisme, astetik, dan juga lain-lain. Jika diberi bahan komik tersebut pada kanak-kanak sudah tentulah mereka tidak faham! Sebenarnya jika diperhatikan dari sudut teliti, kebanyakan masyarakat Malaysia meletakkan mentaliti mereka terhadap komik ini hanyalah bahan bacaan untuk kanak-kanak.
Di Jepun, manga (komik) adalah sebagai satu bahan pengajaran untuk subjek fizik, lukisan dan juga matematik. Menurut Professor Higuchi, membaca manga yang sama berulang kali ialah cara terbaik untuk kanak-kana mengasah kemahiran berbahasa. Ini dibuktikan dengan manga Shokugeki No Soma, manga tentang masakan di mana pelajar kulinari mampu belajar benda baharu tentang masakan di dalam manga ini. Terdapat banyak istilah dunia masakan di dalam manga ini. Manga lain seperti Hikaru No Go, manga sukan berkisahkan taktik dan cara bermain Go, suatu permainan di Jepun. Jadi, manga sebenarnya mampu membantu seseorang pelajar untuk berjaya sesuatu subjek.
Bagaimana dengan DC Comics? Terdapat juga nilai moral yang diterapkan di dalam penerbit ini. Jika dilihat dari komik Justice League, kesemua superhero mempunyai satu rules di mana mereka tidak boleh membunuh dan membenarkan supervillain untuk bertaubat. Tetapi, kebanyakan dari mereka tidak bertaubat meskipun berulang kali ditewaskan oleh superhero. Ada juga nilai tauladan yang boleh dipelajari dari supervillain. Contohnya boleh dilihat pada Joker. Joker pernah menyatakan bahawa satu hari yang malang boleh membuatkan seseorang itu menjadi gila. Kes putus cinta, kehilangan pekerjaan, kehilangan ibu bapa, bisnes yang gagal dan lain-lain sebenarnya mampu membuatkan seseorang itu menjadi hilang akal dan melakukan sesuatu di luar jangkaan seperti menyeksa diri. Kita sebagai seorang manusia hendaklah mendapat sokongan dari kawan-kawan, ibu bapa dan juga lain-lain di saat kita sedang jatuh. Tema berbeza diangkat daripada DC Comics seperti Teen Titans yang mengetengahkan tema persahabatan.
Visual dapat membantu seseorang dalam mengingati lebih daripada tulisan. Melalui komik juga, seseorang mampu belajar untuk menceritakan sesuatu dengan permulaan dan pengakhiran dengan lebih mudah. Kebanyakan daripada kita mempunyai idea tetapi kurang tatabahasa. Jadi penjelasan melalui visual dan gambaran adalah lebih mudah. Di sini sahaja kebaikan komik itu dapat dilihat dari segi bahan pengajaran dan juga sebagai bahan falsafah.
Falsafah-falsafah dan ilmu-ilmu di dalam komik ini kadang-kadang tidak diambil kira dan dianggap sebagai picisan sahaja. Sebenarnya jika dikaji dengan betul, kita mampu mengubah persepsi kita terhadap komik dan juga manga. Jika tidak, minda ini akan terus berlarutan sehingga ke generasi akan datang. Masyarakat di Malaysia hendaklah mengubah persepsi terhadap dunia komik tidak kira yang muda ataupun tua. Jika tidak diberi peluang pada komik yang mengangkat tema falsafah, sudah tentu komik di Malaysia hanyalah untuk kanak-kanak.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih