Dalam penulisan yang ringkas ini, saya ingin menyampaikan suatu mesej yang penting. Mesej yang membuktikan betapa pentingnya Baitulmaqdis dalam agama Islam.
• Bagi kepercayaan agama Yahudi, di dalam kitab sucinya, Tanakh menyebutkan atau menyatakan tentang Jerusalem sebanyak 500 kali.
Ianya memang disebut banyak kali kerana:
1. Kawasan awal penempatan Yahudi yang rasmi diiktiraf.
2. Kerajaan Yahudi pertama dan terakhir di dunia yang didirikan oleh Raja David.
3. Tempat terletaknya Bait Suci Solomon atau ‘Temple of Solomon’ yang menjadi sebuah tempat ibadah yang wajib didirikan oleh penganut agama Yahudi.
4. Bumi atau kediaman yang dijanjikan untuk bangsa Yahudi setelah episod Exodus.
5. Tembok Ratapan atau Tembok Barat yang merupakan salah satu sisa runtuhan Bait Suci Solomon yang masih terselamat dianggap sebagai ‘Holy of Holies’.
Setiap tahun, kawasan ini akan dipenuhi oleh penganut agama Yahudi untuk berdoa dan melakukan ritual ibadah mereka.
6. Kawasan inilah yang menjadi saksi kesediaan Isaac yang siap sedia dikorbankan oleh ayahnya, Abraham atas perintah Tuhan.
7. Terletaknya lokasi ‘Foundation Stone’ yang dipercayai merupakan punca awal penciptaan Bumi ini.
• Bagi kepercayaan agama Kristian, nama Jerusalem disebut sebanyak 146 kali di dalam ‘New Testament’ ataupun Holy Bible. Lebih sedikit disebut daripada kitab Yahudi ‘Old Testament’ ataupun Tanakh.
Mengapa Jerusalem penting bagi penganut agama Kristian?
1. Di dalam sejarah mengikut kitab Bible, Jesus disalib oleh gabenor Rom, Pontius Pilate setelah Jesus mengaku dirinya adalah utusan Tuhan yang membawa agama baharu.
Mengikut kepercayaan penganut agama Kristian, kewafatan Jesus bukanlah suatu yang sia-sia bahkan ianya merupakan suatu makna menebus dosa manusia yang lebih dikenali sebagai ‘Dosa Warisan’.
2. Menziarahi makam kosong yang diyakini milik Jesus dan disinilah para penganut agama Kristian memohon doa supaya diampun segala dosa mereka.
Jadinya, berapa kali Jerusalem atau Baitulmaqdis disebut di dalam al-Quran?
• Mengikut dari sumber, melalui buku ‘Jerusalem in the Quran’ karya Abdallah el-Khatib, Jerusalem sebenarnya disebut sebanyak 70 kali di dalam al-Quran.
Sebutan nama Jerusalem ini bukan disebut seketul nama JERUSALEM ataupun BAITULMAQDIS walhal ianya disebut dengan sebutan nama lain.
(Begitu juga halnya, sebutan Jerusalem secara zahir tidak ada di dalam kitab Tanakh dan Injil).
Di dalam al-Quran, Abdullah el-Khatib mengatakan, Jerusalem disebutkan dengan nama ‘al-Ardha al-Muqoddasat’ (tanah suci), Tanah yang Diberkati dan Kota yang Diberkati.
Boleh dilihat dalam surah dan ayat di dalam al-Quran, diantaranya:
1. al-Maidah ayat 21.
2. al-Araf ayat 137.
3. al-Anbiya ayat 71 dan 81.
4. as-Saba ayat 18.
Dan sebagainya…
• Mengikut kepercayaan penganut agama Islam, di dalam al-Quran sendiri menceritakan bagaimana berlakunya peristiwa Nabi Musa a.s memimpin Bani Israel keluar dari bumi Mesir.
Surah al-Baqarah ayat 246-251: Kisah bagaimana Nabi Daud a.s memimpin tentera Bani Israil melawan pasukan Filistin pimpinan Raja Jalut.
Surah as-Shad ayat 20: Bagaimana Allah swt memberikan sebuah kekuatan untuk Nabi Daud a.s membangunkan sebuah kerajaan di Jerusalem.
Kisah yang terdapat di dalam al-Quran. Memandangkan saya tidak memenuhi kuota dalam menguasai 15 bidang ilmu wajib yang lain (mengikut Imam as-Suyuti) untuk menafsirkan ayat-ayat al-Quran maka saya hanya memberitahunya sahaja seperti yang diterjemahkan di dalam al-Quran dan penjelasan saya ini dijelaskan berdasarkan tafsiran para mufassir Islam sejati.
Kenapa kota Baitulmaqdis begitu penting juga di dalam agama Islam? Adakah kerana saja-saja nak ‘claim’ tanah suci ini milik agama Islam sahaja?
Bukan.
Jika umat Islam nak ‘claim’ secara menyeluruh ke atas kota Baitulmaqdis pasti gereja, dan tempat sembahan agama lain ditutup oleh para pemerintah Islam yang terdahulu dan menyekat segala pengaruh agama yang lain.
1. Jika kita baca sejarah kembali, Khalifah Umar al-Khattab tidak mengubah sebuah gereja kepada sebuah masjid. Menghormati agama Kristian. Beliau juga tidak membiarkan tapak Bait Suci Solomon terus-menerus diabaikan dengan semak-samun. Khalifah Umar sendiri mengatakan tatkala melihat tapak runtuhan rumah ibadah tersebut yang ianya merupakan milik penganut agama Yahudi. Di atas tapak inilah Khalifah Umar membangunkan sebuah masjid yang kecil pada zaman pemerintahannya.
Di dalam sejarah pengepungan Jerusalem oleh Abu Ubaidah al-Jarrah pada tahun 637 M dan Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 1187 M tidak pernah dilaporkan adanya pembantaian terhadap penganut agama Yahudi mahupun Kristian di dalam kota Baitulmaqdis.
2. ‘Foundation Stone’ dalam kepercayaan agama Islam merupakan sebiji batu yang terapung (pada saat ini) yang ingin mengikuti Nabi Muhammad saw ke Sidratul Muntaha (nama tempat Zat Allah swt bersemayam) pada saat peristiwa Isra’ dan Mikraj tetapi hajat batu ini ditolak lembut oleh baginda.
(Peristiwa Isra Mikraj dalam surah al-Isra ayat 1).
3. Lokasi Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum Allah swt menukarkan kiblat buat selama-lamanya ke arah Kaabah di Mekah.
(Di dalam surah al-Baqarah ayat 142 sehingga ayat 144).
Jika kita melihat dari sejarah yang terakam di dalam al-Quran ini, bukankah Allah swt telah mengisyaratkan bumi Al-Quds ini merupakan sebuah tempat penting yang dimana sebuah lokasi yang menjadi tempat perhentian Nabi Muhammad saw sebelum menuju ke langit untuk mendapatkan perintah ibadah solat wajib lima waktu dan ianya juga pernah menjadi kiblat pertama umat Islam?
Seperti kata-kata emas Salahuddin al-Ayyubi:
“Sesiapa yang menguasai Palestin (al-Quds) maka dia menguasai dunia”.
Apakah ada makna lain disebalik ayat keramat ini?
Teori geopolitik yang bernama The Heartland Theory yang dikemukakan oleh seorang pakar geopolitik Barat, Sir Halford Mackinder tetapi teori ini dikembangkan oleh Profesor Karl Haushofer (guru Adolf Hitler dan orang yang bertanggungjawab di sebalik terhasilnya buku Mein Kampf) boleh dikatakan sebagai salah satu teori yang boleh dikaji secara mendalam.
Heartland (Jantung Bumi) merupakan sebutan untuk wilayah Asia Tengah iaitu Palestin yang kaya dengan bahan minyak mentah dan gas bumi.
World Island pula mencakup seluruh kawasan di Timur Tengah.
Wilayah ini amat strategik sehinggakan ianya direbut beratus-ratus kali daripada pelbagai kuasa asing.
George W.Bush pernah memegang teori ini sehingga beliau mempunyai cita-cita untuk menguasai seluruh kawasan World Island dan Heartland.
Persoalannya, adakah Jerusalem:
1. Merupakan hak untuk bangsa Yahudi?
2. Merupakan hak untuk umat Islam?
3. Merupakan hak untuk umat Kristian Katolik atau Ortodok?
4. Merupakan hak bersama?
5. Atau ianya merupakan hak untuk rakyat Palestin sahaja?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih