Di era kegemilangan filem Melayu Jalan Ampas, bukan semua orang suka pada P.Ramlee. Sejak hari pertama P.Ramlee menjejakkan kaki ke studio Jalan Ampas hingga beliau berhijrah ke Kuala Lumpur beliau masih mempunyai musuh.

Ketika L.Krishnan memperkenalkan P.Ramlee buat kali pertama sebagai hero melalui filem Bakti (1950) bertambah ramai musuh P.Ramlee. Musuh P.Ramlee dikalangan kawan-kawannya sendiri. Apabila nama P.Ramlee telah sampai ke puncak kemahsyuran makin bertambah-tambah musuh P.Ramlee.

Setelah P.Ramlee meninggal dunia, Arkib Negara Malaysia mengumumkan akan menubuhkan Pustaka Peringatan P.Ramlee setelah diarahkan oleh Encik Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan pada ketika itu. Ternyata banyak suara-suara sumbang yang kedengaran seolah-olah membantah usaha untuk menubuhkan Pustaka P.Ramlee itu. Tetapi pada hakikatnya suara-suara sumbang ini juga yang hadir semasa hari pelancaran Pustaka tersebut.

Pernah Arkib Negara menganjurkan “Minggu P.Ramlee” selama satu minggu pada bulan Oktober 1984, penentang-penentang P.Ramlee ini muncul untuk mempertikaikan kewibawaan P.Ramlee. Kononnya P.Ramlee itu hebat bukan kerana usahanya seorang tetapi mendapat bantuan daripada rakan-rakannya dengan menyebut nama S.Sudarmaji, Osman Ahmad, Yusof B dan Ahmad Jaafar. Memang ada betulnya kenyataan itu dan nama yang mereka sebutkan itu juga mempunyai peranan besar dalam kerjaya seni P.Ramlee. Tetapi siapakan nama-nama ini semua sebelum mereka berkerjasama dengan P.Ramlee? P.Ramlee adalah penggerak bagi orang-orang seperti S.Sudarmadji, Osman Ahmad, Yusof B dan Ahmad Jaafar. P.Ramlee memberi jalan, memberi arah tuju dan perangsang ke arah kejayaan seni muzik pada ketika itu. Kita harus ingat sebelum P.Ramlee menjejak kaki ke Singapura Osman Ahmad, Yusof B dan Ahmad Jaafar telah mencipta lagu dan bermain muzik. Tetapi apa kesannya? Mengapa mereka tidak menonjol? Seperti mana yang didakwa oleh mereka yang mencemuh P.Ramlee itu? Sebenarnya mereka ini semua memerlukan pendorong (catalyst) dan di dalam perkara ini P.Ramleelah yang menjadi pendorong kepada kelansungannya warisan muzik yang dibawa oleh Osman Ahmad, Yusof B dan Ahmad Jaafar. Setelah P.Ramlee menubuhkan Pancha Sitara lagi berkembang aliran muzik mereka-mereka ini semua.

Berbalik kepada musuh-musuh P.Ramlee tadi. Kita jangan terkejut sebenarnya ada dikalangan yang menjadi musuh P.Ramlee itu adalah orang yang nampak rapat dengan P.Ramlee. Perkara ini pernah diceritakan sendiri oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain pada satu forum Bicara Seniman Agung di Universiti Malaya pada tahun 2001. Di dalam buku tulisannya yang bertajuk Kisah Hidup Seniman Agung juga ada menyatakan akan perkara ini.

Musuh-musuh P.Ramlee ini bukan hanya sekadar mengata dan mengutuk P.Ramlee dibelakang P.Ramlee. Malahan mereka juga pernah merancang untuk mencederakan P.Ramlee dengan merosakkan wajah P.Ramlee. Anggapan mereka apabila rosaknya wajah P.Ramlee dengan sendirinya populariti P.Ramlee akan lenyap. Mereka berpendapat selagi wajah P.Ramlee masih kekal dalam keadaan begitu sampai bila-bila pun nama mereka akan tenggelam dalam dunia filem Melayu.

Allah itu maha kaya, niat buruk untuk mencederakan wajah P.Ramlee akhirnya terbongkar. Rahasia komplot itu akhirnya telah sampai ke pengetahuan Jasni Ahmad. Jasni Ahmad adalah suami kepada Neng Yatimah dan bapa kepada Rosyatimah adalah seorang penyanyi piring hitam. Jasni atau lebih dikenali sebagai Wak Jasni adalah seorang yang sangat disegani dan berpengaruh di Singapura. Ada juga yang menggelarkan beliau sebagai ketua samseng di Singapura. Wak Jasni telah menjalankan siasatan akan komplot mencederakan wajah P.Ramlee ini dan telah memberi amaran kepada mereka sekiranya perkara ini berlaku mereka semua akan menerima akibatnya. Oleh kerana golongan musuh P.Ramlee ini segan dan takut dengan Wak Jasni mereka telah membatalkan perancangan mereka itu dan memohon maaf pada P.Ramlee.

Bagi saya P.Ramlee ini sememangnya berjaya dan hebat bukan atas usaha beliau seorang. Beliau memerlukan bantuan rakan-rakan beliau yang berkebolehan dalam bidang masing-masing demi kelansungan sesebuah karya. Tetapi P.Ramlee ini mempunyai satu bakat yang luar biasa anugerah dari Allah yang membuatkan sentuhannya itu menjadi emas. Rasulullah SAW juga dalam berdakwah baginda memerlukan para sahabat yang mendampinginya. Begitu juga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memerintah selama 22 tahun membangunkan Malaysia. Beliau juga bukan berkerja seorang diri dan memerlukan semua menteri-menteri yang dilantik. Ini termasuk juga dengan penjawat awam bermula dari Ketua Setiausaha Negara, Pegawai-pegawai tinggi kerajaan sehingga ke buruh kasar semuanya memainkan peranan dalam membantu kelansungan pembangunan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Begitu juga dengan kelansungan P.Ramlee dalam berkarya. Dari penulis cerita, penulis skrip, penulis lirik, penggubah lagu, jurugambar, jurukamera, penata cahaya, penolong pengarah dan juga pelakon semuanya memainkan peranan yang besar kepada P.Ramlee. Mana ada dalam dunia ini sesuatu kejayaan dan perkara yang berlaku itu dilakukan atas seorang diri kecuali datangnya dari Allah yang Maha Berkehendak.

“Kita berusaha mencari untuk memberi kembali, kerana itu adalah kitaran yang paling baik untuk diri sendiri dan masyarakat”

Sumber :

P.Ramlee Seniman Agung (1984) – ABI

Filem Melayu Dahulu Dan Kini (1986) – ABI

Gagak Di-Rimba (1966) – Abdullah Hussain

Kisah Hidup Seniman Agung (1979) – Abdullah Hussain

Erti Yang Sakti (1999) – Tun Ahmad Sarji

Bapaku P.Ramlee (2007) – Nasir P.Ramlee

Sukardi Suradi

Dato’ Ahmad Fauzee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

1 Comment

Leave A Reply