Saya serabut. Rambut panjang sangat.

Bila rambut dah panjang ni, saya ada satu hobi, yakni hobi main rambut. Ya la, dulu mana ada peluang nak main rambut, asyik kena cantas dengan bapak je kahkahkah. Ok, jokes aside, saya yakin semua orang pernah main rambut masing-masing, tapi korang perah tak tefikir kenapa rambut korang rupa dia sebegitu? Kenapa ada yang rambut dia berombak, lurus dan kerinting?

Untuk memahami mekanisme strukur rambut ni, kita kena tengok dua benda. Pertama ialah struktur protein rambut. Kedua ialah kedudukan folikel rambut.

STRUKTUR PROTEIN RAMBUT

Jadi, protein ni natang apa? Dari sudut kimia, protein ni bahan kimia dia sama je macam karbohidrat, ada karbon, hydrogen dan oksigen, cuma protein ni ada tambah beberapa lagi elemen lain. Selalunya antara nitrogen, sulfur atau fosforus. Tengok jenis protein tu jugak lah. Bagi kes rambut, proteinnya ialah alpha-keratin. Keratin ni protein yang sama dalam kuku, lapisan kulit dan gading gajah.

Tapi sebelum saya cerita lebih lanjut, lebih elok sekiranya saya sertakan analogi tentang struktur alpha keratin ni. Korang pernah tak perhatikan seutas benang? Perasan tak lilitan dia? Benang ni dia terdiri daripada dua kapas nipis yang dililit menjadi satu. Hal yang sama sebenarnya juga berlaku pada alpha keratin. Asalnya, satu alpha keratin ni bentuknya macam satu tali yang bergelung. Kemudian, alpha keratin ni akan lilit sekali dengan alpha keratin lain menjadi ‘double helix’ alpha keratin, serupa DNA gitu. Namun, bagi kes alpha keratin, struktur double helix ni akan melilit struktur double helix yang lain. Struktur baru ni, (kita panggil sebagai X) akan melilit X yang lain sampai protein keratin ni jadi rambut. Kalau anda perhatikan sehelai rambut di bawah mikroskop, anda akan perasan permukaan rambut tu tak licin pun, tapi berlilit antara satu sama lain macam benang tebal.

Haa, macam mana pulak rambut boleh jadi kerinting, berombak bagai tu? Untuk kes di atas, lilitan yang sempurna akan menghasilkan rambut lurus. Ini adalah disebabkan semua cas-cas elektrik molekular dalam protein ni stabil dan neutral. Namun, ada sesetengah kes di mana cas cas elektrik menjadi tak seimbang (oksigen, sulfur, nitrogen semua ni jumlah proton dia tak seimbang). Untuk seimbangkan benda ni, akan ada tarikan di antara elemen sulfur dengan sulfur, membentuk jambatan disulfida. Masalahnya, kedudukan sulfur-sulfur ni lain-lain tempat. Agak-agak apa yang jadi bila korang tarik benang yang terkeluar daripada baju? Mesti kain baju tu jadi macam tertarik kerenyot gitu.

Benda yang sama terjadi pada alpha keratin ni. Struktur dia elok elok lurus, jadi bengkok. Dari atas, elok dia bentuk bulat jadi membujur sebab ada gumpalan jambatan disulfida ni. Lagi banyak jambatan disulfida ni, lagi bengkok lah struktur alpha protein ni sampailah dia jadi bergelung macam kerinting afro. Oleh sebab tu lah struktur rambut akan tetap jadi bergelung sekalipun rambut tu dah dicabut. Kes ni sama macam kenapa kanji, lemak dan selulosa ni berbeza kekuatan tensil dia padahal bahan dia sama aja. Jadi, macam mana teknik rebonding dapat luruskan rambut? Ingat tak apa yang saya tulis tentang jambatan disulfida? Ya, bahan kimia dalam rebonding ni akan pecahkan jambatan disulfida sampai rambut tu jadi lurus.

KEDUDUKAN FOLIKEL RAMBUT

Walau bagaimanapun, tak semestinya struktur rambut tu sendiri yang membuatkan rambut jadi bentuk dia. Kadang-kadang, benda yang ringkas ni lah yang menjadi penyebab kepada sesuatu hal. Bagi kes ni ialah kedudukan folikel rambut.

Anak pokok kalau ditanam secara menegak pasti akan tumbuh lurus menegak. Tapi, kalau anak pokok tu ditanam secara condong, pokok tu akan tumbuh membengkok ke arah matahari. Hal yang sama berlaku pada folikel akar rambut. Kalau folikel tu kedudukan dia menegak, rambut akan menumbuh lurus. Tapi kalai folikel dia condong, dia jadi berombak. Lagi condong, jadi kerinting. As simple as that.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply