Bunga Teratai sangat sinonim dengan sambutan Hari Wesak oleh penganut Buddha yang diraikan pada hari ini sebagai hari kelahiran Buddha.
Teratai adalah simbolik kepada peranan dan kelahiran Buddha. Selain itu ia adalah perlambangan kepada prinsip kesedaran, kebaikan, kelahiran dan keharmonian.
Nilai-nilai baik yang menjadi perlambangan oleh Bunga Teratai juga dikongsi bersama oleh masyarakat Melayu.
Perlambangan motif Bunga Teratai dalam alam Melayu dapat dilihat pada seni ukiran kayu, hasil kerja logam seperti ukiran pada pending selain pendokok pada keris, juga dinamakan sebagai ‘pendokok kelopak teratai’.
Motif Bunga Teratai juga menjadi prinsip alam dalam asas senibina rumah Melayu lama terutama bahagian bumbung. Motif yang sama dapat dilihat popular dalam seni tekad Melayu, motif pada batu-batu nisan pada makam-makam lama Melayu.
Banyak seni khat Melayu, selain hiasan manuskrip juga kepala surat raja-raja Melayu yang diutuskan kepada pembesar atau pemerintah sesama mereka menggunakan motif Bunga Teratai. Malah, motif sama juga menjadi pengenalan unik kepada Raja-Raja Melayu dalam cop mohor baginda masing-masing.
Falsafah, motif dan perlambangan Bunga Teratai yang dikongsi antara penganut Buddha dan alam Melayu adalah bukti perkaitan rapat, pengaruh Buddha di kalangan Melayu lama sebelum Islam tiba ke Nusantara. Seni dan pemaknaan dibawa Bunga Teratai terus kekal sehingga hari ini, diabadikan dalam pelbagai bentuk dan rupa. Menjadikan lebih banyak persamaan antara kita untuk diraikan.
Ini bermakna, bukan Bunga Raya sahaja yang menjadi perlambangan penyatuan di Malaysia. Bunga Teratai juga memainkan peranan yang sama.
Selamat Hari Wesak, Malaysia!
Nota Kaki: Gambar ialah Keris Malela. Bilah tarung besi hitam. Tempaan Pandai Besi tempatan dari Pahang. Perhatikan motif pada pendokok keris ini seakan rupa bunga teratai. iaitu bahagian yang menghubungkan hulu dan bilah keris. Pendokok kelopak teratai bukan sekadar hiasan pada keris semata-mata. Ia sebenarnya berfungsi memperkemas dan memegang hulu dengan rapat supaya hulu keris tidak rosak dan kukuh terletak akibat pemakaian dan penggunaan keris.
Pendokok kelopak teratai bukan unik pada Keris Melayu semata-mata. Keris Bugis dan Bali juga memiliki bahagian yang sama, tetapi digelar ‘mendak’ di Indonesia juga menggunakan prinsip asas rekabentuk kelopak teratai yang sama, walaupun memiliki pelbagai nama khas bergantung kepada seni ukiran padanya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih