Kisahnya bermula semasa saya masih lagi belajar di SMS Hulu Selangor, semasa saya di Tingkatan 4. Pergolakan politik pada waktu itu telah menyebabkan penghasilan teori ini, hasil daripada sesi brainstorming bersama rakan-rakan. Dicatat dan dikompakkan semasa Tingkatan 5, awal bulan 3/2013.
Teori Perubahan
Evolusi–>Revolusi–>Refor
Adapun saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang teori ini. Mengenai bagaimana halnya seorang manusia mengubah kedudukan masyarakat dan organisasi sesebuah tamadun secara total.
Diceritakanlah sebuah tamadun negara bangsa itu tidak mampu untuk membawa kebahagian sosial dan politik. Maka, bagaimanakah caranya untuk mengubah sistem ini? Ia bermula dengan tunas perubahan ini dahulu iaitu evolusi, evolusi pemikiran.
EVOLUSI
Evolusi pemikiran tak memerlukan ramai orang. Hanya satu sudah memadai. Seorang manusia primer, waima yang masih hidup ataupun sudah mati. Sesuatu perubahan tidak akan berlaku sekiranya tiada minda yang berevolusi. Secara umumnya, menjelang umur 20+ golongan ini sudah mula menunjukkan kematangan akal. Ada dua pemangkin yang mampu mempercepatkan proses evolusi pemikiran.
Pemikiran Saintifik
Kesengsaraan
Berkenaan pemikiran saintifik, saya ambil teori ini berdasarkan teori sastera tempatanSBP4L, iaitu Sistem Bersepadu Pemikiran 4 L (Mohamad Mokhtar Hassan, 2005, hal. vii).
1. Luhur: melahirkan manusia yang taat pada agama dan kod moraliti
2. Lahir: melahirkan manusia yang berpotensi untuk menjadi manusia super dari segi pemikiran
3. Logik: melahirkan manusia yang mempu berfikir dengan logik dan tajam daya penaakulannya.
4. Lateral: melahirkan manusia yang mampu empati dengan alam seterusnya dizahirkan dalam bentuk seni dan abstrak
Secara teorinya, pemikiran saintifik sudah cukup untuk membina tunas perubahan ini tetapi saya dapati bahawa proses ini selalunya dipercepatkan lagi oleh kesengsaraan hidup. Kesengsaran kehidupan menolak potensi pemikiran saintifik seseorang ke tahap yang lebih ekstrem melalui penstrukturan id, ego dan super ego seseorang manusia dengan lebih efisien. Contohnya:-
Nabi Muhammad
-yatim piatu sejak kecil (kesengsaraan)
-benci amalan jahiliah, sering berkhalwat mencari kebenaran (pemikiran saintifik)
Siddharta Gautama
-amalan kasta, dilarang berinteraksi dengan dunia luar, dimanjai kemewahan (kesengsaraan)
-mengembara mencari kebenaran (pemikiran saintifik)
Kedua-dua tokoh di atas telah berjaya membawa perubahan yang sangat besar dalam kalangan masyarakat mereka.
Tugas manusia primer ini tak lain tak bukan adalah menyampaikan ideologi mereka. Disebabkan rata-rata daripada mereka ini berkebolehan dalam diplomasi, maka tugas ini menjadi senang ibarat garam yang larut dalam air. Sekali larut, kesemuanya tersebar rata . Dari mulut ke mulut, ideologi ini tersebar dan menjangkiti manusia lain bak pandemik. Hasil daripada kejadian ini sekelompok kecil manusia yang sudah berevolusi mulai wujud.
REVOLUSI
Setelah ramai manusia yang mengikuti manusia primer, maka mereka akan memasuki fasa seterusnya iaitu fasa revolusi. Revolusi adalah proses mengevolusikan pemikiran manusia secara besar-besaran. Adapun revolusi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu revolusi radikal dan revolusi senyap.
Revolusi Senyap: Suatu titik perubahan yang bermula secara senyap, memerlukan masa yang lama dan diakhiri dengan kemenangan yang efisien. Keupayaan intelek dan emosi yang digunakan adalah tinggi dalam kalangan masyarakat. Contoh kes:- pemodenan negara Korea Selatan dan Turki, khususnya selepas kemenangan parti AKP.
Revolusi Radikal: Suatu titik perubahan yang bermula yang tampak dan jelas, memerlukan masa yang sekejap untuk viral dan pengakhirannya tidak diketahui menang atau tidak, efisien atau tidak. Keupayaan emosi yang digunakan adalah tinggi. Contoh kes:- revolusi Mesir.
Revolusi senyap adalah revolusi yang berjaya, sedangkan revolusi radikal tak semestinya berjaya selain sukar dikawal.
REFORMASI
Setelah berlakunya revolusi, maka perubahan besar akan mula dilakukan oleh ketua revolusioner ataupun manusia primer. Reformasi ini merangkumi keseluruhan masyarakat dan negara. Reformasi juga akan sentuh beberapa perkara sensitif seperti dasar negara dan perlembagaan sebagaimana reformasi pendidikan mahupun ekonomi. Pengakhiran reformasi adalah OUTPUT. Sama ada kita akan dapat stabiliti ataupun anarki.
KESIMPULAN
Sedarkah anda, penerangan saya mengenai evolusi adalah yang terpanjang dan reformasi yang terpendek? Bagi saya, evolusi pemikiran itu sangat penting. Perubahan ini tak akan berlaku kalau tiada evolusi pemikiran. Kalau kita tengok masyarakat sekarang, lebih ramai yang suka maki pemimpin-pemimpin negara, tak kurang juga menimbulkan spekulasi ekonomi dan politik. Pembaca-pembaca sekalian, mereka inilah orang-orang yang menyedihkan kerana secara tak langsung mereka telah meranapkan Malaysia dalam diam. Duri dalam daging. Mereka ini jugalah yang akan menyumbang kepada revolusi radikal, di mana saya anggap tidak bagus.
REVOLUSI yang wujud kerana EMOSI SEMATA-MATA adalah revolusi yang tidak matang. Sekiranya kita tak suka dengan dasar kerajaan sekalipun, bangkanglah dengan fakta, bukan dengan emosi. Melainkan anda mahu melihat Malaysia hancur, terpulang kepada anda. Melalui sistem revolusi senyap, bukan sahaja keamanan akan dapat dicapai, malah kita juga mampu membawa masyarakat ke arah Wawasan 2020 dengan mewujudkan masyarakat yang matang, demokratik, bermoral dan beretika. Emosi semata-mata akan membawa kepada kebinasaan sedangkan emosi yang dipandu dengan akal fikiran akan membawa kepada keharmonian sejagat. Revolusi senyap juga akan membawa kita kepada reformasi yang lebih bagus dan diakhiri dengan output stabiliti.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih