Remaja Tahun 90-an ialah golongan yang lahir pada tahun 80-an… Tahun 90-an ialah tahun yang amat menarik dan mencabar, sebagai penghujung kurun ke-20 iaitu sebelum kedatangan millenia… Remaja tahun 90-an dengan remaja tahun 2010-an memang jauh berbeza.

Masih ingat lagi kenangan remaja zaman 90-an?

1) Permainan Video remaja 90-an

Masih ingat lagi ‘game console’ seperti ‘micro genius’? Game yang paling famous masa tu ialah Game Super Mario… Sampai tak tidur malam dan tak ingat dunia dibuatnya main Game ni. Kemudian, Sony mewujudkan permainan video Playstation, yang famous dengan pelbagai game yang menarik. Semakin lama, permainan video semakin kecil. Akhirnya remaja 90-an bertukar kepada permainan ‘Game Boy’ yang lebih kecil dan mudah alih…

Walaubagaimanapun, permainan-permainan video tersebut mahal harganya. Golongan yang kurang berkemampuan juga berminat dengan permainan sebegitu rupa… Maka, permainan ‘Tetris’ yang lebih murah itu menjadi pilihan. Lagu Tetris juga sangat menarik hehe…

2) Permainan Mengikut Trend

Remaja Zaman 90-an juga suka bermain permainan yang mengikut trend. Permainan-permainan remaja 90-an ni nampak mudah, tetapi apabila melibatkan taruhan dia menjadi suatu yang mengujakan (dan juga jadi haram disebabkan ada unsur-unsur judi). Ingat lagi permainan lawan pemadam, lawan kad tepuk, lawan ‘spider’, jentik-jentik getah, main guli, konda-kondi, lawan pen, main pangkah dan bulat, main kepung-kepung guna buku garisan kotak-kotak (buku maths), dan main bola tepuk (bila ada perlawanan bolasepak yang besar). Permainan-permainan ini mengikut trend semasa… dan mungkin satu negara bermain permainan yang sama, walaupun tiada facebook pada masa tu.

3) Laman Sembang

Remaja zaman 90-an juga sudah mula mengenali internet walaupun pada masa tersebut, amat sukar mencari orang yang menggunakan telefon bimbit. Telefon bimbit pada masa tersebut pula sebesar botol air. Orang kata, kalau buat baling anjing pun anjing boleh mati.

Laman sembang adalah yang paling popular pada remaja zaman 90-an untuk mencari kekasih hati di laman maya. Masih ingat lagi singkatan A/S/L? GTG? Laman sembang MiRC yang paling faymous… Siap dengan pelbagai group sembang seperti Kampung Chat, Mamak Chat dan sebagainya. Kemudian, wujud pula Yahoo! Messenger dan skype yang kekal popular sampai sekarang…

4) Permainan Game PC

Walaupun menggunakan windows 98, banyak games yang mencabar minda seperti Solitare dan minesweeper yang menjadi kegilaan remaja 90-an (terutamanya dalam kelas ICT haha)… Apabila semakin maju (hujung 90-an) dan diperkenalkan dengan windows 2000 dan windows XP, remaja 90-an lebih suka menghabiskan masa di Kafe Siber bermain Red Alert, Half Life, Fifa dan sebagainya. Sedangkan fungsi sebenar Komputer adalah untuk membuat kerja-kerja menaip dan menyiapkan folio.


5) Kemunculan Budaya Kuning.

Remaja 90-an juga dihimpit dengan pengaruh budaya kuning yang menular. Bermula dengan genre muzik yang didengari dalam arena muzik ‘underground,’ dia bertukar menjadi budaya dan identiti yang pelik-pelik. Maka wujudlah budaya Punk (Rambut terpacak), budaya Skinhead (rambut botak), Budaya Grunge (Muzik relaks), budaya Hardcore (muzik yang ganas-ganas) yang bukan sahaja berkenaan muzik, tapi ia menjangkiti cara berpakaian, cara bergaul dan mewujudkan golongan-golongan gengsterism. Nasib baiklah zaman itu tiada facebook mahupun twitter, jika tidak lebih teruk lagi gejala tersebut merebak seperti barah dalam masyarakat umum kita.

6) Istilah dan bahasa Alien Remaja 90-an…

Ingat lagi? Safayafa sufukafa afawakfak… Sazayaza suzukaza azawakzak… yasa kusa wa’ak….

Istilah rempit zaman 90-an?? hmmm mungkin sama macam zaman remaja sekarang… Yang tak elok (yang tak elok kan kita selalu kenang huhu) Bila keluar dengan awek, pergi ‘merendek’… kalau pergi tengok pondan, pergi taman astakona… mata bengkak sebab sekodeng… kalau gila glemer, suka mencapap… selalu sebut tungguuuuuuu (ikut gaya melodi) dan macam-macam lagi…

Ini pengaruh mangga dan urtv la ni kan??
Eh tak lupa juga Majalah Remaja yang sangat famous di zaman remaja 90-an… haha

Banyak sangat kenangan 90-an yang sempat saya kongsi… Jadi, sebagai remaja 90-an, mari kita lupakan yang buruk dan kita bawa yang baik… saya percaya ramai remaja 90-an yang telah mendirikan rumah tangga… Apapun, kenangan tetap kenangan.

Apakah kenangan zaman remaja 90-an dahulu bagi anda?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Leave A Reply