Tomoe Gozen (1157–1247) adalah salah satu contoh seorang pahlawan wanita sejati (Onna-bugeisha) sepanjang sejarah jepun. Tomoe adalah seorang pahlawan wanita pada zaman Perang Genpei (1180-1185). Tomoe digambarkan sebagai wanita cantik dengan rambut panjang, kulit putih dan lembut serta mempunya daya tarikan yang kuat.

Beliau juga seorang pemanah yang handal dan seorang pahlawan yang biasa disamakan dengan kekuatan 100 orang samurai, beliau juga seorang penunggang kuda yang handal. Dimanapun terjadi peperangan, Yoshinaka selalu mengirimkan Tomoe Gozen ke medan perang dengan diberi baju zirah yang berat dan senjata yang memadai dan mencukupi.

Tomoe Gozen sungguh hebat di medan pertempuran bukan kerana beliau seorang wanita yang gagah, tetapi beliau memang seorang pahlawan wanita yang sangat ditakuti lawan-lawannya.

“ Hikayat Heike, Mukasurat 291 ”

Setelah kekalahan Heike dan memukul mundur mereka ke barat, Yoshinaka ingin menduduki Kyoto dan telah memaksa Emperor Go-Shirakawa melantik dirinya sebagai shogun. Saudara yang bernama Minamoto no Yoritomo ingin membunuh dan menangkap Yoshinaka dan mengirimkan Minamoto no Yoshitsune dan Minamoto no Noriyori untuk melakukannya.

Yoshinaka bertarung dengan tentera Yoritomo pada Perang Awazu pada tarikh 21 Februari 1184. Tomoe Gozen sempat memenggal salah satu kepala musuh dalam peperangan tersebut. Walaupun tentera Yoshinaka bertarung dengan berani tetapi kerana kalah jumlah tentera yang sedikit sehingga Yoshinaka menyerah kalah, sebelum beliau ingin menyerah kalah Yoshinaka berbicara kepada Tomoe Gozen untuk segera melarikan diri kerana beliau tidak ingin mati dengan seorang wanita.

Banyak sekali cerita dibalik kehilangan Tomoe Gozen, ada yang mengatakan beliau melarikan diri dengan membawa kepala Yoshinaka agar tidak jatuh ke tangan musuh (hal ini masih belum dapat dibuktikan) kerana banyak cerita tentang Tomoe Gozen ini yang dianggap sebagai mitos, kerana tidak ada fakta sejarahnya. Ada juga yang mengatakan beliau menjadi isteri kepada Wada Yoshimori dan ada juga yang mengatakan beliau menjadi sami wanita di Echizen. Makam saudara Yoshinaka yang bernama Yamabuki Gozen memang wujud. Tomoe Gozen sering digambarkan menggunakan senjata naginata (sejenis lembing @ tombak) digunakan sebagai senjata utama Tomoe Gozen.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply