Zaman gangsa dalam sejarah dibanjiri oleh berdirinya banyak peradaban-peradaban agung yang penuh berdiri. Kita sering membicarakan tentang Hitties dengan serangan-serangan yang menggegarkan pemerintahan Firaun Ramses II. Atau kita akan jadi takjub dengan kehebatan masyarakat Mesir Purba membina Piramid setiap kali bercakap tentang zaman gangsa.
Ada yang lenyap, runtuh atau mengalami kekalahan yang memalukan dan merugikan. Yang turut terkesan dengan kemunculan orang-orang laut, yang keluar dari beberapa tempat yang dibahaskan oleh sejarawan, lalu meruntuhkan peradaban-peradaban agung yang hebat ini. Serangan orang laut ini dikatakan dalam lingkungan sekitar 1200 SM. Bahkan oleh kerana serangan dasyat mereka ini, ada pengkaji diluar sana yang meletakkan serangan oleh orang laut ini sebagai “World War Zero” atau “Perang Dunia Sifar.” Nama-nama puak ini dikenali sebagai seperti kaum Ekwesh, Teresh, Sherdana, Shekelesh, Meshwesh, Kizzuwatna, Arzawa, Zakala, Alasiya, Tjeker, dan Denyen.
Mereka ini keluar pada satu fasa dalam sejarah zaman gangsa, lalu memberi mimpi ngeri kepada peradaban-peradan yang berdiri di sekitar Laut Mediterranean. Kisah tentang orang laut ini hanya diketahui melalui inskripsi-inskripsi Mesir yang menceritakan tentang kemenangan mereka ke atas pakatan orang laut ini dalam beberapa buah pertempuran. Namun, selebihnya kita mengetahui Mesir Purba mengalami zaman kejatuhannya selepas serangan orang laut ini, yang dinyatakan oleh kebanyakan sejarawan mungkin kerana serangan ini memberi kesan yang agak besar kepada ekonomi Mesir Purba itu sendiri. Banyak rizab negara digunakan semata-mata untuk membiyai melawan orang laut. Betapa negara ketika itu kekurangan wang, sehinggakan tidak mampu untuk membayar para pembina makam firaun.
Biasanya rekod dan catatan mengenai orang laut ini selalu dinamakan sebagai “mereka yang datang laut dengan kapal perang mereka” dan “tiada satu pun yang mampu mengatasi mereka” atau “tiada sesuatu yang seumpama dengannya.” Tidak hairanlah bagaimana empayar seperti Hittites pun kecundang di tangan mereka dan Mesir Purba begitu terseksa untuk menghalau mereka dari wilayah kekuasaan mereka. Dalam Pertempuran Djahy dan Delta, diceritakan bahawa Ramses III berjaya mengalahkan mereka selepas puak ini mengacau perdagangan Mesir Purba di Kadesh. Namun, orang laut tidak menyerah apabila mengumpulkan kekuatan mereka sendiri sebelum menyerang semula.
Ia tertulis dalam ukiran di inskripsi di salah sebuah kuil Mesir Purba yang dibina untuk pengabadikan kepada Ramses III yang terletak di Medinet Habu yang menceritakan tentang mereka ini sebagai satu puak yang menyerang wilayah sekitar Turki, Syiria, Cyprus dan Syam. Inskripsi tersebut bercerita bahawa serangan ini membuatkan kota-kota zaman ganga sebagai “seolah-olah tidak pernah berdiri dan wujud di situ.”
Catatan daripada Mesir Purba memberi cadangan kepada kita puak dan bangsa apakah orang laut ini. Sarjana masih lagi berbahas tentang mereka ini, dan di bawah ialah senarai puak-puak yang mungkin mewakili orang laut ini yang pernah wujud ketika zaman gangsa dahulu. Antara puak-puak yang dikaitkan dengan orang laut ini adalah kerajaan yang didirikan oleh penutur Luwian yang dikatakan membuat pakatan lalu melanggar kota-kota yang berdiri. Tetapi akhirnya orang Luwian ini ditewaskan dalam Perang Troy oleh orang Mycenean.
Puak lain yang disebut dan dikaitkan dengan orang laut ialah penduduk-penduduk di Palestine ketika itu yang teorinya berlegar sekitar kisah Bible tentang orang Palestine. Namun, tidak semua yang bersetuju dengan kenyataan ini. Teori bahawa orang laut ini ialah adalah migrasi masyarakat Indo-Eropah yang mula keluar dari Eropah juga menjadi pegangan kebanyakan sejarawan. Ini juga dapat dikaitkan tentang mitologi Yunani itu sendiri yang menceritakan bahawa kerajaan Purba Yunani bernama Mycenean pernah berperang dengan Empayar Hittites.
Bahkan turut dikaitkan bahawa Zeus salah satu dewa Yunani Kuno pernah berperang dan berlawan dengan makhluk taufan dari Cilicia yang terletak di Anatolia, Turki. Selepas kemenangan ini, orang-orang Yunani mula mendiami bandar yang pernah menjadi sebahagian daripada Empayar Hittites. Kisah ini adalah serupa seperti dengan mitologi orang Hittites sekaligus memberikan gambaran bahawa kemungkinan besar mitologi ini diambil oleh orang Yunani Kuno ketika ekpedisi mereka ke wilayah sekitar Mediterranean.
Kisah yang sama, dapat dibaca juga tentang mitologi pasca Perang Troy yang menceritakan bahawa hero-hero orang Mycenean seperti mula mengembara keluar ke wilayah di Mediterranean, bahkan memasuki ke kawasan seperti negara kota Kanaan di Palestine dan negara-negara kota Phoenicia.
Namun perlu juga diingatkan bahawa orang laut ini tidak ada kena mengena dengan orang laut di Peradaban Melayu yang pernah berfungsi sebagai tentera elit kerajaan Melayu silam menjaga perairan dan keamanan Selat Melaka.
Rujukan:
Joshua J. Mark (2009) Ancient History Encylopedia. Sea Peoples. https://www.ancient.eu/Sea_Peoples/
Evan Andrews. (2017) History.com. Who were the Sea Peoples? http://www.history.com/news/ask-history/who-were-the-sea-peoples
Benjamin Welton. (2016). Listverse. 10 Fascinating Theories Regarding The Ancient Sea Peoples. https://listverse.com/2016/06/06/10-theories-regarding-the-sea-peoples/
Cheyenne Macdonald (2016) Daily Mail. Mysterious Civilization of ‘sea Peoples’ Were Wiped out by ‘world War Zero’ 3,000 Years Ago. http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-3587701/Mysterious-civilisation-Sea-Peoples-wiped-world-war-zero-according-new-study.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih