1. Angkasa lepas adalah sebuah ruang yang amat sunyi. Ini kerana gelombang bunyi tidak dapat bergerak dalam keadaan vakum (tiada udara). Namun begitu gelombang radio dapat bergerak di ruang angkasa.

2. Besar matahari adalah 330,330 kali ganda dari bumi dari segi kepadatan(mass). Sebanyak satu juta planet bumi dapat dimuatkan ke dalam matahari.

3. Galaksi Milky Way / Bima Sakti (galaksi kita diami) berpusing dengan sungguh laju. Ia memutarkan matahari dan segala bintang-bintang dengan kelajuan 100 juta km sejam!

4. Bintang Neutron adalah bintang paling kecil dan padat di alam semesta. Berukuran 12-17 km diameter dan kepadatannya bersamaan dengan kepadatan dua matahari. Bintang Neutron ini berputar dengan sungguh laju, kelajuannya mampu mencecah sehingga 600 pusingan sesaat!

5. Harga sepasang sut angkasa adalah bernilai $11 juta US dollar.

6. Panjang masa untuk matahari melakukan satu pusingan penuh di dalam galaksi Bima Sakti adalah 200 juta tahun.

7. Bintang yang paling besar diketahui manusia setakat ini adalah bintang UY Scuti yang diameternya berukuran 2.4billion km! Manakala diameter matahari pula sebanyak 1.4 juta km. Ia terletak kira-kira 9,500 tahun cahaya dari bumi.

8. Galaksi paling jauh diketahui oleh manusia setakat ini adalah galaksi MACS0647-JD terletak kira-kira 13.3 billion tahun cahaya dari bumi. Saiznya kecil sedikit daripada galaksi Bima Sakti.

9. Panjang diameter galaksi Milky Way / Bima Sakti adalah 100,00-120,00 tahun cahaya. Kita berada kira-kira 27,000 tahun cahaya dari pusat galaksi yang kita diami.

10. Black Hole mempunyai daya graviti yang sungguh kuat sehinggakan tiada apa dapat terlepas walaupun cahaya itu sendiri.

11. Bintang yang paling bercahaya adalah bintang Sirius atau “Dog Star”. Nama rasmi bintang ini adalah Alpha Canis Majoris yang terletak di buruj Canis Major. Cahayanya adalah 20 kali ganda daripada cahaya matahari.

12. Sehingga September 26, 2013, seramai 536 orang dari 35 negara telah berjaya mengembara ke angkasa lepas. Ini termasuklah angkasawan Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor yang menaiki Soyuz-TM-11 pada 10 Oktober 2007.

13. Haiwan pertama ke angkasa lepas adalah seekor lalat buah yang berlepas dengan roket V2 pada 1947. Manakala mamalia pertama pula adalah monyet Rhesus bernama Albert I dari Amerika Syarikat. Ia berlepas dengan menaiki roket V2 pada 11 Jun 1948.

14. Komet Shomaker-Levy 9 adalah komet yang menghentam planet Jupiter pada tahun 1994. Hentaman tersebut adalah hentaman komet yang terbesar pernah disaksikan manusia.

15. Kira-kira 1,100 satelit aktif buatan manusia sedang mengorbit bumi. Ini belum ditambah lagi dengan 2,600 satelit yang tidak lagi berfungsi. Satelit pertama dilancarkan adalah Sputnik 1, pada tahun 1957 milik Kesatuan Soviet.

16. Gunung berapi yang terbesar di dalam sistem solar kita adalah Olympus Mon yang terletak di planet Mars. Ia mempunyai keluasan sebesar negara Ireland dan tingginya tiga kali ganda tinggi daripada gunung Everest.

17. Angin yang berpusar di khatulistiwa planet Saturn adalah 10 kali ganda kuat daripada taufan di bumi dengan kelajuan mencecah sehingga 1100 km/sejam, dan ianya tidak pernah berhenti walaupun sesaat!

18. Tempat yang paling sejuk di dalam sistem solar kita adalah bulan Triton kepunyaan planet Neptune. Permukaan suhunya adalah -236°C.

19. Teleskop angkasa yang pertama adalah teleskop Copernicus yang dilancarkan pada tahun 1972.

20. Objek buatan manusia yang paling jauh dari bumi adalah kapal angkasa Voyager 1, yang dilancarkan pada 5 September 1977. Ia bergerak dengan halaju 61,000 km/sejam. Sehingga fakta ini ditulis, Voyager 1 telah berada sejauh 19,950,109,938 km dari bumi.
Pautan untuk melihat jarak perjalanan Voyager 1 & 2 http://voyager.jpl.nasa.gov/where/index.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply