Rumahku syurgaku, satu frasa yang amat sesuai dengan kehidupan hari ini. Setelah bekerja keras di tempat kerja atau sekolah/universiti, di rumahlah peluang untuk kita menikmati keamanan dan kerehatan dari rutin seharian. Tetapi bila mana berlaku aktiviti pecah rumah, ia adalah satu mimpi ngeri yang anda tak sangka berlaku tetapi berlaku juga. Makanya, apa cara yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan situasi ini berlaku? Saya akan tunjukkan.
1. Jika anda ada ruang meletak kereta atau garaj, manfaatkan ia sebaik mungkin dan jangan biarkan ia kosong. Ini kerana bagi penjenayah, ketiadaan kenderaan dalam ruang tersebut memberi petanda bahawa penghuni tiada di rumah, sekaligus meningkatkan peluang untuk rumah dipecah masuk.
2. Jika anda merancang ke mana-mana, kalau boleh jangan nyatakan status di mana anda berada dan berapa lama anda berada di laman media sosial. Walaupun niat anda hanya untuk berkongsi kenangan manis dengan ahli keluarga dan teman-teman tetapi bagi penjenayah, ia sebenarnya satu lampu hijau bagi mereka memecah masuk kerana mereka tahu di mana penghuni rumah pergi dan berapa lama mereka tiada di rumah.
3. Sekiranya anda menyimpan kunci pendua di rumah, jangan tinggalkan di tempat-tempat yang biasa anda tinggalkan seperti tikar dan kasut. Bila penjenayah dapat kunci pendua, mereka tidak perlu berusaha mengumpil pintu kerana cara untuk memecah masuk sudah disediakan oleh tuan rumah. Jika anda mahu juga meninggalkan kunci pendua di rumah untuk kegunaan kecemasan, boleh saja letakkan magnet di bawah bangku atau letakkan dalam pasu palsu (dummy vase).
4. Jangan tinggalkan barangan yang boleh membantu penjenayah memecah masuk ke dalam rumah anda. Simpan semua peralatan yang tak digunakan dalam bekas peralatan. Jika anda mempunyai tangga atau tali, simpan di tempat selamat di mana penjenayah tidak mempunyai akses kepada kedua-dua benda ini.
5. Semakin banyak rumah hari ini yang mempunyai sistem penggera sendiri. Walau bagaimanapun, ia bukan jaminan rumah tersebut selamat daripada ancaman penjenayah kerana ada penjenayah yang pintar boleh saja memintas penggera tersebut. Jika anda menggunakan kod keselamatan, pastikan kod diperbaharui setiap 3 atau 4 kali setahun. Dan jangan gunakan nombor seperti tarikh lahir atau ulang tahun perkahwinan kerana ini antara nombor yang akan dicuba penjenayah untuk mematikan penggera.
6. Jika anda menggunakan komputer riba, pastikan ia disimpan di tempat yang selamat. Komputer atau komputer riba menjadi tumpuan penjenayah bukan saja untuk dijual sebagai barangan terpakai tetapi juga akses kepada pelbagai maklumat peribadi di dalamnya. Sekiranya mereka berjaya mendapat akses, ini boleh membawa kepada jenayah lain seperti kecurian identiti dan penipuan kad kredit.
8. Anda sangka dengan membeli peti besi murah di pasaraya, ia akan melemahkan hasrat penjenayah untuk mencuri. Salah, malah dengan hanya mengetuk di tempat tertentu, mudah saja bagi penjenayah mengambil barangan berharga di dalamnya. Jadi sekiranya anda ingin mempunyai peti besi di rumah, apalah salahnya berbelanja sedikit untuk membeli peti besi yang berkualiti.
9. Pemecah rumah profesional ini ada saja taktik untuk memecah masuk. Taktik paling banyak dikesan ialah dengan menyamar sebagai individu yang dipercayai ramai seperti jurujual, orang yang dalam kesusahan atau pegawai dari agensi kerajaan. Jika anda dihampiri oleh individu sebegini, tanyakan soalan-soalan yang membuatkannya rasa kurang selesa. Semasa bertanya juga, ambil kesempatan dengan melihat apa-apa tanda untuk membolehkan kita mengenalinya bila memberi keterangan kepada polis. Jika individu tersebut tetap tidak mahu beralah dan mahu masuk juga, segera laporkan kepada pihak berkuasa.
10. Jika anda merasakan rumah anda telah dipecah masuk dan penjenayah sudah berada di dalam, anda boleh saja menakutkan mereka dengan membunyikan penggera kereta tanpa henti. Bunyi tersebut pasti akan membangunkan jiran-jiran di sekeliling dan menyebabkan penjenayah-penjenayah ini melarikan diri.
11. Jangan ambil risiko sekiranya pemecah rumah berada di dalam. Kuncikan diri anda dalam bilik, sembunyi di tempat selamat dan laporkan insiden kepada pihak berkuasa. Keutamaan anda pada waktu itu ialah nyawa anda dan bukan harta anda.
Sumber:
Hacking The System, Episod ‘Hack Your Home’, Saluran National Geographic
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih