Namun ada satu fakta yang amat menarik telah saya jumpa semasa membuat penyelidikan tentang hubungan Khmer dan Melayu. Apa yang saya jumpa para pembaca sekalian adalah sesuatu yang patut diambil peduli oleh kementerian kebudayaan Malaysia serta pengamal-pengamal kebudayaan. Di sebuah kampong yang agak terpencil di Kemboja yang terletak dalam daerah yang agak terkenal iaitu Battambang terdapat satu unsur kebudayaan purba yang menjadi saksi pertemuan dua buah tamadun silam yang hebat serta perkongsian kebudayaan yang berterusan lebih dari seribu tahun tahun. Apakah unsur kebudayaan tersebut? Apa yang saya maksudkan adalah wayang kulit.
Berbalik mengenai wayang kulit tadi, menurut budayawan Khmer sebenarnya wayang kulit Khmer yang dicedok oleh Thai kemudiannya ini bukan berasal dari Khmer sendiri. Beliau dengan yakin mengatakan bahawa wayang kulit Kemboja adalah berasal dari Malaysia atau Semenanjung kerana menurut beliau pada zaman dahulu sempadan Malaysia adalah bertembung dengan sempadan kerajaan Khmer purba. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sempadan Malaysia ini! Jika kita lihat peta sekarang Negara kita lansung tidak bersempadan dengan Kemboja terutama di darat. Jadi sempada Negara apa yang dimaksudkan oleh budayawan tersebut? Sempadan yang dimaksudkan ialah sempadan kekuasaan kerajaan-kerajaan Melayu purba dan Segenting Kra seperti Funan, Srivijaya, Tambralingga dan mungkin juga Malayang yang sempadan kekuasaannya sehingga sampai ke utara Kemboja di Battambang!
Jika kita perhatikan watak-watak wayang kulit Kelantan , watak yang paling terkenal sudah pasti Pak Dogo. Dalam wayang kulit Khmer juga ada watak ini yang dipanggil Ayong. Cara berpakaian wayang kulit Khmer dan wayang kulit Kelantan juga adalah sama. Para raja dan putera puteri berpakaian ala-ala Raja Bersiong. Jadi jika kita fikir-fikirkan balik fesyen pakaian ini milik siapa sebenarnya? Adakah ia milik Thai Perut Hijau, atau milik Khmer atau sebenarnya memang kita punya? Jawabnya sudah tentulah ia milik kita punya! Sebab orang Khmer cedok wayang kulit kita termasuklah cara berpakaian dan alat muziknya, kemudian orang Thai menyerang Angkor dan mencedok pula wayang Khmer tersebut untuk dijadikan wayang mereka.
Apa yang menghairankan saya adalah sikap segolongan dari orang-orang kita sendiri terutama yang berkait dalam bidang ini yang bodoh dan tuli tentang fakta ini. Mereka dengan bangganya mengatakan bahawa BUDAYA MELAYU UTARA DAN PANTAI TIMUR ITU BANYAK DIAMBIL DARI JIRANNYA THAILAND. I SAY THIS IS BULL SHIT! Bukan budaya mereka yang kita cedok wahai cerdik pandai sekalian, sebaliknya telah terbukti bahawa mereka yang mula-mula mencedok budaya kita. Jadi wayang kulit, Wau bule, Batik, Menorah, Mok yong dan banyak lagi unsur-unsur kebudayaan Melayu Kelantan dan Segenting kra sebenarnya hak milik mutlak kita dan hasil kepandaian lokal masyarakat kita dan bukan cedokan serta pengaruh dari Thai perut hitam.
Tapi memang tidak saya nafikan ada sesetengah budaya dari negeri-negeri utara semenanjung ini memang menerima sedikit tempias dari unsur budaya Thai namun ianya adalah satu unsur kebudayaan yang baru , sebab bukankah kita tahu bahawa bangsa Thai hanya berhijrah ke Asia Tenggara pada abad ke 11 dan 12 masihi. Jadi sama-sama kita fikirkan, jangan asyik kata budaya kita ini budaya Sponge Bob, main serap dan sedot semua budaya luar hinggakan semua budaya kita harus dihubung kait dengan budaya bangsa lain seolah-olah tiadanya unsur kepandaian local atau local genius dalam bangsa Melayu. Wallah hu a’lam.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih