Kekeliruan tentang sejarah memang benda biasa.Ia akan berulang-ulang dengan soalan yang sama tapi dengan cara penyakit yang lain-lain.Antara sebabnya ialah ramai yang bertanya dari dalam mangkuk megi masing-masing,tidak cuba keluar dan melihat dunia luar,rupa-rupanya orang di luar juga mengalami trend yang sama.

Penjelasan 3 aspek ini berkisar sejarah Melayu dari kacamata kekeliruan menafsirkan Sulalatus Salatin dan era Hindu-Buddha di Asia Tenggara.

1) Trend

Era Hindu-Buddha yang merentasi sekitar abad ke-4 hingga abad ke-14 Masehi sebenarnya memberi kesan kepada seluruh Asia Tenggara dan tidak eksklusif semata-mata sejarah Melayu.Ia memberi kesan kepada suku-suku Nusantara sendiri seperti Jawa,Sunda,Minang dan sebagainya juga kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Khmer,Thai,Mon,Burma,Pyu dan Cham.Dalam sejarah kaum-kaum Indochina ini,berlambak pengaruh Hindu-Buddha sampailah ke hari ini.

Malah bagi kaum-kaum seperti Khmer,Thai dan seumpamanya,konotasi ‘era Hindu-Buddha’ itu sebenarnya tidak ada,sebab sampai ke hari ini mereka masih menganut fahaman Hindu-Buddha.Sampai ke hari ini,nama dan gelaran raja-raja mereka berbau Sanskrit dan mengamalkan tradisi dan agama Hindu-Buddha.

Trend ini hanya ‘effect’ kepada sosio-budaya secara tidak menyeluruh bukannya kepada keturunan atau bangsa.Adalah salah sama sekali apabila menganggap pada zaman ini,seluruh bangsa Melayu adalah berasal dari India,atau masa itu bangsa Melayu tiada,yang ada orang India.Antara alasannya ialah pemakaian tulisan India,gelaran Hindu dan pengaruh bahasa Sanskrit.

Alasan itu tak relevan sebab hari ini trend sudah berubah dengan pemakaian tulisan rumi dan pengaruh bahasa Inggeris.Adakah ketika ini seluruh bangsa Melayu dan nusantara berasal dari Amerika?

Ketua orang-orang Melayu kini tidak lagi memakai gelaran-gelaran berbau Hindu namun memakai gelaran-gelaran dalam Bahasa Arab dan berciri Islam malah pemakaian gelaran ‘sultan’ lebih popular dari ‘raja’ (hanya di Perlis).Adakah ini bermakna ketua orang-orang Melayu ini semuanya berasal dari Tanah Arab?

Trend tak mengubah bangsa,trend hanya memberi kesan ke atas sosio-budaya tertentu.

2) Social Class

Trend ini pula,ia tidak ‘effect’ kepada seluruh bangsa Melayu.Ia ‘effect’ kepada golongan atasan macam kerabat diraja,bangsawan atau aristokrat kerana mereka berhubung dengan politik antarabangsa,juga kelas menengah seperti para pedagang,ilmuwan dan artisan kerana mereka berhubung dengan sosio-ekonomi antarabangsa.

Orang-orang yang duduk di ceruk-ceruk kampung tidakkan tahu menulis tulisan berpintal-pintal atau membaca tulisan Pallava yang diubahsuai.Mereka tidak bercakap bahasa yang terpahat seperti di dalam Prasasti Kedukan Bukit.Mereka bersembang sesama sendiri dalam bahasa tempatan,bahasa Melayu yang biasa.

Sebab itu sumber lisan macam hikayat atau cerita penglipurlara,ia memakai bahasa Melayu biasa,ia tak pakai bahasa prasasti yang bercampur-campur antara istilah Melayu dan Sanskrit macam “klapakşa vulan vaiśākha dapunta hiyang nāyik”.Orang kampung akan tercangak-bangak mendengarnya.

Trend bahasa prasasti ini disebut dalam sejarah (terutama bahasa Jawa) sebagai bahasa Kawi.Orang kampung tak pakai bahasa Kawi ini.Bahasa ini hanya terpakai pada prasasti atau urusan rasmi berkaitan trend Hindu-Buddha tersebut.

Jadi tak boleh nak generalisasikan,bahawa bila raja-raja pakai trend Hindu-Buddha,pahat bahasa Kawi pada prasasti makanya seluruh rakyat dan bangsa Melayu seolah-olah bercakap bahasa Kawi dan petah berbahasa Sanskrit juga.Ini salah dan sangat-sangat keliru.Hari ini para pemimpin dan bijakpandai petah berbahasa Inggeris dan menulis dalam bahasa Inggeris,adakah pakcik dan makcik di kampung juga membeli sayur dan ikan di pasar kecek English?

3) Intermarriage

Kahwin campur dalam kehidupan para pemimpin seperti raja-raja adalah perkara biasa sekalipun kerabat raja Inggeris yakni Windsor sebenarnya berasal dari jalur Saxe-Coburg and Gotha yang berdarah campuran Jerman.Begitu juga dengan kerabat raja-raja Eropah yang lain.Tapi ini tidak bermakna SELURUH rakyat Inggeris tiba-tiba berpakat berkahwin dengan orang Jerman sebagaimana Ratu Victoria berkahwin dengan Putera Albert dari kerabat Jerman pada tahun 1840.

Dalam Sulalatus Salatin,bab awal yang menceritakan ‘intermarriage’ melibatkan antara pelbagai kerajaan seperti dari Greek,Parsi dan India dan kemudiannya salah satu dari keturunan itu berkahwin dengan salah seorang puteri pemerintah di Palembang yakni Demang Lebar Daun.Ini adalah perkara normal dalam kehidupan raja-raja malah diamalkan sehingga ke hari ini,bukan sahaja raja malah golongan pemimpin dan orang biasa.Adakah apabila seorang puteri raja Melayu berkahwin dengan keturunan Greek,India atau Parsi tiba-tiba seluruh bangsa Melayu beramai-ramai berkahwin dengan orang-orang Greek,India dan Parsi menjadi Melayu-Parsi,Melayu-Greek atau Melayu-India?

Adakah ketika itu raja Palembang mengerahkan seluruh umat Melayu berkahwin campur?Demang Lebar Daun mengerahkan tenteranya pergi ke ceruk-ceruk kampung memaksa orang kampung berkahwin dengan orang India atau Parsi?

‘Intermarriage’ seseorang atau para pemimpin tak mengubah satu bangsa secara tiba-tiba.Perdana Menteri kita pada hari ini telah mengahwinkan anaknya dengan seorang ‘putera’ dari Kazakshtan,adakah hari ini orang-orang Melayu menjadi Melayu-Kazakh?

Sepertimana trend,intermarriage hanya berlaku dan ‘effect’ pada orang tertentu,dalam kes ini para pemimpin atau kerabat raja.Orang Melayu di kampung-kampung tetap dengan cara hidup mereka di kampung.

Intermarriage seseorang tidak boleh mengubah DNA seluruh bangsa secara tiba-tiba.

KESIMPULANNYA ramai orang membuat generalisasi yang kurang berpendidikan.Ini kerana mereka tidak terdedah dengan ilmu sejarah,sosio-budaya,geografi dan antropologi secara formal dan sistematik.Akibatnya mereka berkokok dari dalam mangkuk megi masing-masing.

Apa yang ingin dijelaskan di sini,trend tidak mengubah asas bangsa.Sehingga ke hari ini asas bangsa Melayu ialah sama dengan asas kaum-kaum dalam Nusantara dan berbahasa dalam kelompok bahasa Austronesia dari segi linguistik.’Basic’ tetap sama,trend yang berubah-rubah ikut zaman.

Datang kot mana pun trend Hindu-Buddha,trend Islamik atau trend globalisasi berpaksikan Dunia Barat,bangsa Melayu tetap merentasi zaman ke zaman dengan identiti sendiri.Orang Melayu beramai-ramai memeluk agama Islam bukan atas sebab tunduk pada siapa-siapa (tiada dalam sejarah raja Melayu menyeksa orang-orang kampung yang tidak masuk Islam),tetapi lahir kepercayaan bahawa itulah satu-satunya agama yang sebenar dan diredhai Tuhan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply