Salah satu set filem ke-24 James Bond,Spectre adalah Zocalo,iaitu sebuah dataran yang terkenal di Mexico City. Apakah yang ada di bawah Zocalo?
Apa yang ada di bawah Zocalo adalah sama dengan apa yang ada di bawah Porta De Santiago di Melaka.
Mexico City itu sebenarnya dibina di atas sebuah metropolitan yang lebih tua darinya,iaitu Tenochtitlan, ibukota Empayar Aztec. Tenochtitlan dibina di atas sebuah pulau di Tasik Texcoco,yang mana kini telah kering dan tinggalannya hanya menjadi kawasan berpaya.Tasik ini dikeringkan dalam proses yang panjang untuk membina Mexico City bagi pihak Sepanyol yang menjadikannya sebagai hub bagi kolonialisme ‘New Spain’ di benua Amerika.
Bayangkan,ibukota Aztec ini dibangunkan di atas sebuah pulau yang indah di sebuah tasik semulajadi. Ia ibarat Teotihuacan (ibukota Olmec) dengan piramid-piramid Mesoamerika yang mencakar langit dan bandaraya batu agam,pasar-pasar,rumah ibadat dan istana-istana.
Bernal Díaz del Castillo,salah seorang conquistador di bawah Hernan Costes (yang menakluk empayar Aztec) menyatakan tentang kota ini ketika mereka (askar-askar Sepanyol) mula-mula melihatnya:
“Ketika kami melihat begitu banyak bandar-bandar dan kampung-kampung yang dibina di atas tasik dan bandar-bandar besar yang lain di darat…kami merasa kagum dan berkata bahawa ia adalah sesuatu yang amat indah…apabila melihat bangunan-bangunan seolah-olah menjulang dari dalam tasik, menara-menara dan binaan-binaan,yang semuanya diperbuat dari batu. Malah sebahagian daripada tentera kami juga tertanya-tanya apakah semua ini adalah mimpi? Saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkan, melihat perkara yang kami tidak pernah melihat atau mendengarnya atau bermimpi tentangnya selama ini..”
Dataran Zocalo itu dibina di sebuah dataran di hadapan kuil utama Aztec atau dikenali sebagai Templo Mayor. Anda boleh membayangkannya seperti dataran di hadapan Pyramid of the Moon di Teotihuacan di timur laut Mexico City,yang dibina oleh Olmec,satu lagi kaum pribumi Amerika.
Anda boleh membayangkan suasana dan sosio-budaya di Tenochtitlan seperti yang digambarkan dalam filem Apocalypto,yang mana di dalam filem ini ia sebenarnya menggambarkan ibukota Maya (satu lagi kaum pribumi Amerika) seperti Tikal dan Uxmal.
Kesan-kesan kuil utama Aztec itu masih wujud berdekatan Mexico City Cathedral,dan para ahli arkeologi telah menemui plak-plak ukiran dan banyak artifak lain. Jelas para conquistador benar-benar ingin melenyapkannya dengan membina gereja besar itu dan bangunan-bangunan lain. Bayangkan,sejak beratus tahun selepas kejatuhan Tenochtitlan,pihak Sepanyol telah meratakan ibukota Aztec itu sehingga menjadi padang jarak padang tekukur dan membina Mexico City di atasnya dengan standard senibina Sepanyol. Difahamkan, ia dilakukan untuk menghapuskan kononnya ‘order lama’ dan menaikkan simbol kuasa Sepanyol yang baru,sebenarnya untuk menghapuskan apa jua sentimen keagungan empayar Aztek yang mungkin akan membangkitkan nasionalisme di kalangan pribumi Amerika yang terkemudian.
Jika piramid-piramid besar di Tenochtitlan boleh diratakan, tidak hairanlah jika dalam catatan Munsyi Abdullah melaporkan bagaimana pihak British membedil kota-kota lama di sepanjang pantai terutama di kota Melaka,untuk membina standard baru pelan pangkalan British di sini. Ini adalah amalan biasa para penjajah untuk menghapuskan sentimen nasionalisme. Di sana kita sering mendengar cerita-cerita pelik,bagaimana istana-istana lama diroboh dan dibina pula bangunan baru di atasnya.
Sentimen nasionalisme di Tenochtitlan tetap membara, walaupun tertimbus di bawah Mexico City. Ia dilambangkan dengan rusuhan tahun 1692 dengan laungan berbau perkauman:
“Bunuh semua Spaniard (berdarah conquistador lahir di benua Amerika) dan Gachupines (berdarah Sepanyol Eropah) yang makan jagung kita! Kita akan berperang dengan gembira! Tuhan mahu kita habiskan semua Spaniard! Kita tidak peduli jika mati tanpa mengaku apa-apa dosa! Bukankah ini tanah kita?”
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih